Followers

Monday, September 7, 2009

SALAM NUZUL QURAN

Alhamdulillah.

Allah masih memberikan kesempatan untuk aku terus mengutip nikmat dan kurnia dari-Nya..sampai saat ini Dia bisa lagi memberikan peluang untuk aku bernafas dan meneruskan perjuangan yang tiap dari kita perlu lalui.Syukur.Jangan pernah kau persiakan setiap saat yang datang dan pergi,kelak nanti kita juga yang akan rugi dan hidup penuh dengan kekesalan..

Genap suku Abad aku mengungsi di dunia Pinjam-Pinjaman ini.Dalam tempoh itu aku banyak belajar dan menghayati erti sebuah kehidupan,dan juga erti sebuah kedewasaan.Meningkatnya umur tidak bermakna kematangan juga bertambah,andai kau masih tidak mampu untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang sewajarnya.Untuk hal ini,kadang aku juga masih keliru dan seringkali tersilap langkah namun itu bukan alasan.Itu bukan alasan untuk aku terus rebah dan berputus asa.Selagi boleh aku akan cuba untuk terus bertahan dan mencipta sejarah.sekurangnya sebuah sejarah yang boleh di banggakan,dan boleh di raikan.

Insya Allah.

Selamat ulangtahun kelahiran buat penulis blog.Semoga hari hari mendatang akan dapat di lalui dengan penuh warna.

***********************************************

Hujung minggu yang sangat HEBAT,aku kira..!

Hari jumaat,(4 september 09) dari Penang aku memanjangkan langkah menuju ke Kuala Lumpur.Ada beberapa teman menunggu untuk meraikan ulang tahun kelahiranku,bertempat di William.Kebetulan Abang Bear yang kini mengungsi di Sabah dapat turut serta-menjadikan malam tersebut semakin ceria dan penuh gelak tawa..Nikli(dari Miri),Aida Hanim (dari Johor Bahru) dan Ziana(Ampang,Kuala Lumpur) turut serta sementelahan telah lama kami tak berjumpa.keadaan gamat dan aku terharu dengan kek yang sungguh unik itu..Terima kasih.Hanya tuhan mampu membalas semua budi yang telah di taburkan.

[YKWYA tidak pernah berkubur.yang berkubur mungkin beberapa ahli asalnya yang dulu,tetapi frasa YKWYA tetap indah dan sentiasa melekat dalam jiwa kami.Bertitik tolak dari itu lah kami semua berjumpa,berkenalan dan seterusnya mula bergaul seperti adik beradik.sangat akrab,dan hanya kalian mampu mentafsirkan sejauh mana keakraban yang telah kami bina.Terima kasih tuhan atas sebuah persahabatan ini.]

Hari Sabtu(5 September 09),aku,Nikli Aida dan Ziana mengambil kesempatan yang ada menuju ke Midvalley Megamall untuk sama-sama meluangkan masa yang ada.Sempat menonton wayang:Final Destinatin 4-sebuah filem 3D yang amat menarik!!aku sedang berkira-kira untuk menontonnya buat kali kedua.memang sebuah filem yang sangat mengujakan!

Waktu berbuka puasa tiba,dan Kami berbuka puasa bersama-sama di Restoran Tony Roma’s,walaupun pada awalnya sukar untuk mendapat tempat namun berkat kesabaran dapatlah kami semua makan di situ.Bermulalah sebuah episod yang indah.

Restoran menjadi gelap,dan aku menjadi hairan seraya datanglah kelibat beberapa pekerja restoran tersebut membawakan Brownies Aiskri, beserta Lilin di atas nya,untuk aku dan Aida(ulang tahun kelahiran aida pada 24 Ogos yang lalu).Kejutan yang aku tak jangka.Speechless,bila mana mereka semua beramai ramai menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ dan hanya tuhan sahaja Maha Mengetahu perasaan aku pada waktu itu.

Sebak.Terharu.Sedih.Gembira.Speechless.

Dan hanya riak muka sahaja dapat membayangkan apa yang aku rasa ketika itu.Lilin di tiup dan serentak kami bersalaman dan jutaan terima kasih aku ucapkan pada kalian yang merancang..terima kasih banyak banyak atas Kad hari lahir yang sangat menyentuh hati,di tambah pula dengan hadiah yang aku tiada sangka!!Aku sangat gembira.Sungguh.Aku tak tipu.seolah sudah lama aku tidak berperasaan sebegitu.dan kalian lah yang menjadikan malam itu penuh dengan memori yang tak mungkin aku lupakan.Terima kasih.

[ketahuilah betapa bermaknanya kalian pada aku..dan aku sangat menghargai segala yang berlaku,semoga kita sama-sama akan beroleh kebahagiaan..Amin]

Menjelang tengah malam-masih lagi bertempat di william kami semua-YKWYA-berjumpa untuk kali yang terakhir hujung minggu yang lalu untuk bersahur bersama-sama..Kak Tie dan Bozzo ada sekali.Aku tak boleh lupa malam itu.Masakan aku lupa bila aku teruk di jadikan ‘bahan’ oleh mereka..hehe..mungkin sempena meraikan hari jadi.tapi kami tetap gembira..dan merekalah yang paling gembira apanbila semuanya berjalan lancar..Alhamdulillah di permudahkan urusan oleh-Nya..Terima kasih sekali lagi pada semua yang telah mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada aku sama ada melalu SMS,FaceBook ataupun Talian tetap..semoga kalian akan beroleh kebahagiaan..Ameen..

Hari Ahad(6 September 09)-mendapat berita dari Abang Shuk mengatakan Kak Ija telah di masukkan ke wad Kuarantin H1N1 Hospital Tunku ampuan Afzan Kuantan semalam,setelah mengalami demam panas yang teruk-39.5 darjah celcius..sesungguhnya aku berasa amat gusar mendengar perkhabaran tersebut dan nekad mengambil keputusan untuk pulang berjumpa keluarga,sekuarangnya mampu memberikan sokongan walaupun kemungkinan untuk melawat pesakit yang di kuarantin adalah zero.menaiki bas Mara Liner jam 3.30 petang,terus menuju ke Kuantan.

Jam 7 petang,aku,Shuk ayah dan mak menuju ke Hospital untuk meninggalkan sedikit barangan untuk kak Ija.Alhamdulillah,walaupun kami di larang untuk berjumpa kak ija tapi we manage to make it happen.Aku peluk kak ija dan aku lihat ada manik air mata jatuh di wajah mak.Keadaan Kak Ija telah stabil waktu itu,dan badannya tidak lagi panas..Dan hari ni dia telah di benarkan pulang ke Rumah..Syukur sangat sangat..Harap segalanya tenang tenang sahaja..H1N1-bukan lagi mainan masa kini.Berjaga-jaga lah.prevention is always better than cure.

Hari ni cuti Nuzul Quran.Sebab itu aku mampu untuk pulang ke Kampung halaman sini.Dan aku gembira (syukur pada-Nya) kerana kak ija telah di benarkan pulang,dan aku juga akan pulang ke Penang memandangkan esok hari bekerja.Insya Allah kita berjumpa 2 minggu lagi ya-untuk cuti hari raya semestinya..Insya Allah..

Wallahua’lam.

*sekarang aku berada di Hentian Puduraya,menanti tibanya bas jam 10 malam sebentar lagi..sempat berbuka puasa bersama Ziana dan keluarga sebentar tadi,dan bahang kemalasan untuk bekerja esok hari mula terasa..:(

15 comments:

sepul said...

harap-harap hang tabah menghadapi dugaan di bulan puasa ni. tak kisahlah apa gelaran YKWYA ka... WWE WRESTLING ka, WXYZ ka... yang penting value persahabtan kita jaga.
weh nanti nak gambaq kita tu. cepat la buh kat sini.

anne said...

semoga kak ija cepat sembuh.

Qumairah said...

Semoga Kak ija segera sembuh..ade yg kater kena banyak makan buah..tapi pekara2 seperti ini kadang kala tidak dapat di duga. Banyakkan berdoa pada Allah minta keluarga dan diri dilindungi.

Wahidah said...

get well soon to ur sis..

have a nice day aximm

Faisal Admar said...

mana pic lagi azim? :(

Faisal Admar said...

jom teluk tempoyak! date n time

Nizam Gtz said...

Salam ramadhan...

Ziana said...

Alhamdulillah..
kak ija dah sehat..
hope Syuk cpt sembuh..
sesame kite doa ek..

aktvt wiken yg full..
and enjoy..
for bday boi!
:)

thanks coz join us berbuka..
menceriakan lagi suasana
:)

@xiM said...

sepul,

sama sama lah kita tabah menjalani dugaan di bulan puasa ni..betul kata hang yang penting value persahabatan tu kena jaga kan walau di mana jua kita berada..:)

sabaq naaa..aku dalam proses mengedit gambar..sabar..:)

@xiM said...

Anne,

semoga dia cepat sembuh..ameen..thanks kak anne..

@xiM said...

QUMAIRAH,

doktor pesan kat dia suh makan epal hijau banyak banyak dan minum air masak banyak banayk..hope dia cepat sembuh..

@xiM said...

Wahidah,

have a nice day to you too wahidah..:)

@xiM said...

Faisal Admar,

jom ajer aku..kali ni ko la pulak setkan masa dan tarikh k..dah ada entry baru penuh dengan gambar..check it out..:)

@xiM said...

Zamspotte,

salam ramadhan to you too..:)

@xiM said...

Ziana,

memang full sangat wiken tu kan..thanks to you dan pada semua yang ada atas hari yang best.thanks..

harap my family takder papaer k..you too take care k..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails