Followers

Tuesday, March 8, 2011

NIGHT IN SINGAPORE : SIM LIM SQUARE & MUSTAFA CENTRE

24 Februari 2011 - Masa Outstation Di Pasir Gudang 2 minggu lepas,sempat mencelah masuk ke Singapura..aku teman member aku yang teringin nak bawak masuk kereta dia ke Singapura..tempat yang nak di tuju ialah SIM LIM SQUARE,tempat jual gajet banyak banyak macam kat Low Yatt KL sana..so aku ON jer lah.bab bab berjalan serah padaku.heheee..teringin juga nak ke MUSTAFA CENTRE.
a

Habis kerja sharp pukul 5 di Pasir Gudang terus kami shoot nak ke Tambak Johor..Jalan quite Jam jugak tapi Alhamdulillah around pukul 6.30 petang kami dah berada di area bandar JB yang akan menghala ke Woodlands.
a

Marilah mari kita tukar duit dahulu
a

Rate masa ni 1 SING DOLLAR = RM 2.39..aku tukar dalam RM200 dapat 84 SGD..nak beli apa pun tak taw lagi so tukar jer lah dulu duit.
a

Time nak masuk Hujan Rintik rintik turun
a

Bagi kenderaan yang first time nak masuk Singapore,anda di kehendaki untuk membeli dahulu kad AUTOPASS di red lane masa imigresen Singapore..harga satu Kad ialah 10 SGD..ada isian 4SGD sahaj,harga kad ialah 6 SGD..tapi kad ni dedicated khas untuk kenderaan yang daftar.takleh pakai untuk kereta lain.Then dah setel urusan baru kami dapat masuk..
a

Nak di jadi kan cerita kawan aku ni bawak lah GPS dia.tu yang aku tak risau sangat sebab ada GPS..rupa rupanya GPS tu dah low battery..baru jer melangkah masuk BKE terus GPS kaput..so what to do now??kami redah jer ikut sesuka hati..Ikut Instinct semata mata.
a

Berhenti sekejap di 7Eleven sebab nak topup Autopass takut tak cukup..setahu aku lah kita hanya boleh Topup Auto Pass di 7 eEleven sahaja dalam Singapore..


gambaq ni tiada motif apa apa.sekadar hiburan cuma..
a

Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa..entah camana leh jumpa semua nya Pertolongan dari Allah..Dia yang bagi ilham sampai kami jumpa dengan Sim Lim Square..Alhamdulillah syukur sebab walaupun takder GPS kami tak sesat.
a

suasana Di dalam Sim Lim Square
a
Member aku beli PSP untuk anak dia ..dapat 200SGD..which is still aku rasa murah kalau nak di compared kan dengan kat tempat kita..tapi aku tak taw lah takut features yang kawan aku beli ni kurang ker apa ker..
a

Jom kita ke Next Pit Stop..
a

Plan asal kami memang kami nak singgah di Mustafa Center sebab orang kata shopping kat sini murah..yang lawak lagi sekali ialah sebab kami tak sengaja terjumpa kawasan Mustafa Center..Terus lah menyinggah.Memang pertolongan dari Allah sekali lagi..Alhamdulillah.
a

Depan kedai ankel Mustafa
a

Souvenir Singapore
a

Sekali imbas barangan kat Mustafa Center ni dah macam Mydin dah..tapi way much better since di Mustafa Center ni barangannya branded branded..so tak rugi kalau korang shopping kat sini..Bawak lah duit bebanyak yer..amaran keras ni.
a

Ramai lagi orang membanjiri kawasan Mustafa centre..
a

Tersenyum lebar impian nak ke Mustafa Center jadi kenyataan

Besar juga bangunan Milik Mustafa & Samsuddin nia


Mustafa Center ni bukak 24 Jam so korang takyah risau lah nak datang pukul berapa pun..after dah shopping beli barang sket kat Mustafa Center ni kitorang terus gerak balik,Pun ikut gerak hati jer dan Alhamdulillah perjalanan sangat di Permudahkan Oleh-Nya..sampai Hotel semula dalam pukul 1 pagi..gigih berjalan padahal keesokannya sambung meeting lagi..tak kesah lah..bukan selalu dapat peluang macam ni..siap boleh berjalan pi Oversea lagik.hahaha..
a
*Nanti akan menyusul Entri Day trip ke Singapore..aku sempat ke Marina Square,Merlion Park dan Arab Street tempat Masjid Sultan ada..nanti lah aku buat entri tuh..Good Night!!

7 comments:

rasp said...

suka gak ke mustafa nie...
barang2 byk pilihan & gud quality..
lama tul tak ke S'pore...
ntah le bila nak jejak kaki ke sana...

lily lotus said...

murahnya psp kat situ. pasal features tu tak pastilah ekk. takpelah yg penting murahkan..hihi

^aNgRiAni^ said...

wahhhhh best!!!

mummysyafie said...

akak plan nak gi jenguk sepupu kat sana. tapi tak bawak keta pun..kira nak naik train je.

tapi bila tengok macam senang je nak bwk masuk keta tetiba teringin gak nak masuk ngan keta. apa lagi doc yang perlu erkk zim?

nash said...

hati2 bila beli barang di sim lim square. Org2 spura pun sendiri akan pergi ke tempat ni kalau dah takde tempat lain coz peniaga2 di situ mmg kurang ajar sikit, barang2 sebelum dibeli pun kita kena chk byk kali, byk2 brg2 tiruan. Biasanya kita akan tunggu IT show (lebih kurang 3 bulan sekali), kat show situ mmg byk barang2 murah. nash-spura.

en_me said...

gps xbawak charger ker bang.. uhuhu

peaceza said...

parking cemanana eh kat sana? mahal tak parkingnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails