Followers

Tuesday, May 10, 2011

TRIP PORT DICKSON PART FINALE : LUNCH @ RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK SENAWANG

8 MEI 2011 - Selesai Check out dari Sri pena Resort Port Dickson,kami tak terus balik lagi..singgah untuk makan tengahari di sebuah Restoran Nasi arab-NASI ARAB DAMSYIK lokasi di Senawang Seremban.Dari port Dickson ke Seremban di dah tak jauh.dalam setengah jam jer sampai.
.

Alang alang dah ada area Seremban so ok lah jugak makan di sini..Cik Burn dan Qis yang suggest datang makan kat sini since diorang memang pernah datang menyinggah.so let's give it a try bebeh!!Cuaca sangat panas membahang yer masa ni..Sekarang memang panas lain macam kan.Kering sangat.Sila minum air banyak banyak yer kawan-kawan.untuk mengelakkan dehidrasi.
.

Dan ini lah dia peserta peserta Trip Port Dickson 2011..Thanks guys sebab invite aku untuk turut hadir sama dalam trip kali ini.Sangat best dan sempoi.Tu jer yang mampu aku ucapkan..Next Year jemput lah lagi yek..boleh saya join lagik..Thanks to Kak leez as an organizer,Sepul & Nita,Lily & Nurman,Song & Maksu Hakim,Buzu &aZul,cik burn & Qis and last but Not least Nikli &Yus.syok woo lepak ramai ramai.
.

Yang bulat tu ialah menu di sini..Kawasan dalam kedai ni macam Rumah.actually aku rasa ni memang rumah corner lot tapi dorang buat berniaga.tu yang kawasan nak parking agak susah sket.nak datang pun kena tempah takut takder tempat.Burn & Qis dah booking awal awal sebelum sampai so takder lah masalah sangat.Thanks to both of you!
.

Penuh satu kawasan dalam Restoran ngan kami 14 orang
.

Sekarang ni dah jadi trend yang sangat mashyur tiap kali pi mana mana pun semua orang duk seronok nak Check in FourSquare..tu yang kitorang duk gigih check in jugak.hehe.entah apa yang best pun tak taw.Just for Fun.:)


Makanan dah sampai yer..tumpang lalu kak..
.

Satu talam ni untuk 3 Orang Makan..Oleh kerana kitorang 14 orang so mintak 4 talam bagi Thalasa Set..nampak mengancam tak nasi selambak dalam talam tu...dh la memang perut lapar neh..
.

Di bawah ayam keemasan itu tertanam lah Daging Kambing yang sungguh lembut..
.
Ok apa lagi kaworang semua..Makanan dah sampai ni jom kita serang..ada yang makan dalam talam ada yang makan dalam Pinggan.Ikut citarasa korang lah.kalau makan dalam talam pun syiok..makan berjemaah macam sunnah nabi..Rasa nasik arab kat sini memang SEDAP!!pekena pulak dengan Yogurt dan Kuah sos pedas tu(tak sempat nak snap khusyuk sangat makan)..Kombinasi yang terbaekkk lah!!
.

Bila sudah kekenyangan..Cik Burn masih gigih di situ..:)


Mereka kata,Daging kambingnya pun sedap.aku tak makan..
.

Licin okeh 4 talam yang diberi.satu talam aku tak sure berapa harga..Cuma yang aku ingat makan 14 orang macam ni sorang kena bayar RM16.reasonable lah..dengan air minuman Teh Pudina laghik..Kira reasonable.Dengan ambien tempat makan yang sempoi,definitely i will come again later kalau ada peluang..
.

anak kecil di Damsyik
.

Ada plat jalan jalan cari makan..Kami dah kenyang!
 .

Sila rujuk waktu perniagaan nya,...
/

Lepas dah siap makan tibalah masanya untuk kami berpisah..maafkan segala salah dan silap sepanjang Trip Port Dickson ini..Halalkan makan minum okeh..Ada yang nak balik ke Miri,ada yang balik ke JB,ada yang balik area ampang,Damansara,Rawang dan Kuala Lumpur..aku pulak balik ke Penang drive sorang-sorang pulak tu..takpa.aku steady jer.hehe.Apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada korang semua!!Take Care Guys!ada umur kita jumpa lagik!!
.
*Teknik penceritaan kali ni agak terbalik yer.aku cerita part Finale dulu.heheeee.ala-ala Filem Star Wars jugak lah arahan George Lucas.yang part last keluar dulu.

7 comments:

@xiM said...

Location:
RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK NO 1 JLN BOURGAINVILLA 1 TMN BOURGAINVILLA SENAWANG Seremban, Malaysia, 70400

Phone:
019-4217930;014-2657313

Mon:
11:00 am - 3:00 pm
6:00 pm - 11:00 pm

Wed - Thurs:
11:00 am - 3:00 pm
6:00 pm - 11:00 pm

Fri:
4:00 pm - 11:00 pm

Sat - Sun:
11:00 am - 3:00 pm
6:00 pm - 11:00 pm

Facebook:
http://www.facebook.com/profile.php?id=1610992333#!/pages/Seremban-Malaysia/Nasi-Arab-Damsyik/125401767477891?ref=ts&ajaxpipe=1&__a=17

Nur Wahida said...

aaaaaaaaaaaa comelnya umar si resaksa kentang tu!!!! eiiiii! geram tgk pipi dia!

@xiM said...

yonna,

pipi ayah dia tak mau??hehehe

sepul said...

Yonna Yenni...
geram la kat saya plisssssssssss

abam...
mula-mula aku konpius tetiba keluaq part finale...

@xiM said...

SEPUL,

aku saja nak buat kelainan.haha.padahal sebab aku teruja nak buat post makan makan.heheheeee..

rasp said...

hehehehe masa baca tu cam...
"Wahhh mmg short tul trip nie,
lepas makan tetiba dah nak berpisah"
baru paham....geng star wars gak nie ghupanya :)

leh masuk list nie...SH dah syiok makan nasi arab :)

Afir said...

mak aih, sedapneyr nasik arab...harus pergi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails