Diorang plan nak ajak Geng geng yang duk sekitar area Klang Valley jer,tapi aku dengan muka tak malunya nak join jugak...Ye lah,selagi boleh join aku akan join..Lagi pun ni je lah masa yang ada untuk jumpa sahabat lama dan bertanyakan Khabar..at least Ukhuwah Silaturrahim tu takkan pernah putus..Setuju tak kawan kawan???:)
Perjumpaan kami Bertempat di Restoran Cheng Ho(Restoran yang khabarnya milik penyanyi popular tanah air-Amy Search).Diorang da booking dua minggu awal dari tarikh yang di nyatakan sebenarnya so aku rasa should be no problem la yang akan timbul.
Lupakan sebentar soal dekorasi,dan juga corak persembahan Restoran-aku takder masalah ngan mender mender tu sumer.Cuma aku terkilan dengan servis dan layanan yang di berikan oleh seorang pelayan di situ-da one yang tolong kasi meja untuk kitorang..Sebab da tempah awal jadi kitorang bajet boleh la duk kat dalam Restoran,tapi dia kata bahagian dalam dah fully booked.
ok then.Kalau dah penuh pun at least she should talk to us more polite and gentle.tak perlu nak membentak dan menaikkan suara.Kemudian pelayan wanita tu kasi kitorang duk kat meja bulat di luar which is not adequate enough for 18 person of us.Dah la lantai nya senget,(kemungkinan lokasi Restoran di lereng bukit kecil).Memang di permulaan cerita lagi kitorang dah rasa macam tak best..Muka aku masa ni da tak bleh blah dah..
Pastu sebelum waktu berbuka ramai la umat manusia duk beratur..Yang aku tensen dah tau ramai orang cenggini tak boleh ke at least pihak pengurusan buat satu lagi kaunter makanan kat luar ker atau kat mana mana tempat lain dalam restoran daripada buat satu jer kaunter buffet macam ni,sudahnya orang dah azan maghrib ramai lagi duk beratur..Keadaan memang sesak tak hengat laa..Cramp gila babi..memang tak selesa la untuk lalu lalang..
Buah buahan tempatan macam biasalah akan di sajikan dan aku takder masalah ngan yang ni..
Tapi bila nengok pisang-pisang yang bertaburan nih terus aku pelik...camana la Restoran ni jaga standard..bukan nak kata tapi Korang ambik Pisang ni kat wakaf masjid kaaa??
Dan kuih kuih yang di sediakan pun memang kuih yang biasa sangat..diorang kata yang Restoran ni beli sumer kuih kat Carrefour wangsa Maju tuh...Wallahualam...kalau yer pun nak jimatkan kos agak agak la kan..Ni kan bulan Bersedekah...oppss lupa Business is Business..Nothing Personal!!
Haaaa satu lagi nak komplen pasal air...air yang ada cuma lah air sirap dan Tebu Kordial..ok jer rasa air tuh cuma aku tak paham naper lambat sangat diorang nak topup air kalau dah habis..nak suh orang tercekik mati dulu kot baru air tu sampai...Sudahnya kitorang makan je lah,walaupun dalam hati tuhan jer yang tahu..
Bukan nak kata tak BERSYUKUR,cuma ada sedikit terkilan dengan Harga RM29.90++ yang di letakkan tu,,macam tak setimpal dengan makanan yang di sajikan..Baik la aku pi Restoran AJ kat belakang Grand Season tuh lagi puas hati buffet RM25 hengget sahaja...(feedback dari yang da makan kat AJ ni sumer kata sedap!!!)
Yang belah kanan tu member lama merangkap housemate dan roomate..pendek kata mate mate la sumer(baca:maid)kahkahkah..jangan marah nooo...Famoque-keja ngan kilang buat BOM!!(*ko tak pengsan??)..maybe hujung bulan Oktober nanti dia akan Fly dua bulan ke US untuk training di bahagaian yang dia kerja tuh..Cayalah Bro!!
Masing masing duk sibuk berposing..maaf lah yek kamera ni jer yang aku ada..tu kualiti gambar sumer memang kurang memuaskan..
Ni antara yang hadir malam tuh-dari kiri:Nazikussabah,Lia,Sam,Axim,Akem,Shahrul(balak areen),dan Areen.
Nazi skang khabarnya dah jadi lecturer atau cikgu??konpiuss laa..Lia pulak menunggu masa untuk menikah pada 18 Oktober ni..berkat tuh kawen di Bulan Syawal!!Congrats to you Lia!!
Yang duk sebelah aku tu Kamal-kawan aku yang sengal tapi hati baik..haha..skang kerja dia duk asyik melompat kompeni jer...mana kompeni yang dia suka dia akan stay,kalau tak suka dia blah...sampai bila nya kamal??haha..Sanggup ni datang dari Negeri Sembilan naik motor sebab nak jumpa kitorang sumer..wa salute lu lah!!
Shamsidar yang terlebih Ceria malam tuh..erkkk ada apa apa ker Sham????*winkwinkwink
Naz yang jadi jurugambar sebentar-merangkap awek Famoque..Bila lagi nak lansung Bro???owhhh..nak tunggu balik dari US dulu...jangan kau hangkut sumer minah omputih wat balik dah la nanti..bukan aku tak tau ko tu..nafsu kuat!!
The Gentlemen-yang belah Kiri skali tu lah bakal Husband Lia
ooooooooooooooooooooooo patut la Shamsidar dah makin ceria dan bertambah berisi skang...yang duk sebelah dia tu Pakwe baru..(baru ker??atau aku ketinggalan zaman??)..ni percintaan antara dua darjat ni..ye lah..nama pakwe dia Soh,yang satu lagi Shamsidar...hmmm pandai pandai korang la selesaikan apa apa yang patut nanti ya...tak mau citer panjang..hehe
Fad yang sentiasa ceria di samping Kak Nurul..diorang suka bukan sebab dapat makan kat sini tapi sebab dapat berkumpul ramai ramai cenggini..:)
Then dalam pukul 8.30 ramai yang da nak Blah..Areen ngan Shahrul da nak Balik,Famoque ngan Naz da nak beransur,dan Lia ngan Future Husband pun dah nak mintak diri..Tinggal lah kitorang yang tak berpasangan ni jer yang meneruskan sessi bersembang tak hengat kat Restoran 'Merah' ni,,(oppss silap,kitorang sumer tak berpasangan Shamsidar jer yang tinggal ngan Couple dia..hehe)
dari kiri-Akem(Pegawai Sains),Nazikussabah(Lecturer),Shikin(Pegawai Sains),Sam(Eksekutif NIOSH)..Alhamdulillah sumer skang ni rata rata dah berkerjaya..Lupa aku nak story pasal Shikin yang baru jer dapat kerja Pegawai Sains tuh..Congrats!!Gewd luck to you k...Malam tu banyak amik gambar ngan ko tapi takdak satu pun ngan kamera kau...kalau ko hantar gambor kut emel boleh gak aku publishkan kat sini..hehe..by da way thanks sebab tolong bookingkan tempat ni:)
Thanks yaaa korang!!!Harapan aku agar kita semua tak terputus hubungan sampai bila bila..Insya Allah..
Haaa lupa aku nak cakap kat mana Restoran Cheng Ho ni terletak...Promote tetap promote beb....Kalau korang nak rasa Pisang Wakaf masjid dan juga agar-agar/kek Carrefour kat Restoran nih,sila rujuk alamat yang tertera di atas ataupun di bawah ni:
Restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood
15 & 17G, Blok 3B,
Jalan Wangsa Delima 10,
D'Wangsa (Belakang Pasaraya Carrefour)
Seksyen 4, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
“Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends.”
16 comments:
Semalam aku berbuka puasa di Holiday Villa, Subang Jaya. Satu kepala RM80.00. Tapi superb!Bos byarlahkan...
Pengalaman kedua makan tiram mentah, tetap aku tak berapa boleh lalu kat tekak!
nice to meet u all guys!!
wlaupun mknn agak mengecewakan..
alohhh.... kalau akak jadi axim pun mesti tarik muka masammmmmmmmmm okehh.... dah book 2 minggu awal pun kena duduk luar?? gilo apoo?? huhuuu.... harap nama jerkk gah kann... kalau servise ampeh, jgn harap ler org nak jejak kaki kat situ lagi...
napa pisang tuh mcm busuk jek...eh dik skrg anis pun cun apa lan..gebu jek
smalam kuar Berita..
ade customer SAMAN restoren Cheng Ho.. coz anak dia kene siram ngan Tomyam panas..
memcm ragam plak ek..
ape nk buat.. manusia melakukan kesilapan.. maafkan meraka!
:)
luv ur footnotes!!
“Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends.”
yeah..
we r still pren!!
thank you so much to u pa!!
:)
miss ya!
mmmm sabar bro...
kdg2 terpkir gak maybe makanan yg mcm tu mmg dah ditakdirkan rezeki kita pada hari tu...
langit tak selalu cerah kan...
bulan ni mmg bulan reunion axim erkk..suka akak nengok..
Aliff,
wahhhh kalau RM80 tuh mesti makanan superb kan!!bab tiram mentah tu aku suka...!!!lama tak makan tiram mentah...mmm sedapnya....!!
=================================
Sam,
nice to meet you too!!
Kak EJ,
memang pun..kalau servis hampeh jangan harap la orang nak pi lagi kan..tapi bulan pose ni kena banyak bersabar tu yang sabarkan ajer..hehe
==================================
Ita,
pisang wakaf masjid lah katakan tu yang nampak lagu tuh..hehe..
Ziana,
tu lah...pa pun baru baca dalam berita harian tadi tajuk nya budak saman Amy Search...haha...kena siram ngan tom yam panas....ishhh...
tapi betul tu ngah..manusia melakukan kesilapan...so sesama insan maafkan je lah...
Footnote tuh untuk kita semua dan unty anda semua yang bergelar SAHABAT!!
:)
IZAL,
Brtul tu bro...langit tak selalu cerahkan..
maka bersyukurlah sahaja dengan apa yang ada..
Alhamdulillah..:)
==================================
Kak Nor,
hehe..tu lah...mungkin bulan ni berkat..tu yang dapat jumpa ramai kenalan dan sahabat handai...:)
bila nak jumpa akak nih??:)
axim : terharu ngan footnote tu...
Wahidah,
what makes you terharu fren??hehe
patutlah restoran ni kena saman dek pengunjung kes pelayan kasik cedera anak pengunjung. Ok, kalau mcm nilah servis restoran ini aku gerenti habis bisnes dia lingkup nanti. especially kalu dha tersebar tru bloggers.
ok, aku nak kongsi masa aku bagi komen kat kopitiam bangi milik kid search. Aku komen dan akhirnya selepas beberapa lama restoran ini improve alots. Baru2 ni aku dtg ke situ untuk follow up dan dapat 10% diskaun dan dpt talk to their manager. Malah my entri about them being tampal kat dinding restoran. so nice. lepas raya nak berhavoc kat situ lagik.
Tak banyak plak gambar makanan kali ni :(
haihh ..
ragam org berbusiness
org lain buat buffet pun nak buat jugak ..
maybe 1st time kot nih dorang buat buffet
hope next time dorang akan buat lebih elok ..
biarlah berbaloi kan dengan apa yang dibayar ...
yang penting dapat berjumpa dan melepak dengan kekawan ...
:)
Post a Comment