Followers

Wednesday, August 12, 2009

TRIP PULAU REDANG : BAHAGIAN SATU

Salam bersiaran kembali!!

Kali ni aku nak bergebang pasal Trip ke Pulau Redang Hujung Minggu yang lalu..trip ni rancang last minit wooo..Alhamdulillah we still can make it,and everybody was so happy!!what can i say-Pulau Redang is one of the most beautiful island i've ever been(so far..hehe)..aku taw Perhentian dan Sipadan jauh lebih cantik dari ni tapi later la yekk rancang trip lain plak untuk ke sana..Ayuh kita ikuti sambungan kisah jalan jalan bersama AXIMUD hujung minggu lalu!

7 OGOS 2009

Dari Penang aku menaiki Bas ke Kuala lumpur,untuk menaiki bas di Hentian Putra terus menuju ke Kuala Terengganu..sampai di Kuala Lumpur 4 lagi rakan yang lain sudah menunggu..ada insiden yang menjengkelkan berlaku tetapi biarlah aku simpan untuk diri sendiri sahaja..cukup aku katakan,aku still manage untuk sampai di Hentian Putra on time..

1

Bas dari kuala Lumpur bertolak pada jam 11 malam,dan kami tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 5 pagi..awal lagi so nak buat apa dulu kitorang lepak minum kat McD berdekatan stesen bas Kuala Terengganu,sementara menanti Subuh dan sementara menanti agen dari Redang Holiday Muncul to fetch us up pada jam 7 pagi nanti..

2

Ini lah 4 rakan yang aku bagutau sebelum ni-actually yang ajak ni Aida Hanim,Kawan Nikli-Opismate dia semua nih..termasuk lah Liana dan Idah..Aida pernah jumpa sebelum ni,tapi ni first time jumpa ngan Liana dan Idah..memang boleh ngam la ngan depa,tak kekok pun..hehe..Nice to meet you guys anyway!!

3

Dekat pukul 7 pagi Van dari Redang Holiday agency datang..(ni website Redang Holiday kalau korang nak tengok rate atau apa apa pakej yang di tawarkan..i'm not going to elaborate more on dat..)aku nak terang lebih lebih tak taw sebab Aida yang uruskan semua ni..aku siap duit dan follow jer..:)

4

jom kawan kawan kita isi barang!!

5

hmmm memasing tak sudah ngan henpon kan..

6

Dari Hentian Bas Kuala Terengganu memakan masa selama satu jam untuk ke Jeti Merang-Jeti di mana kami akan menaiki bot ke Pulau Redang selepas ini..Kat Jeti ni pun dah ramai orang menunggu..most of them banyak foreigner..

7

jeti Merang

8

rileks dulu sebelum tunggu bot..

9

Nak naik Bot kena ada Boarding Pass dulu..ni dah siap siap amik ngan agensi Redang Holiday..pendek kata semua dah di uruskan,tinggal bawak badan jer..Enjoy!!

10

Tiket Marine Park-RM5

11

Tak lama kemudian bot pun sampai..kapasiti tak kurang lebih dalam 30 orang per bot..tapi kali ni aku rasa macam lebih jer..haha..tak kisah la janji aku dapat sampai ke Pulau Redang dengan selamat cukup lah..

12

Korang nampak tak pakcik Cina gambar bawah hat duk pakai spek mata itam tuh??kitorang geram ngan dia dari awal lagi sebab mulut dia ala ala celupar jugak duk negatif sepanjang masa..bila bot berhenti dia duk kata bot rosak lah,apa lah..tapi semua yang negatif jer lah..ishhhh dah la tengah laut kan tak boleh nak cabul sangat..

13

perjalanan di teruskan..

14

Dalam Satu Jam jugak Bot ni membawa kitorang menuju ke destinasi pilihan..diorang semua takder mabuk laut..lagi pun ombak tak bergelora dan cuaca pun baik..Alhamdulilah perjalanan kami di permudahkan oleh-Nya..

15

POsing itu WAJIB..

16

Yeaayyyy kami dah sampai..

17

hati hati..kang tergelincir masuk laut pulak..

18

Masa lalu atas titian ke darat tuh memang da nampak air nya yang jernih dan pantai nya yang Putih..Subhanallah..memang teruja sangat aku tengok..rasa macam nak terjun laaa tu jugak tapi kena bawak bertenang la kan..hehe..kang nampak macam aku jakun pulak..eheheheheee..

19

Subhanallah..Indah!!

19a

Pakej yang di ambil menetap di Redang Holiday Villa..dari tempat bot mendarat jauh jugak la nak menapak ke sini..tapi ok jer,bukan lah jarak nya jauh sangat,cuma cuaca yang sangat panas masa ni membuatkan kami rasa letih dan penat..dah la masing masing tak mandi dan tidur secara betul lagi nih..

20

Reception,menguruskan penginapan..

21

Tenang..ala ala macam kampung jer..:)

22

Kat sini ada macam macam jenis bilik yang ada bersesuaian dengan harganya lah..Ynag kami ambik ni macam rumah dua tingkat,ada dua katil Queen kat bawah dan di tingkat atas ada katil queen size jugak..Tapi tangga ke loteng curam tak hengat..kena berhati hati wooo..overall,i like this Room!!

23

Dah dapat masuk bilik apa lagi masing masing mandi dan rehat rehat kan badan sebelum nak pi Makan Tengahari..Makan pagi,Tengahri dan makan malam semua include dalam pakej yang kitorang ambik..so takder masalah lansung bab bab makan nih..tempat makan nya pun Best!!

23a

unsur kayu yang nice..

24

Santapan pertama kitorang di Redang Holiday ni-Nasi Putih,Gulai Ayam,sayur sawi goreng,Telur dadar,Ikan Goreng dan Wantan Goreng..air ada dua jenos di sediakan iaitu air Oren dan Air sirap..pilihlah sendiri mana yang korang suka..Rasa makanan not bad..sedap!!(atau masa ni memang kami semua lapar giler sebab tak breakfast pagi..)

25

sessi makan makan dan kenal mengenal..:p

26

Buah Duku-Langsat ni pun ada..Juara makan buah ni si Liana..pehhh makan buah ni sampai tak hengat nakmakan nasik..takpaaa jangan sakit perut sudah kan..janji ko bahagia aku pun bahagia..hikss..aku kurang sikit bab bab buah ni..

27

view dari tempat makan..

28

jernih maaa airnya..

30

Lepas da siap makan balik bilik jap then terus bersiap siap untuk memulakan aktiviti pertama-Snorkeling di Pulau Kayu(ehhhh ye ker??aku main belasah jer ni..haha)Kitorang pergi ramai ramai sekali ngan semua group yang datang sekali tadi..The more the merrier okeh..

31

masing masing dah bersedia??

28a

kalau dah bersedia jom kita Snorkeling!!!

34

jom jom jom jom jom..

32

nasib la ada jaket keselamatan kan..nak harap berenang sendiri alamat aku tewas sebelum berjuang la..nak jejak kaki pun mana nak sampai tengah tengah laut nih..haha..Dapat gak la tengok hidupan laut yang ada..cuma kat sini Coral nya tak banyak yang ada..macam banyak yang dah mati jer..

33

excited tuh nak snorkeling..

35

Actually kawasan ni besar..maybe tempat yang aku explore tak berapa nak ada coral yang best..ikan yang belang belang jer banyak..haha..takpa,korang tunggu entri di Marine Water park..kat situ aku manage untuk amik gambar underwater..Nice sesangat!!tunggu yaaa...

36

berenang dan terus berenang..

37

di hujung kapal..

38

ni anak mat salleh mana la nih..

39

Agak agak semua orang dah penat dan puas bersnorkeling kelindan bot menjerit duk panggey suh balik..lagi pun dah petang hari(pukul 5 lebih macam tu)..Sampai balik di Pulau Redang ada di hidangkan dengan Tea Break pulak..macam macam kuih yang ada..Untuk first attempt aktiviti ni kira ok lah..best,,berkenalan dengan alam sekitar..:)

40

jom makan kuih pulak..

41

ada ketupat,ada karipap,ada kek lapis merah hijau kuning

42

a cup of coffe in this evening..

43

Lepas da siap siap makan aida,Liana dan Idah pi balik bilik..aku ngan Nikli duk gigih jalan jalan keliling pantai duk cari angle best nak snap gambar..sayang jer dia tak bawak DSLR SONY ALPHA dia..kalau tak lagi banyak gambar terklumpul dalam archive Redang ni..Next time hang bawak la kamera k..tak da la berat sangat pun..:)

44

WHAT A WONDERFUL WORLD...

45

Ni angle dari tempat kitorang tea break..

46

ombak menghempas pantai..

48

kat sana tu macam ada pulau lain..

47

biru turqoise air lautnya..

Banyak lagi gambar gambar best nih..nanti aku buh dalam entri seterusnya ya..entri setrusnya aku nak sambung pasal sambungan aktiviti ambik gambar petang ni (siap ada pelangi okeh..lucky us..:),dan jugak aktiviti kami di malam hari..jeng jeng jeng..jangan kemana mana,Teruskan bersama dengan AXIMUD..

:)

*On leave today,will going to KL nak sambut kepulangan my Sister dari Egypt,Mesir..How i miss her so much!!Kak Ija,aku tunggu kau di KLIA malam nih..!!selamat pulang yaa..

31 comments:

Faisal Admar said...

eh asal nama aku tak tergolong dalam kategori "already met them"?
isk2.

hmm.

nampak tua lar simpan misai haha!

banyak ek cuti ko.
asyik vacation jek.

Ziana said...

nice pic!!!
suke lak tgk
:)

next!!
Perhentian ek?
:)

LannY LennY LeannY said...

hish geramnya tgk pics ni..rasa mcm nak pegi balik.....huhu...but when...wohoooo

Wahidah said...

hurm mcm lain je tgk axim dgn misainya..hehehe

KAKTINY said...

ni baru cuti-cuti malaysia...
hihihi

@xiM said...

Faisal Admar,

owh..ok nanti aku update..lama dah aku tak update yang tu..hehe

nampak tua??day 2 aku dah buang..nantikan entri untuk day 2 k..hehe

cuti banyak??ni p hujung minggu ja lah bro..

@xiM said...

Ziana,

next perhentian??ayuh!!

@xiM said...

Lanny,

hehehe saja aku nak buat hang jeles sebenarnya..hehe

jom pi PERHENTIAN jOM..

@xiM said...

Wahidah,

nampak tua kan..haha

@xiM said...

Kak Tiny,

yezzzzaaa...jom cuti cuti Malaysia..:)

scrlett said...

salam.... perhentian really nice... dah pegi tahun lepas... redang n kapas dh pegi masa study... hehehehe... klau nk lagi adventure.. azim, maybe next year g sipadan...

@xiM said...

Scarlet,

dalam rancangan gak tuh nak pi SIPADAN..haha..

kalau ada rezeki sampai la nanti..:)

CATZ said...

woh axim, giat bercuti nampaknyaaa!
nampak bess sekali...
nice place..nice people..
i wish to go there one day..

kucingorengemok said...

kalau tgk pantai kaler teh ais kat pd, mcm tak percaya je ada laut warna hijau/biru kat msia ni... kita lom pernah tiba lagi redang :(

xplorer said...

aku tgk hang ni kerap btul bejalan , boss tak bising ke slalu cuti

kojah said...

i wish somedayyyyyyyy...

jeles giler!

Faisal Admar said...

wei, aku suka la bahagian loft tuh!
terasa macam dalam movie lak! :D

A.R.A.S.H. 910 said...

sure enjoy & beshhhh banget!! =)

pakej yg menarik!! =)

lorr nape nikli x bwk dslr dia?? rugi rugi..wooo..

my piccas kt redang pun lum abes upload lagi..hahahaha

Anonymous said...

salam bro,next time kena pi scuba lah plak


dbi

KiMiE said...

haha..hang gheja jalan ja..bawak la aku lak len kali..hehe!!~

@xiM said...

CATZ,

yeapp..nice place and nice people..thanks to them!!you should go there la catz..very beautiful place!

@xiM said...

Incik Kucing,

memang betul!!ada lagi kat Malaysia ni lautnya hijau dan biru macam ni..jom jom pulau redang..

@xiM said...

XPLORER,

aku tak cuti yang ni,pi hujung minggu jer lah..:)

@xiM said...

Kojah,

dont be..just pegi jer nanti someday k..:p

@xiM said...

Faisal Admar,

macam dalam movie the beach kaaa??hehe

@xiM said...

ARASH 910,

owwwhh lupa you already pegi sini kan..

tu lah,nikli tak bawak DSLR dia..kalau tak mesti lagi banyak gambar terkumpul..:)

@xiM said...

DBI,

nanti nak amik lesen diving pulak..hehe

@xiM said...

KIMIE,

hang pun boleh pi jalan jalan gak..jom cuti cuti malaysia..:)

eedany said...

cantiknya gambar paling last and second last.

upload besar sikit next time, boleh aku cilok buat wallpaper. hehe...

jangan marah beb! Senyummmm...

;p

@xiM said...

Eedany,

kalau nak gambar buat wallpaper,bak sini emel nanti aku emelkan kat ko..:)

eedany said...

Wah!! Ini sudah bagus.
Email aku...

eedanys@yahoo.com

TQVM in advance.

:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails