Followers

Thursday, February 11, 2010

MIRI / BRUNEI TRIP - PART 3 : SEHARIAN DI BRUNEI

Perjalanan di teruskan..

6 FEBRUARI 2010

Dari THE EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB,kami meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan..sepanjang perjalanan ke sana sempat lah melihat apa yang ada kat Brunei ni.satu benda yang Obvious,boleh di katakan kesemua papan tanda kat sini mesti dwi tulisan,ada tulisan Rumi dan Tulisan Jawi..

1

One more thing,Brunei memang banyak masjid..masjid nya pulak bukan setakat biasa biasa tapi di bina dengan cantik dan megah..Masjid ni kiranya mercu tanda yang paling banyak dan menarik kat sini..Alhamdulillah..mengagung-agungkan Rumah Allah..kalau tak silap masjid dalam gambaq di atas ni namanya Majid al-Hajjah Meryam..

2

akhirnya kami tiba di Pusat Bandar Seri Begawan..

MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDIN

3

Ini lah dia rupa Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terkenal seantero dunia,memang menjadi lambang bagi Ibu negara Brunei ni..Khabarnya Dome kat atas tuh di buat ngan emas..tulen atau tak aku tak taw,yang aku taw masjid ni sangatlah cantik!!!Subhanallah..

10

Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque-royal Islamic mosque located in Bandar Seri Begawan, the capital of the Sultanate of Brunei.

KOMPLEKS YAYASAN SULTAN HAJI HASANAL BOLKIAH

11

Berhadapan ngan Masjid ni ada Komplek Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah..kat situ ada shopping kompleks.i think macam PKNS kat tempat kita,tapi ni way much better lah.Reka bentuk bangunannya aku suka,klasik..

12

hat ni terus posing sakan naaa..

13

akhirnya sampai jugak aku kat Masjid ni..

15

terasa macam kat arab tak?haha

16

mari mencucuk kubah masjid..

18

awat semua kaku ni..takder gaya ker..

19

Actually masa ni dah pukul 6 petang..kami agak terkejar kejar sikit sebab masuk pun dah lambat..but still,sempat juga nak menikmati panorama petang kat sini..Cuma terkilan tak leh nak pi Kampung Ayer n Jerudung Park..

20

Masuk dalam Komplek Yayasan jap,sebab nak Cari souvenir kecik kecik,nak cari Fridge magnet n Keychain sebagai tanda kenang-kenangan buat sahabat handai terdekat..

21

ada orang dah kelaparan..syiann dia..

22

Agak mahal jugak,sebab bila dah convert duit kita jadi mahal.haha..contohnya keychain pun sampai 5 dolar,so kalau convert dah jadi 10 hengget lebih..fridge magnet beli 4 dalam 10 dollar brunei..

23

terima kasih?sama sama...

25

Senja mula nak merangkak ke malam bila kami keluar dari Komplek yayasan tuh.hajat di hati nak makan dalam komplek tapi sebab mengenangkan masa yang suntuk so batalkan hasrat since jap lagi nak singgah kat The Mall pulak..Nikli memang dah kelaparan tapi alas perut ngan Yogurt sikit.

26

cantik la pulak bila petang macam ni..

27

Dari kawasan masjid kami bergerak ke kawasan Town..nak tengok sejauh mana best nya bandar di Brunei ni.ternyata bandarnya biasa biasa sahaja.tak ada apa yang lain pun.bak kata kakak seremban Nilai 3 lagi best daripada ni.hehe..takpaa..lepas ni kalau tak mau mai lagi pun tak menyesal dah.janji dah jejak kaki.Cukuplah kan.

THE MALL,BRUNEI

28

tekstil terkenal kat sini-Nazmi Textile..

29

Ni bukan Nazmi Tekstil,tapi kedai kain dalam THE MALL Brunei..The mall ni Shopping kompleks..ada Fun Donut,ada bank,ada orang jual beg beg macam kat pasar malam.standard shopping kompleks lah senang citer..

30

semua duk serbu kedai kain..

31

diorang kata harga kain kat sini murah..

32

Aida ialah juara Kain kita pada malam itu ya..dia borong banyak jugak kain sampai tawar menawar tak hengat..akhirnya jurujual itu kalah dan terpaksa kasi harga murah.Murah macam mana tu aku tak pasti sebab aku tak turut serta masa mereka membeli kain.tak minat.haha

33

aku senyum jer lah di belakang tabir..:)

PASAR MALAM GADONG

34

Tempat persinggahan terakhir kami sebelum menamatkan siri jelajah Brunei dalam masa 5 jam ini-PASAR MALAM GADONG..kat sini kiranya pasar malam lah,macam kat tempat kita jugak.cuma ada setiap malam setiap hari..so takyah masak lah orang brunei kan.mai beli makanan kat sini jer hari hari.Jimat.hehe

35

best sebab kawasan nya lapang dan selesa

36

Pusing pun tak leh nak pusing satu Pasar malam,masa dah suntuk sebab bimbang nanti tak leh nak lepas Border.FYI,kat sini kalau nak lepas border jangan lebih dari sepuluh malam.kalau tak kena bermalam kat Brunei lah jawabnya..Terpaksa lah kami bermalam di The Empire kan nanti..heheheh..

37

sempat tengok Gerai jual ayam percik dan mender mender bakar nih.terus terpikat dan tunjuk jer mana yang di minati..

38

dah beli sila bayar yer..

39

Untuk makan malam Nikli dan Ziana masing masing beli sebelah ekor ayam,kiranya jadi seekor lah.tapi sos berbeza-ada sos blackpepper dan Sos Cendawan.harga sebelah sama dengan 5 Dollar Brunei..nak rasa sikit pun tak boleh.Nikli tak kasi sebab dia dah kecut perut takut tak sempat nak balik.terus aku merajuk tanak makan ayam ni.

40

kepak ayam.tak beli pun.nampak sedap kan.

41

43

Harga nasi ayam nya Murah kan-cuma 1 Dolar jer..tapi kami tak beli pun..

42

Airnya boleh pulak macam ni..kena beli 3 baru dapat 2 dolar.kalau beli satu 1 dolar lah.jawabnya harga air lagi mahal dari makanan..haha..beli jugak air apa yang patut,and suhail ada beli Pulut panggang 1 dolar 4 bijik..buat makan dalam kereta on the way nak balik ke Miri..

44

Dalam pukul 9.30 malam,kami semua selamat tiba di Miri..ngam ngam soi jer masa kan.Alhamdulillah selamat sampai..Dah sampai,kami semua berehat bersihkan badan kat Senadin,then melepak bersembang tengok Cerekarama TV3,sambil dinner ramai ramai..meriah sangat..rasa macam makan kat kampung pulak ramai ramai macam tu..

Malam tu ingat nak keluar jenjalan tengok kehidupan malam di Miri tapi masing-masing macam dah tak larat..so duk umah tengok tv dan yang tak tahan tuh boleh pulak Wan pasang set karaoke pukul 2 pagi!!tak taw lah jiran marah ker tak,tapi kami layankan ajer lah berkaraoke sampai pukul 3 pagi..(Suara Wan sangat lah merdu!!first time aku dengar suara dia..hehe)..Then pukul 4 pagi baru kami tidur..What a nice day we had!!

Keesokan harinya..

*bersambung lagik..nanti aku sambung story lagik.dah panjang ni nanti jenuh pulak korang nak membacanya..Current situation:Bored dengan kerja..uwargggghhh...

9 comments:

tunbegia said...

kat tepi masjid sultan omar ali saifuddien itu ada sebuah tongkang (bot) yang besar,

salamm,

kucingorengemok said...

waaa, ayam percik n benda bakor2 tu mau sebakul aku beli!

Kniedaz said...

wah...bab makanan takpe lagi..bab beli kain tu tak tahan akak tengok huhu...

airis naufal said...

salam perkenalan..wah.....bestnye.. bejalan aje...

xplorer said...

aku dok tunggu posting psal cuchi tunnel . baru jer balik vietnam dah ke brunei , aktif btul ko yek . but then again we should live life to the fullest.aku dah pi brunei tapi aku tak suka brunei sebab tak de apa pun and barang mahal

ijan said...

Sehengget jer nasik ayam? biar benar. nasik ada subsidi ke? hehehe

Faisal Admar said...

cantik pic! :D pasar malam di sana berbeza tak? mahal tak?

azim, kualiti pic superb bai... tapi kecik sgt... orang takleh nak nilai :P

go go tukar template :P

NN said...

a nice story..
best especially part dah smpi miri dari brunei.. mungkin sebab aku teringat balik malam tuh masa dok melepak makan depan tv smbil hirup kopi vietnam.. hahaha..

faisal:: bg aku pasal malam sana murah2 laa.. (jgn convert currency) tp nasik ayam apa semua just 1 dollar brunei (1BND=RM2.43)
ayam sebelah ekor 5BND hrmmm..

Anonymous said...

This topic is simply matchless

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails