Followers

Friday, April 4, 2008

Mimpi Yang SediH

Kali ini dia tidak menangis lagi.

Ada senyuman yang terpancar dari wajah mungil itu.Dia cuba untuk senyum,tapi saya tahu benar senyuman itu bukan senyuman yang asli..itu senyuman yang di buat-buat dan tampak tiada benih keikhlasan.

'are you ok?' tanyaku berbasa-basi.

'hmmm i'm really ok..see,i can smile right...' dia membalas serentak dengan melemparkan senyuman palsu itu tadi.

'i hope so....' dan saya cuba untuk tidak bertanyakan lagi soalan-soalan yang bakal merimaskan dia,agar dia berasa selesa dengan keadaan ini.

Cumanya saya pasti dan saya yakin, yang dia masih belum beranjak dari ruang sempit itu.Mungkin dia tidak pernah cuba untuk memulakan sesuatu yang baru..dan sekarang dia mula meragui satu keputusan yang dia pernah ambil dulu.Suatu masa dulu dia bilang pada saya yang dia sudah melangkah,dan akan terus melangkah..tapi bukankah melangkah itu harus ke hadapan,dan bukannya ke belakang?

Membuat suatu keputusan bukanlah semudah yang kita sangkakan.Tanpa kita sedari, kita selalu gagal untuk membuat keputusan yang tepat dalam hidup,dan ianya mempengaruhi seluruh perjalanan hidup kita..memang segalanya telah di tentukan oleh takdir Tuhan,tapi bukankah kita sebagai makhluk yang berakal masih mampu untuk menetukan nasib kita sendiri?

Terlalu banyak persoalan dalam jiwa boleh membuatkan jiwa kita mati..mati dengan seribu satu persoalan...tanpa punyai satupun jawapan yang pasti.

Sudahnya hidup terus diburu dan di hantui dengan rasa ingin tahu yang tiada berpenghujung.

*kepada teman itu,cuma satu pesan saya-yakinlah dengan diri sendiri,kerna akan tiba suatu masa di mana tiada sesiapa yang bakal datang menghulurkan bantuan kecuali diri kita sendiri...positifkan diri dan sahut segala cabaran di hadapan.Anda pasti boleh,saya yakin.

6 comments:

Masy said...

dia penah terkecewa ke?

mungkin dia hanya perlu waktu utk pulih. anda sukakan dia? beri peluang dan ruang utk dia bernafas spt dulu. andai dia jodoh anda, insyaallah x kemana ;)

ita.itu said...

aah betul tuh..kena yakin kan xim

LeannY said...

yeah man we need to move forward, just the things happen before, use it as a guide to bright future. some advice goes to me as well.....

KeL@T said...

lumrah hidup...

Abah Mui'zz said...

Membuat keputusan untuk perkara besar dalam hidup perlukan ilmu, iman, yakin dan tawakkal. Dan andai hasil dari keputusan itu bukan seperti yg kita harapkan, percayalah bahawa itu ujian Allah untuk kita.

Selamat berhujung minggu utk Azim.

@xiM said...

masy--->yup,dia pernah kecewa..sebagai kawan,saya hanya mahu lihat dia bahagia..itu sahaja.

ita.itu--->aah...memang kena yakin...tapi kadang-kadang ramai yang tak yakin dengan diri sendiri..jadi bagaimana orang keliling akan yakin dengan kita?

lanny--->yaeh lanny,we really need to move forward...juz let bygone be bygone..

--->kelat-->hidup ini penuh pancaroba..

AbahMuizz&Axim--->Tq abah atas nasihat yang berguna tuh...insya Allah akan di jadikan panduan di masa akan datang..

selamat berhujung minggu jua...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails