Balik dari Outstation seminggu kerja memang sangat banyak..sampai tak sempat nak story apa yang berlaku sepanjang minggu lepas dan hujung minggu baru baru ini.Kondisinya memang agak sibuk tapi what to do,aku kena buat jugak apa yang perlu..Utamakan yang lebih utama..itu yang terbaik.
Kali ni aku nak share story last week masa berada di Shah Alam sempat bertemu muka dengan kenalan blogger dan Facebooker serta twitter..Encik Sepul dan wife nya ,Nita,dan juga Saidatul Nazla juga kawan blogger..tak lupa aku jemput Sam dan angah serta kuncu kuncu nya..Pertemuan terjadi di Seksyen 7 Shah Alam..kedai PAK LI KOPITIAM.
Tak pernah lagi makan kat Pak li ni.sangat glemer di kalangan pelajar uitm mahupun pensyarah Uitm..sekarang seksyen 7 ni bukan macam dulu dah..sangat pesat membangun dan sangat banyak kedai makan yang menariik tumbuh bak cendawan selepas Hujan..Kewujudan ICITY juga menjadi punca kawasan Seksyen 7 ni sangat pesat dan membangun pantas..tak sama lah macam masa aku belajar dulu..
Yer..Ini lah Encik Sepul yang aku maksudkan itu..Kacak orangnya dan juga Kurus(sila baca baju beliau).sebelum ni aku sempat bertemu muka di Midvalley megamall tahun lepas,just jumpa macam tu jer..kali ni baru berkesempatan untuk duduk semeja makan minum dan berborak borak hal ehwal dunia maya.
Tidak di lupakan Zie Ziana dan kawan baiknya,Saidatul Nazla juga di angkut bersama..Naz dah banyak kali ajak jumpa nak minum minum so kesempatan yang ada ni aku ajak lah semua sekali jumpa terus..
Aksi suami isteri yang sempoi..Nita tengah mengandung lagi masa last week aku jumpa..Recently dia dah selamat melahirkan seorang baby Boy yang sangat cumil nama Umar Shadiq..Tahniah buat korang berdua!!ada masa nanti aku pi lawat anak hang..
Tidak lama kemudian Sam dan Angah pun tiba..kali ni diorang datang dengan Dik are dan along skali..adik beradik angah semua ada skali..Nice to meet you my fren!!long time no see(sebelum jumpa kat pak li ni aku angah dan sam dah lepak lepak dulu kat taman tasik Shah Ala-Rujuk entri sebelum ni)
air kopi yang tak kaw macam kat Vietnam..:p
Nasi Goreng Kampung ni aku yang punya..menarik juga rasanya sebab tekstur nasinya lembut..boleh la order lagi lain kali kalau datang Pak li
Chicken Chop Zie Ziana punya
Kueytiow Goreng Naz Punya..sedap??
Yang ni mee Udang Encik Sepul Punya..aku sempat la sedut sikit kuah ni selepas di pelawa oleh encik sepul..ok gak rasanya..
angah dan Nazla..angah memang tengah pregnant jugak..dah 7 bulan..
Sam,my bestfren ever.walau kami jauh dan tak selalu berhubung tapi entah.aku tak tahu nak describe macam mana--jauh di sudut hati aku kalau aku di landa kesusahan mesti dia akan tolong.aku just yakin macam tu.maybe sebab kami berkawan baik sangat..Thanks for being my fren!!appreciate it so much!
Roti bakar cinonet.cinonet tapi sedap
Nasi Goreng China..tapi nama dia lain bukan macam ni.entah aku dah tak ingat..sodap jugak.boleh la.angah kata dia suka sebab nasinya lembut..
Wow rakusnya aku makan..
Sambil makan sambil lah sembang.well,kalau tak sembang tak rancak lah pulak kan..so masing masing sembang dari hujung ke hujung..yang penting ada satu topik hangat yang tak nak lah aku ceritakan kat sini..you know i know..rasa macam tak baik pulak..ish ish ish..ampun kan saya..
Axim ashaary & Sam maghpor
Setelah tak larat nak layan topik hangat tu sam dan angah serta kuncu kuncunya meminta diri sebab nak pulang ke Bangi jauh lagi dari shah Alam ni..so setakat ini sahaja lah dulu pertemuan kami..To sam dan Angah,nice to meet you..ada umur kita jumpa lagi ok..Hope angah akan melahirkan baby boy yang sehat!!
Dik are,pose apa tuh??macam pernah ku lihat tapi di mana ya..
Lepas Sam dan Agah dah balik aku,Zie,Naz Sepul dan Nita sambung lagi sembang..aku patutnya ada ssignment nak kena siapkan tapi tolak tepi dulu lah..Bila lagi nak jumpa member kan..sembang sembang sembang sampai lah ami tak tahu dah nak sembang apa baru kami berangkat dari Kedai Pak Li kopitiam.
Dari alam Blogger/maya menjadi kawan..aneh sungguh aku rasa..
Encik Sepul,aku tak boleh la kalau ingat kisah percintaan hang dengan Mak Encik..Puduraya menjadi saksi..hehe..nanti hang citer lah kat Umar pasal mak bapa nya bertemu macam mana..hehe..
Sambung kat Mekdi sembang pasal Travel pulak.hahahaa
Nice to meet bpth of you!next time kalau ada rezeki kita pi travel sekali ok..Insya Allah..Congratulations again to Sepul dan Nita kerana telah selamat melahirkan seorang baby Boy yang di beri nama Umar Shadiq..korang dah jadi mak dan ayah..semoga tabah mengharungi hari..
*Petang ni aku akan pulang ke Kampung halaman untuk sambutan HARI RAYA KORBAN esok..doakan keselamatan perjalanan aku..Insya Allah..
6 comments:
tk pernah smpai lagi william ne...
nanti nak suh zie bawak la
TQ Uncle azimashaary..
nice miting yu tu. sekali jumpa teruih rasa macam kawan lama sebab sembang macam-macam.
insyallah nanti aku akan ceritakan kisah cinta aku kepada bukan sahaja Umar tapi juga akan ada entry khas.
Nanti ada masa jumpak lagik.
Axim, nasi goreng cina tu dipanggil Golden Fried Rice :-D
ye betol.nasi tu name golden fried rice.my feveret :)
ameen :) thanks diats doa anda ye. aku bsalin nanti jgnlupe photoshoot baby kitrg :P hehe..
tak sabo rasenye.hehe..
nice meeting u too :) lame nye tak ke penang..huhu..
azim, in case ko minat, ada book contest :)
http://booksloveme.blogspot.com/2010/11/my-blogs-4th-anniversary-book-giveaway.html
uuu...rakus nya dier makan :P
Post a Comment