Followers

Monday, May 30, 2011

FOOD REVIEW : FULL HOUSE RESTAURANT - LIFESTYLE STORE AND CAFE

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh,dan yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.
-Tafsir Surah Al ‘Asr

I have so many things to do.yet i have a little time.sekarang masa macam tak pernah cukup..sentiasa jer berkejar ke sana ke mari..dengan kerja di pejabat lagi banyak nak kena setelkan..dengan hal hal personal lagi..betul-life ni kena balance.tapi kadang kadang bila dah terlalu sibuk tak sempat dah aku nak pikir kan pasal balance tu.Just go with the flow and at the end of the day terpuruk aku pada satu sudut kepenatan..but still,aku kena buat apa yang perlu aku buat.Aku bukan komplen apa-apa pun ni,just nak share apa yang aku rasa lately.


As usual,aku tanak story panjang sangat pasal apa yang aku rasa.Biar aku simpan dan cuba manage sendiri itu lagi baik..kat ruangan ni aku senang untuk bercerita pasal makan makan,jalan jalan dan kisah family aku..so kali ni jom kita menjengah ke sebuah restoran yang dah lama aku teringin nak singgah..RESTORAN FULL HOUSE bertempat di Jalan Yap Kwan Seng.
.


Sungguh la interaktif signboard nama restoran ni yang boleh tukar tukar kaler..seronok tengok..oh ya,lupa nak bagitau aku datang restoran ni sebelum balik ke Penang,setelah menghabiskan hujung minggu di Kampung halaman..datang sini dengan seorang kawan beserta isteri dan anak beliau.
.


Masuk dalam Restoran ni lagi lah best..Interior design kat dalam Restoran sangat cantek dan aku pun tak sure konsep apa yang diorang cuba ketengahkan..yang pasti kat sini macam rumah agam dan menyediakan suasana makan yang sungguh romantik.mai ngan maraka lagi baguih..hehee..dengan lampu chandelier,gambar kartun tergantung,memang menarik lah.
.


Menu nya pun interaktif sebab diorang buat macam majalah.memang sempoiii!dan aku tengok harga makanan nya standard untuk restoran sebegini.tak lah mahal sangat dan tak lah murah sangat..affordable lah untuk pergi 3 bulan sekali.hehehee
.

Dan ini lah dia kawan yang aku duk ajak makan kat sini..Tak lain dan tak bukan Encik sepul,Nita dan Umar..diorang datang dari Shah Alam.bila aku ajak datang makan kat sini terus diorang pi fetch aku kat Puduraya.Thanks kawan!!
.


Diorang baru balik dari Universal Studio Singapore..roadtrip ke Singapore demi nak bawa anak kesayangan berjalan jalan..nampak tak t shet yang sepul pakai tu ada tulis nama Umar..tu t-shet yang boleh custom design kat dalam Singapore,plaza Atrium ekk?entah aku tak ingat tapi nice!lepas ni nak buat jugak lah buh nama aku..ho ho ho..
.


Umar yang semakin membesar..
.


Ok jom kita tengok apa yang kami makan.ni namanya Brownies with ice cream..sedap!aku ingatkan ni dessert sekali diorang hantar awal dulu so jadi lah apertizer..
.


ni Mashed Potatoes untuk Umar.kosong takder perisa.hanya potato semata mata.
.


And this is my meal.GRILLED SALMON WITH TERIYAKI SAUCE.aku memang teruja kalau bab bab ikan salmon ni.memang faveret nak buat camana.setengah orang tak suka rasa isi Ikan Salmon tapi aku sangat suka..cumanya bila bergandingan dengan sos teriyaki tu aku macam tak berapa gemar..kicap manis tu buatkan salmon rasa pelik.
.


Yang ni CHICKEN CHOP sepul kongsi ngan Nita.motip nak makan kongsi kongsi??lebih romantik kata mereka..uicehhhhhh..
.

Marilah kita makan makan..Bismillah..
.


Dalam masa kami tengah makan meja sebelah duk sambut besday anak diorang..ramai lah jugak keluarga Cina tu berkumpul..meriah jer tengok..lagipun tempat macam ni memang sesuai lah kalau buat function function ataupun event like Besday celebration etc etc..
.


ankel ajim dan Umar..
.


Alhamdulillah kami dah kenyang..anda bila mau datang sini??
.


Sempat tengok dekorasi luar restoran.ada kereta tu..cantik!!
.


Jalan jalan ambik gambar dalm restoran sebelum berangkat pulang
.


Overall aku suka this Restaurant..seleksi makanan yang ada pun menarik,ada western dn kalau korang nak makan nasi lemak pun ada..but mahal sket lah nasi lemak kat sini..ambien tip top,layanan mesra,food nya pun bagus,Cuma siapkan duit jer lah..macam aku kata tadi tempat ni tak lah mahal sangat dan tak murah sangat.affordable.tepuk dada tanya selera.kalau berkenan mai datang mencuba.
.


Daripada Restoran ni boleh nampak menara Kuala Lumpur yang tersergam indah itu..dah memang ada di tengah tengah KL jugak lah kiranya.nak alamat this restauran sila gugel yek,ni di jalan Yap Kwan Seng..nak parking pun pakai Joki yang tolong parkingkan tanpa bayaran.tapi adat lah kan,takkan tak bagi tips kot walaupun kalau tak bagi pun takper..ikut ikhlas lah.Sepul dan Nita hantar aku balik ke Puduraya sebab bas pukul 11.30pm ke Penang..Alhamdulillah selamat sampai Penang jam 4 pagi tadik..

*Hari ni kerja sehari,petang ni akan ke Kuala Lumpur semula sebab nak hantar adik aku, Faiz yang akan masuk ke Universiti Sains islam Malaysia Nilai.daftar pada 1 Jun 2011..Congrats adikku!!

9 comments:

mummysyafie said...

ajim mmg nampak macam terkejar²..macam xplorace plak.

dah terpikat ngan Umar yang comel tu.

mummysyafie said...

lupa plak..

Congrats Faiz..!!

Leez M. Saaid said...

cantikkan deco full house ni tp belum kesempatan lg nak jejak tempat ini.

Bakri Hussin said...

dah follow blog nie dah bro
pengikut ker 329
jom follow balik blog sy ok

Http://www.dunialelakimaskulin.com see u there

Nieda said...

Ada duit semua jadi.

Anyway tahniah utk si adik.

Nieda said...

Ada duit semua boleh jadi. Anyway taniah utk si adik.

YNA said...

nice restaurant. hope get a chance to go there some day.
anyway aximud, its fun visiting ur blog. especially part main masak2 kt dapur tu :)

Miss Nazla said...

comey sungguh US. aunty nazla blom penah dukung dia lagi

Azza Azman said...

halal tak restoran ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails