Salam Hari Jumaat, Salam Buat semua, Salam Pembuka Bicara!!
Jumaat menjelma dan esok hujung minggu kembali lagi..apa perancangan anda??Apa kata sambil berhujung minggu sambil kita santai santai dengan Kisah Percutian ke Hong Kong yang menginjak masuk hari ke-3,menyaksikan ketibaan kami di Macau..Kembara di Bumi asing bersambung,jom kita layan kerenah kami dalam melalui hari ke-3 ini..Ayuh!
**********************************************
13 May,Wednesday
Seawal pagi kami cuba bangun walaupun letih berjalan seharian pada hari sebelumnya masih belum hilang..adat merantau mana boleh di pedulikan sangat penat dan sengal-sengal badan sana sini..kena redah juga kan.Bukan selalu ada peluang sebegini..
Dalam jam 9 pagi kami berkemas-kemas dan mula bersarapan apa yang ada..apa yang ada??sebetulnya kami ada membawa bekalan makanan yang mencukupi dari Malaysia,tak lapar lah kiranya kat sini walaupun tak puas makan..hehe..Roti Gardenia dan Tuna Tin beserta air milo panas-pehhhhhh..tu pun dah rasa sedap sangat untuk sarapan pagi :)
After Breakfast,siap-siap untuk Check-out..
tersenyum ceria kak nona kita setelah perut di alas..
Macam biasa diorang lah yang akan uruskan Hal Check-out mahupun Check-in..yer la kalau tak sapa nak ambik gambar depa yerr dak..hehe(gambar atas:amoi receptionist tu kata''lu tarak curi barang kan dalam bilik kat atas sana..kalau ada lu kena bayar wooo..jangan main-main ngan wa arrrr'')
Good Bye South China Hotel..
macam biasa lah pejalan kaki seperti kami harus berhemah dan berhati-hati di jalan raya..sila tunggu lampu hijau pejalan kaki menyala baru melintas jalan okeh..:)
menyusuri kisah hidup penduduk setempat..
ni bukan penduduk setempat tapi tetap lah nak posing takleh tengok aku tala kamera sikit kan..senyum jangan tak senyum..keceriaan terserlah di pagi hari dari wajah mereka berdua..A new day has come..:)
mannings??sama ngan Guardian kan?
Jom kita ke MTR..
Oleh kerana kami akan menuju ke HK Macau Ferry Terminal,dari North Point station kami membeli tiket ke Sheung Wan Station(Island Line)..actually MTR kat sini banyak line yang ada,ada Disneland Resort Line,ada Tung Chung Line,ada Island Line-depend on which places you want to go..memang terbukti keberkesanannya..
Sheung Wan Station
Ziana*Axim*Nikli
Ni kitorang bergambar dekat tugu perasmian MTR..dah start dari tahun 1985 lagi mender ni bermula..ntah nama sapa ntah yang duk rasmi aku pun tak ingat..kalau nak taw sila la zoom gambar atas ni..(kalau boleh zoom..hehe)
nak ambil exit mana ya kali ni?
papan tanda dan direction yang jelas banyak disediakan di MTR ni..jangan bimbang,anda susah nak sesat cuma mungkin akan terkeliru dengan Exit nya yang banyak..berdasarkan peta dan panduan yang ada pasti anda dapat mencari petunjuk jua akhirnya.Kami amik Exit D-Exit yang akan membawa kami ke HK Macau Ferry Terminal.
yeah..this is it..
Sampai kat Terminal Ferry terus la kami nak pi beli tiket kat kaunter..sebelum sampai kaunter ada la ulat tiket duk jual tiket..tiket Ferry biasanya dalam 140 HKD,tapi yang mamat tu jual dalam 134 HKD..mula mula ragu-ragu jugak kami nak beli tapi tengok harganya yang lebih murah dari biasa kami beranikan diri juga beli tiket ferry yang akan ke Macau pada pukul 12.30 pm..Harap harap semua berjalan lancar.
On our way to Ferry Boarding Gate
ni feri yang akan kami naik-Turbo Jet feri
jom kita naik feri jom!!
The Best Part is Feri ni sangat lah selesa..luas dan seat nya lagi best kot dari seat Air Asia..hehe..based on our experience lah..dapat pulak seat tepi tingkap,memang la lagi best..kalau duk tengah tengah tak leh nak tengok laut dan pulau di kiri dan kanan nanti..patut la harga Tiket quite pricey..ada jugak orang duk jual makanan macam dalam AirAsia,hehe,tapi kami tak beli ler..nak jimat kos:)
nice view along our journey to Macau
Sejam Berlalu..sedar tak sedar kami hampir tiba di Macau..dari kejauhan da nampak menara Macau yang menjadi mercu tanda negara ni..Lebih Kurang macam menara KL kan..nak masuk Macau macam biasa lah kena lepas imigresen cop passport segala semua sebab ni masuk negara lain dah kiranya..Macau Here we COME!!!
Kami da tempah Hotel Royal Macau ni awal-awal sebelum sampai lagi..sepatutnya dari Terminal Feri ada shuttle bas percuma di sediakan untuk guest Hotel..dah kami mana nak taw kan,terus kena tipu ngan Drebar teksi yang meng-offer kan diri untuk bawa kami ke Hotel ni dengan kos sebanyak 80 HKD..Which is sepatutnya normal rate dalam 30 HKD sahaja setakat nak datang dari Feri Terminal ke sini..50 HKD tu beza..Aduss...apa boleh buat,kata pelancong asing kan..kami di tipu hidup-hidup..huhu..takpa lah,dah rezeki dia nak wat camana..:)
Bell Boy duk tolong angkat beg Kami
Entrance Hotel
is this 5-Star Hotel?
Nikli ngan Ziana duk menguruskan hal Check-In..
muka macam melayu la pulak Bell Boy ni..tapi cakap melayu konpem la dia tak paham kan..kami cakap bahasa english pun dia tak menangkap sangat..takpa lah janji mesej sampai..janji dia reti nak angkat beg beg yang berat tu pun dah bersyukur sangat..haha
aik sempat lagi tuh..say KEJU!!!
Speaking of which,masa da sampai bilik dan Bell Boy tu da tolong angkat barang semua segala,konon konon nak kasi Tips la kat bell Boy tuh..aku nak kasi dalam 5 HKD camtuh tapi tersilap kasi 15 HKD..kahkah..kisahnya tu duit Nikli balance duit teksi tadik..aku dah asingkan siap siap tangan kiri 5 HKD untuk Bell Boy dan tangan Kanan 15 HKD nak kasi kat Nikli balik..sekali tersilap kasi yang 15 HKD tu kat Bell Boy..wakakaka..terus aku kena ganti balik 10 HKD kat si Nikli..huhu..dah nasib badan..
so this is our Room
so cozy and comfy
ehhh tengah Online kaa..duk watper la agaknya yek..hehe:p
The Bath Room & Toilet
Oleh kerana kesuntukan waktu(masa kami sampai ni da dekat pukul 4 petang..),kami just landing-landing dan berehat seketika then siap siap mandi solat sumer segala untuk meneruskan jelajah di Macau..Nikli macam biasa la duk stadi Map tak sudah..aku just follow ajer lah..senang hidup..hehe..so kemana kami nak pergi jap lagi?
Tak cukup duk stadi map dia duk pulun tanya orang Hotel tu pulak camana nak pergi ke tempat yang kami akan jejak sebentar lagi..Alhamdulillah kerjasama yang baik di berikan.TQ TQ TQ.
Free Shuttle Van ada di sediakan oleh Hotel ni untuk ke The Venetian,Macau Tower dan beberapa tempat lagi yang menarik kat Macau ni..ada dua kali sehari,first dah lepas dalam pukul 12 tengah hari tadi dan yang seterusnya dalam Pukul 5 petang..so we go for da second one-and have to wait within 15 minutes before dan shuttle Van sampai.
sejurus selepas Van sampai..
sementara menunggu pasengger lain skali..
Van berjalan dan kami sempat menikmati panorama di Bumi Macau ni..Bersih kawasannya dan tempat nya yang tenang sungguh mendamaikan..jambatan yang ada dari satu kepulauan ke satu kepulauan yang lain pun sangat panjang..menarik pula binaannya..Subhanallah..
Macau Tower-berlokasikan di kawasan koloni portugis..Tinggi menara ni 338 m (bersamaan 1,109 kaki) dari bawah ke atas..dari atas memang boleh menyaksikan keindahan panorama di Macau,selain memiliki restoran,teater auditorium,sohopping mall dan yang paling best ialah Bungee Jumping-at 233 meter!!pehhhhh kalau boleh try ni memang best..(tapi oleh kerana kesenutukan masa tak sempat nak merasa..huhu)..For Your Info-this tower created by the architecture firm of Craig Craig Moller.
Penggunaan bahasa Portugal jelas kelihatan di sign Board yang tertera..memang Macau terkenal dengan Bangunan bangunan portugisnya..(kalau di Malaysia Melaka lah tempatnya..hebat jugak apa bangunan di melaka yang masih mengekalkan ke Portugis-an nya itu..:)
ke Coloanne atau Macau??mestilah Macau:)
Dan akihirnya kami tiba ke tempat yang ingin di tuju-The Venetian..sedikit info mengenai The Venetian-ia merupakan Hotel Mewah dan Casino di Macau owned by the Las Vegas Sands corporation..hmmm kalau kami dapat duduk kat sini memang la best kan..haha..tak mampu..mahal gilos kalau nak duk kat sini walaupun satu malam..paling murah RM700 ++ semalam..ada berani kaa??
masuk masuk jer dah ada shopping mall duk melambai lambai..sebelum shopping ada satu kaunter kad Cotai Rewards Club ni di buka..buat free ajer,just tunjuk passport dan tak sampai sepuluh minit kad ni pun siap..apa kegunaanya??korang nak shopping kat sini dapat 10 % diskaun..wow..kira ok lah tu kan..just flash kad ni kat mana mana kaunter dalam shopping mall then you'll get your diskaun..memang sengaja nak mengabiskan duit orang ramai.
us with our Cotai Rewards Club Card
Dah ada kad ni apa lagi,jom kita shopping lite lite..:)
Duty Free americas Shop-Kedai Perfume yang jual macam-macam jenis perfume..yang takdak kat Malaysia pun ada..Harga nya tak lah murah mana,slightly murah la dari Malaysia tapi dah memang kitorang ni kaki Perfume terus terjebak lah menyinggah..(singgah jer ke??)
Thanks To Nikli for da above pics..gigih dia duk snap curi curi..mana boleh nak amik ga,bar kan kedai macam nih tapi kami peduli apa..bukan ada yang kenal pun..haha..kalau kena halau ngan pak Guard kami lari jer lah..ni dalam proses duk cari perfume tak sudah..duk try itu try ini last last semua bau sama lebih kurang tak taw nak beza dah..
Masa nak beli perfume macam macam ragam..malas nak citer kat sini..(you know i know cukup lah..hehe)..yang penting mata jadi rambang tak taw nak beli yang mana,sudahnya aku ngan nikli rembat sebotol sorang,kak Non tak yah cakap la-konpem dia duk angkat berbotol botol..Ratu Shopping of da Year macam tu lah..tak leh nak cakap apa dah..
dah 48 botol aku angkat ni,jom la blah..-Kak Nona
kami naik ke level yang seterusnya..
Waduh waduh..indah skali dong panorama di sini..dengan awan berkepul kepul di langit membiru memang bikin saya kaget bangat!!ntah apa aku ngomong aku pun tak taw..haha..cantik lah diorang buat macam ni!!
actually tu bukan awan yang sebenar..kalau skali tengok memang macam real tapi bila dah berkali kali tengok memang taw tu bukan awan asli..diorang design roof top tuh kasi nampak macam awan berkepul di dada langit yang membiru..memang nice dan Kreatif sangat!!(ni memang tiru macam kat Vegas kan..)
slack la pulak ada banner sale kat tiang tuh..hehe
aksi seribu satu macam kembali!!:)
''The Palazzo Grimani di San Luca is a Renaissance building in Venice, Italy. It is located on the Rio di San Luca channel of the city, at the point in which it flows into the Canal Grande.''
actually binaan kat sini memang di bina seperti San Luca Canal-The Venice Italy..menarik sangat..i wish one day nak pergi ke Italy pula..Jom?
pasangan memadu kasih di atas Gondola
Jom kita bergambar!!
kalau nak di ikutkan dalam bangunan ni taking Photo's dan buat video(video Cam bawak tapi tak pakai,nanti nak rakam kat Disneyland:) dilarang..tapi macam biasa lah,bukan kami peduli pun..masa duk amik gambar ni ada pak gad mana ntah duk marah kata takleh bergambar..ada kami kesah..cari port lain la plak sementara tunggu pak gad tu blah..haha
feel feel kat Italy kaa nih?
takper berangan..nanti insya Allah jadi kenyataan:)
kalau nak berbulan madu sesuai jugak tempat nih..
Then naik Gondola sambil dihiburkan oleh pompuan ni
ehhhh macam taw taw jer orang nak amik gambar dia,terus dia pose mengibarkan tangannya ala ala nak terbang..(erkkkk dah takdak idea dah sebenarnya ni..haha belasah ajer lah..baca jangan tak baca k..:)
aksi gila-gila remaja
ni macam nak sepak orang ker apa nih..
haiyooo awat nikli terkangkang lagu tuhh..
Aksi Prebet Sapu
Prebet Sapu tak puas Hati kena kacau
Aksi Serangan Balas..:)
Dalam duk pusing pusing Shoppping mall yang teramat lah besar ni tetiba ada jumpa satu Kedai Manchester United punya Merchandise..sapa sapa yang akui diri dia peminat setia Manchester United mesti gila punya tengok kedai yang besar ni..Macam macam ada wa cakap luu!!
Ziana terus la masuk nak shopping untuk adik kesayangan dia-peminat Fanatik Man United..Aku??Chelsea tetap di hati:)-(Takziah buat Man U yang da kalah 2-0 ngan Barca kelmarin..simpati aku..hehe..)
duk tunggu kak Non shopping dalam kedai tuh lama sangat aku ngan Nikli yang kebosanan kat Luar ni duk ambik gambar sakan laa..siap melompat lompat lagi..Kak Non dari dalam kedai tuh menjeling semacam,tanpa di sangka sangka..
tetiba Kak Non pun tanak kalah-dia pun keluar dari kedai Man U duk pulun melompat skali okeh!!haha..lawak plak aku rasa sebab dia tak bayar lagi..lepas da melompat dia masuk balik kedai tuh untuk bayaq..macam macam la hang ni Kak Nona..boleh macam tu..kehkehkehkeh..:p
Man United yang menjadi pojaan ramai..(bukan aku)
Dah penat round round shopping bergambar semua maka kami pun kelaparan dan kehausan la jawabnya..berdekatan dengan kedai Man United tadi ada satu Restoran McD yang tak kurang juga besarnya..apa lagi terus la kami menyinggah..nak makan apa lagi kalau bukan KENTANG GORENG nya yang meletup pop pop itu..:)
KAMI @ McD
Order kentang goreng Large Dua..ngan air coke..nasib la kan kena cicah ngan Sos Tomato..pehhh lazat menjilat jari jugak..tak pernah pernah aku makan kentang goreng ngan sos tomato mai kat sini sedap la pulak rasanya..(dah lapar semuanya sedap kan..)..dapat la makan minum sambil berehat rehat sebentar..tak taw dah pukul berapa masa nih.tak tengok jam..tapi konpem da malam.
Lepas da makan kami meneruskan perjalanan lalu kat Casino dalam The Venetian Nih..masya Allah..punya lah ramai orang duk berjudi..tempat ni pun memang besar gila..(kami tak berjudi skali okeh..please take noted..macey!)
nak join sekaki boleh kaa??haha haram..
''The casino is currently the largest in the world at 550,000 sq ft (51,000 m2). It is further divided into 4 themed gaming areas namely Golden Fish, Imperial House, Red Dragon and Phoenix. The casino consists of over with 3400 slot machines and 800 gambling tables''
Rasanya dah lengkap la hari kami nak menikmati The Venetian..seronok walaupun penat nak pusing satu bangunan yang besar gila-gila-gila-gila nih..masa nak cari Pintu Keluar dari sini pun tak jumpa sebab keliru,nasib baik tanya kaunter pertanyaan dan dia kasi direction macam mana nak keluar..
(To Be Continued..)
Rumusan Hari Ketiga Di Macau(The Venetian):
''teruja dengan bangunan bangunan di Macau yang berkonsepkan Portugis style.Very Nice!!..persekitaran yang nyaman dan bersih di sini memang mendamaikan,The Venetian maybe could be a great place to stop by if you were in Macau,to be exact it's a must to be here..''
28 comments:
wah2..sgt seronot yer....
hello axim! wah, percutian hebat!
axim tembams! :D
aksi serang balas paling lawak okeh!!!
:)
i luv macau so much much much!!
xde laa sampai 48 botoi..
tuh mau minom perfume hehari!!
hehehe
im so sad.. MU kalah!!
but its ok!
ajim.. manchester jom!!
gile??
:P
bejasa gak tripod lembik tuh ek??
tmrw i will try my tripod!! kat mkl!! wil update u!
:)
huh?? suke lak tgk entry nih!!!
errr... nexxxttttt entry!!
bejalan 10km++
:)
eza::
diakui and disahkan olen ZIANA!!
:P
larikkk!
hahahaha..
keco kan mase kat MU..
:P
leh plak join sekaki lompat2..
then masok balik... hehehe..
ziana..ziana.. sengal kamu ya?
:P
ehh ccanntik gile dalam tu,..
ni penah ada kat paper ni.. bile le agaknya turn aku plakkk
sangat sengal korang ni :)
woihhhhhh gila la man u xperience. terlioqq ja aku tengok
cantik belaka pic2 yang u all amik. Macam best jer Macau ni. Shopping sana murah tak?
alahai...bestnye!
wah..detailnya ko punya description, story, photos..
pengsan kalau aku ni...biasa aku buh yg aku rajin nak letak je..
tapi ko punya trip betul2 detailnya ko cerita..
congrats..
best giler tengok macau
jeles jeles !!
uwaaaa !!
x pe, hope one day kalau dapat pergi nak pergi jugak x kire
uhuhu
:D
omg...sgtt cantek..jelesnyerr..nk g sane gak r...kumpul duit..
Muadzlife,
alhamdulillah..sangat seronot dan gembira berada di sana..:)
Chen,
yeah..a great vacation..witha great accompany,definitely..
:)
Eza,
yer saya mengaku yang saya sudah tembams..huhu
Ziana,
aksi tuh paling memukau sebab si keding angkat kaki nak terajang i..haha
Macau memang best kan..jom one day kita terbang pi macau sahaj nak??duk kat HARD rOCK Hotel pulak jom??
:p
Ziana,
memang berjasa laaa sangat tripod lembik tu kan..duk kutuk kutk yang tu gak paling banyak tolong kita ambik gambar bagai bagai aksi yang ada..haha
masa kat MU tu u memang kecoh..tak leh tengok kitorang nak lompat kan..terus nak join skali..lawak okeh!!:p
ok ok tunggu kan next entry ok..
NEXT!!
:)
Mrs.Sheikh,
turn ko akan sampai suatu masa nanti..sabar lah k...nanti pi jangan lupa update dalam blog:)
misi merawat kesengalan tak berjaya lah..pi sana lagi makin sengal ada lah..haha
Sepul,
pehhhh memang terliuq la bagi sapa yang Die Hard Fan MU macam Hang..kalau hang kirim boleh aku beli t-shirt kat hang barang selai dua..haha
:)
Leez,
Macau memang best la akak..shopping kat sana tak la murah sangat..slightly murah,tambah lagik kami dapat 10 percent with Cotai Rewards Cards..lagi la heaven nak membeli belah..
:)
Mazzddaud,
tak la sebest LONDON...hehe
Catz,
alang alang nak bercerita biarlah sampai detail kan..hehe..
tapi skarang mood nak sambung lagi entri nih kemalasan skit..nanti aku update lagik yer..
slamat hari isnin!!
:)
Lily,
pergi jangan tak pergi okeh..:p
Betwee,Macau memang best..
siyes..
:)
Princess N,
Nanti nak berbulan madu kat sana pun ok..
best!!
:)
cantek betol hotel tu kan...
Casino Gambling Game tyuueooru
http://stonewalljacksoncarnival.org/ - Best Casinos
Online casino seems to take the industry by storm.
[url=http://stonewalljacksoncarnival.org/]Online Casinos Free[/url]
Additionally, you don?t have to stand out of your casino till the clock hits its opening time because a majority of online casinos are accessible 24/7.
Download Online Casino
Play wherever and whenever you want The best thing about online casino is that you don?t have to visit your local casino in order to meet your gambling desire.
The writer of azimashaary.blogspot.com has written a superior article. I got your point and there is nothing to argue about. It is like the following universal truth that you can not disagree with: Bluetooth headsets look completely moronic I will be back.
Hi!
You may probably be very interested to know how one can make real money on investments.
There is no initial capital needed.
You may begin to get income with a money that usually goes
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'll be glad to share my secrets at my blog.
Please visit my pages and send me private message to get the info.
P.S. I earn 1000-2000 per daily now.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Post a Comment