Followers

Wednesday, May 18, 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN : LUNCH TIME - PIZZA HUT @ TESCO PENANG

Kembali lagi dalam Rancangan Jalan-jalan Cari makan bersama AXIMUD.
.
Alhamdulillah,hari isnin(16 Mei 2011) yang lalu rezeki kami kawan-kawan dipermudahkan..ada one of my colleague dengan murah hatinya nak belanja makan di Pizza Hut bertempat di TESCO gelugor,Penang.sebelah opis kami jer..Aku bukan minat sangat makan Pizza ni tapi atas tiket orang nak belanja,laju jer lah kaki di hayun(Buruk perangai kan..).Apa pepatah Orang tua-tua tu,Rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari.Tak gitu kengkawan sekelian..
.

Tak sampai 10 minit pun dah sampai dari Opis..
.

Ni lah antara muka muka rakan rakan Opis saya..ada lagi 4 orang tapi depa duk kat meja lain so malas la aku nak pergi ambik gambar diorang..jumlah semua sekali 9 orang.patut duk satu meja panjang baru meriah.Duk tengok menu tak taw nak makan apa.suh diorang la decide.nak senang diorang ambik set meal untuk 6 orang.apa apa je lah.aku turuti sahaja..
..

Agak kelaparan lah masa ni..nasib baik dapat cepat..
.

Sebagai starter dimulakan dengan Bismillah - Mushroom soup dan Garlic Bread..sebut nama omputih macam kelass kan..sup cendawan dan Roti Bawang Putih.ishhhh macam tak best sebut nama melayu.haha..Mushroom soup kat Pizza Hut ni ok lah.sedap.cicah ngan Garlic Bread lagi tambah sedap..nyumm nyumm nyum...


Air apa tu kaler putih..air revive or 100 plus rasanya...
.

Maaf lah,kalau nak tanya aku nama Pizza ni memang aku tak taw.sebab aku memang bukan pencinta Pizza.diorang jer yang order..namanya Chicken Supreme kot.Entah.Bagi aku Pizza semua macam sama jer.. Ni yang saiz Large punya..
.

Yang ni pulak small Pan..pun aku tak taw namanya.


Pizza dah sampai so semua duk pakat serang lah..nampak sungguh menyelerakan okeh bila duk angkat pizza tu Cheese yang tengah cair duk melekat lekat..macam tak kenyang kan makan Pizza hut..Tekak ni nak kena makan nasi Putih ngan Ikan bakar jugak baru kena..haha.poyo tak statement aku.
.

One slice for me..standard makan Pizza,satu slice Besar dah cukup..tu pun Topping yang duk ada Cheese tu aku cabut bagi kat Enchik Salman,so takder makna dah makan Pizza..That's why aku tak suka makan kat Pizza Hut.kalau makan pun biasa duk Order sapghetti bolognaise..kali ni pecah rekod sebab aku makan satu slice besar dan satu slice kecik..wuhuuuuu...
...

Anyway,Terima kasih wan(the guy in a white black stripe shirt) sebab belanja kami semua..semoga ko Di murahkan lagi rezeki oleh Allah s.w.t..ada ubi ada batas ada hari boleh kami balas...Budi yang baik di kenang jua. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka lah hati.Kalau ada sumur di ladang boleh lah hamba menumpang mandi,kalau ada umur yang panjang boleh la ampa belanja kami lagi.sekian.
.
Ok jom sambung buat kerja.
.
Until my fingers meet the keyboard again..

10 comments:

Encik Suami said...

mushrom soup tue..bikin saya ngences la.lama dah tak gi mamam pizza nie.
bila axim nak belanja saya makan.
hahahaha..

Redbloodsnow said...

fuhh lega. nasib baik ko tayang pizza hut axim. so aku tak melior tgk sbb aku tak suka pizza..haha

Nieda said...

LAin orang lain selera.... tapi akak suka sangat.

Leez M. Saaid said...

sy sdg sakan berpuasa skrg....tgk pi pizza tu terus perut berkeroncongg....aduhhh.

rasp said...

favvy my kids nie...
tiap2 bulan sekali wajib singgah...
ibu mereka layankan ajeeee :D

@xiM said...

ENCIK SUAMI,

nak suh saya blenja mai la penang.ada la habuan tu nanti..

@xiM said...

ZIE,

leh geng lah kita.sebab aku pun bukan pencinta pizza.aku pencinta wanita.ahakss..

@xiM said...

NIEDA,

bantak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam..

@xiM said...

KAK LEEZ,

ampunkan saya kak leez..tidak terniat di hati ini untuk membikin kak leez terliur..cobaannn..

@xiM said...

KAK ZUE,

ker ibu dia yang over nak makan Pizza sebenar nya??hahaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails