Followers

Friday, October 31, 2008

Apabila Satu lagi MASJID telah terbina..

Sedikit sebanyak Gambar Kawen Abang Zali tempoh hari(25 Oktober 2008)..Serba Sederhana tetapi Tetap MERIAH.. Dengan bertemakan Purple..


Ni gambar masa kat luar Guest House sebelum bertolak ke rumah pengantin..
ni masa kat masjid sementara tunggu rombongan 11 buah kereta menghantar pengantin lelaki sampai..

Suka aku ngan suasana Desa di pinggiran Machang ni..Tenang dan damai jerdi rasakan..
Ni kat lorong masuk sebelum berjumpa ngan Rumah Pengantin..

Sessi berarak menuju rumah pengantin Perempuan.


Then pengantin Perempuan bersalaman ngan Pengantin Lelaki yang telah kunjung tiba..



Sessi Photo Shoot oleh fotografer yang tak bertauliah..fotografer yang betul tak kasi lagi gambor gambor yang dia duk amik arituh so aku tempek la mana yang sempat snap..ok lah kan dari takdak lansung..

Habis sessi bergambar dalam bilik pengantin terus ke makan beradab bersama keluarga mentua masing masing..

Kak La yang malu malu bila abang Zali nak suap makan kat dia..haha..macam kekok di situ..biasalah..pengantin baru kan..:)sat lagi lama lama dah tak malu dah..:)

Ni adik beradik yang hadir..Alhamdulillah cukup korum kali ni..sumer ada skali dalam usaha untuk memeriahkan majlis Abang Zali..Tema Purple ni Cantik jugak kan..

Mana cukup ngan satu persalinan.kata Raja Sehari..hehe..ni persalinan yang satu lagi..:)

Baru lah segak bagai Raja Sehari:)
Atas sebab sebab tertentu kitorang kena gerak balik awal petang tuh..tak sempat nak tunggu majlis abang Zali betul betul habis..(Gambar: Kasih Ibu yang tiada bertepi...)

Kami sekeluarga terus balik ke Terengganu malam tu jugak..Walaupun Hujan agak lebat tetapi kami tetap puas..Sebab sekurangnya Abang Zali dah di raikan..Dan bermulalah episod baru dalam diri dia sebagai SUAMI...aku doakan yang terbaik untuk dia,semoga akan Cekal dalam melayari bahtera Perkahwinan yang sering jua dilanda badai..

Semoga Kalian berdua dikurniakan Tuhan Jodoh yang berpanjangan..

Ameen..Apa apa pun sekali lagi aku nak ucapkan:

..SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG ZALI..
..SEMOGA PERKAHWINAN KEKAL KE ANAK CUCU..
(cepat cepat lah beranak pinak..hehe)


*Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

23 comments:

ita.itu said...

xim akak nak tgu masjid ko jugak la..x sabo ni

nasazfrog... said...

selamat pengantin baru tuk bro zali.. hahahaha kate orang dia tuh cepat2 sikit bina masjid... :)

nazzman ibrahim said...

selamat pengantin baru pada abg ko,semoga berkekalan sepanjang usia

aminnnn



ko tu bila lagi

Mieza's Penny said...

wah serba pepel lg...so soft....:D ko bila lg axim...:p

slmt pengantin baru...

Alya Shaka said...

congrates to ur bro..purple is such a beautiful color.. i soke! axim hg pun cecepat naaa tawen..eehehe

izal said...

meriah perkahwinan Abg Zali...

semuga kekal ke akhir hayat...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Wahidah said...

axim bile lagi nak bina masjid diri sendiri pulak..huhuh..asyik pi kenduri org len jer...:P

Luth Textile said...

bro bila lagi ??

LeannY said...

tenangnye aku tgk pemandangan sawah ngan bukit tu....opss btw selamat pengantin baru kat abang ko eak.

Faisal Admar said...

tgh tunggu masjid lg 1 tu terbina. bila ye nak siap?

Zack ~ 'A said...

hi xim..
lama owhhh tak tinggal jejak berbentuk komen kat sini..
:D

ko ble nak tawen hee??
hiksss...
soklan tak menahan jer.. keh keh

Intan said...

gmbar lembu pon nak amek erk.
prihatin kat animals ye. :)

tok yang kawen tu..
slmt pngntin baru tok psgan pngantn
moga bahagia melayari bahtera rumah tangga ye.

pRincESs_N said...

nk tgk bro pLaks nek peLamin....

pearl'E.J said...

azim lak nanti nak tema kaler apa ekk?? hihihihi....

alaaaaaa, gambar pakai baju merah tu tak nampak lakk pengantin perempuan... nanti kalau ada tepek2 laa lagik ekkk... :D

eedany said...

Selamat Pengantin Baru abang zali... Semoga kebahagiaan kekal sampai bila2...

bozzo abang ipar u ker axim?

:)

Ad Rifza said...

Laaa kat Machang ke Azim?..Bior betull..Dokat dah tu ngan umah Ad..huhu

Najib Ariyan Ali Basha said...

SELAMAT PENGANTIN BARU ZALI... Abg Bear doakan semoga kekal hingga ke syurga... meriah sungguh gambar2 tudgn pakaina sedondon semua... teringat perkahwinan yg baru berlangsung kat kampung Abg BEar... wahhhh!!! memang seronok...

mummysyafie said...

ooo..masjid orang lain...kalau masjid axim jangan lupa bagitau erkk..

MOLY said...

tahniah buat pengantin dan keluarga ...

semoga berkekalan hingga ke anak cucu

:)

PUTUBAMBU said...

wah..comel betul pengantin tu..

Selamat Pengantin Baru buat abg awak ye axim..

cepat2 le kasi anak buah kat axim lepas ni..hehehe

said...

best kan tgk pic orang kawin

axim bila lagi?

heheheh

NN said...

selamat pengantin baru..

*baru terhegeh hegeh nak kado entri nih..
hahaaaaa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails