Followers

Thursday, December 3, 2009

SUATU MASA DULU

Tempat ini menggamit memori lama.

Ada bayangan silam yang terus singgah.Kata orang kenapa singgah kalau tak masuk ke dalam hati tapi bagi aku,cukup lah sekadar singgah dan terus terbang pergi di bawa angin berbulir.Sebab aku tak perlu lagi ia ada di sisi aku.Sisi aku yang satu itu sudah cukup sarat dengan bertan-tan beban.Kalau aku boleh buang sisi itu dengan sebegitu saja,dah lama aku lontar dan bakar biar jadi abu.Dan terus lenyap tanpa perlu aku fikir dan ungkit kembali.

Yang sudah tu sudah.

Buang yang keruh ambil lah yang jernih.Tapi bagaimana aku nak ambil bahagian jernih itu andai kata tak pernah walau sekali pun terlintas dalam jiwa kau untuk baiki apa yang telah binasa.Sungguh,aku tahu kau tak pernah peduli.aku tahu kau tak punya rasa yang sama.Dan jangan harap kau akan terus di buai mimpi indah sebab akan tiba masanya kau akan tersentak.tersentak dan tersedar apa yang kau kejar hanya ilusi.Bukan suatu yang hakiki.

Kalau kau fikir aku sakit,kau silap besar.

Aku tak pernah sakit.mungkin pernah,tapi untuk hal ini aku tiada deria.aku tak rasa apa-apa.aku sudah lali dengan cara kau yang sering tidak ikhlas dan hanya menagmbil kesempatan di waktu kau sempit.Aku arif benar dengan taktik yang kau praktik kan selama ini.aku tahu.Jangan kau anggap aku bodoh dan dungu.Sebab aku bukan begitu.Cumanya mungkin apa yang terjadi ada hikmah yang tersedia menanti.

Terima kasih atas segalanya.

Kalau tak kerana kau,pasti aku masih tersekat dan statik dalam dunia mimpi itu.Sekarang aku bebas mengejar impian dan bermain dengan warna-warna dari pelangi,dan mampu melihat betapa indahnya Hidup tanpa di bayangi bayang-bayang kenangan.Terima kasih.Pergilah kau jauh dari sini,lepas bebas dengan igauan sendiri tanpa aku ada lagi untuk kau.Aku takkan pernah ada lagi.Sumpah.Ini janji aku.

Dan aku tak akan pernah menyesal.

7 comments:

eyza's said...

azim saper lah telah mengkuciwa kan nieee!!!... ptg2 sepoi bahasa..... syahdu ajer....

Leez said...

uikkk...naper axim?
relax beb...tarik nafas panjang2...

addyaholix said...

aku selalu percaya, sekali kita pernah tahu apa itu kecewa, kelak kita akan lebih menghargai bahagia yang datang. aku memang selalu percaya yang satu itu.

dan aku juga takkan pernah menyesal.

@xiM said...

Eyza,

sapa yang mengkecewakan tu doesnt matter anymore..hehe

jom tidor petang petang angin sepoi sepoi bahasa ni..

Ziana said...

kenangan lalu mengajar kite erti segalanya..

doakan yg terbaik utk nya..
jgn seskali musuhi..
ok..??
;)

** odit odit pon sempat lagik nk bersyahdu syahdan kat sini ek..??
:P

@xiM said...

Leez,

takder pa per kak..ok jer..:)

meh kita sama sama tarik nafas panjang panjang..:)

@xiM said...

Addyholix,

true.

so true.

betul sangat..sekali kecewa bila bahagia datang menjelma pasti ia akan lebih manis..bahkan lagi manis dari biasa..:)

tunggu jer lah.it's about time.:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails