11 JULAI 2009
Hari sabtu-lepas kitorang puas mandi manda waktu petang terisi dengan membeli belah kat NILAI 3..mak nak cari langsir untuk raya dan abang Shuk pun nak cari kain untuk majlis kahwin dia tak lama kagi(akan aku umumkan nanti ya).maaf lah,gambar takder sebab cuaca sangat panas dan mood nak bergambar terus luput..haha..
Bila malam tiba..
Semua bersiap-siap untuk majlis makan malam di Coffee House Tiara Beach Resort..agak pelik kan gambar di atas sebab mak,ayah dan Ami tak ada..sebenarnya diorang takder sebab mak/ayah hantar ami balik naik bas di Seremban Terminal 2-sebab hari Ahad dah start kelas..so nak tak nak dia kena balik jugak malam ni..sian kat ami tak dapat nak join..takpalah,takda rezeki kan..
kakak dan abang ku
sempat lagi bergaya depan motor sapa tak taw..
dalam perjalanan menuju ke Coffee House
in my Observation,Tiara Beach Resort ni memang banyak sangat orang buat function..khabarnya-especially Government staff kalau kursus kebanyakannya memang diorang buat kat sini..malam ni saja sampai ada lima-nam group yang aku tengok ada majlis..
Tapi yang pasti majlis kitorang tetap yang paling meriah..haha..tak caya tengok lah meja makan yang dah penuh ni..ambik selagi tak penuh meja..dah penuh meja baru berenti duduk makan..kata buffet kan..terus la masing masing engikut nafsu syahwat semata-mata..:)
apa lagi,jom kita makannnnnn!!
Macam-macam ada kat sini..dari main course sampai la ke dessert nya..semua ada-ko pilih jer mana yang ko berkenan..tapi dalam banyak banyak mender yang ada kat sini,TOP 2 yang aku paling suka ialah:
sate nih!!walaupun bakar dalam microwave jer,tapi sedap!!
dan jugak isi ikan dowri masak lemon nih..pehh mantap!!
maka bermulalah sessi makan memakan tak hengat sambil mebnincangkan hal ehwal semasa adik beradik..saling bertukar cerita dan berkongsi pendapat mengeratkan lagi ukhuwah yang telah sedia ada..cuma sedikit terkilan kerana mak dan ayah tak dapat bersama..hmmmm..
lihat tudungku..sungguh ayu sekali kan..:p
the floor is yours!!!wahhhh BEST!!
Lepas da habis makan kat luar Coffee house macam bising dan orang ramai sangat..Rupanya ada persembahan yang di sediakan oleh pihak Resorts..persembahan apa aku pun tak taw jom kita sama sama terjah..
apa yang hampa duk kerumun tengok nih??
Owhhhh..rupanya kat PAVILLION STAGE ni ada persembahan mengimbangkan badan dari pakar yang bertauliah..duk balance kan mangkuk atas kepala and duk tambah tambah lagi smapi kepala tak tahan..
haaa tolak..jangan tak tolakkk!!
Habis mamat cina tu buat show keluar la pulak minah lentik baju merah ni mempamerkan kehabatan beliau melentikkan badan macam getah yang boleh di simpul simpul..macam takder tulang belakang jer ko kan aku tengok..ishhhh ngeriiii..
tak cukup lentik,pi pusing pinggan pulak..ko ingat hebat!!
Hebat tak hebat pun khusyuk jugalah ahli keluarga aku ni duk menonton..especially bebudak tuh..bukan senang nak melentik dan mengimbang macam tuh..try buat tengok..haha..
refleksologi di dataran berdekatan
jalan-jalan amik angin..
sekali ada satu booth kecil bukak duk jual menatang warna warni nih..kaum ibu yang punyai anak terpaksa la perabih kan pitih mana yang ada demi memenuhi kehendak anak kecil yang teruja dengan warna warni lampu yang di jual..demi anak tercinta semua sanggup kan..hihi
nuyul pun nak jugak tuh..ishhh
olo olo tomeinya dia duk pusing pusing lagu tuh..
muka kepuasan dapat lampu cantik..
Dalam pukul 11 lebih mak dan ayah tepon kata diorang da sampai bilik..so kitorang bergegas ke bilik sesegera mungkin..nak taw satu perkara tak??berkat usaha gigih kitorang masa makan buffet tadi kitorang merembat sebanyak 70 cucuk sate ayam(estimate jer nih..haha) dan memasukkan nya ke dalam beg kekanda tie..terima kasih atas begmu itu!!sekurangnya mak dan ayah balik boleh makan sate..hehe..sekian..
“Family means too much, Friends are too valuable, And life is too short, To put-off sharing with people, How much they really mean to you, And pursuing whatever it is that makes you happy.”
9 comments:
aku pernah stay kat tiara neh
mmg best. dan besar. hehe :)
wa...bestnya bercuti dengan family...Tgkkan hotel ni dr luar tak rasa tertarik nak bermalam..,tp lepas tgk entry en axim, terus terpikat..minta sikit share kt hotel tu, sebab en axim dh tlg promote...kan..kan..
pergh...makanan....lapar balik..
kat tiara ni de apartment je ker? kalo bilik je de tak? bape yek semalam?
wahhh...sgtt besh & meriah...
salam..memang bes aktiviti kekeluargaan ni....
gelamnya ngan nuyul neee...aipp
meriah giler korang makan
macam-macam ada
memang besh dan marvelous !!
:D
wah, syok betul nampaknya tiara ni..
boleh try ni..
sy ada jumpa website ni, igt nk booking bilik dr dia, murah skit kot.
http://tiarabeachresortpd.blogspot.com/
Post a Comment