Followers

Thursday, February 24, 2011

ANOTHER TRIP TO PASIR GUDANG,JOHOR BAHRU

So far so good Live from Pasir Gudang Johor Bharu..Course masuk hari ketiga..mengambil kesempatan untuk flashback sedikit kisah hari isnin yang lalu..Cekidaut yowwww..!!

21 FEBRUARI 2011

Aku berada di Kuala Lumpur.

Pagi tadi sampai di Hentian Duta jam 5 pagi dari Penang..kemudiannya aku mengambil teksi dari Hentian Duta menuju ke Hospital Kuala Lumpur dan di kenakan bayaran RM15..harga dabel sebab tak pukul 6 lagi..Sampai di Hospital bersolat subuh dalam masjid Hospital,dan sempat membeli sarapan pagi untuk mak dan ayah..Selesai sarapan just bersembaang dengan mereka sampai tertidur..haha..bangun tidur bersiap untuk ke KL sentral.aku nak selesaikan urusan dengan PTPTN.Alhamdulillah urusan selesai..

1
Dari KL sentral aku nak balik ke Hospital,aku naik monorail..lama giler aku tak naik monorail.Dah 2-3 tahun jugak..last naik monorail zaman belajar dulu time dating ngan awek lama..hehee..last stesen turun di Chow Kit Road.

2
Kota Raya yang penuh dengan Tipu Daya 

3

Dah sampai Chow Kit aku jalan jalan je lah sekitar sini..Ke Pasar Chow Kit cari Buah dan cari Ais Batu Campur untuk Ayah..dia minta tolong belikan..seronok jugak datang pasar Chow KIt sebab Buah Buahan adalah sangat murah..Jalan kaki sekali sekala macam ni lagi bagus dari naik kereta..sihat badan.

4

Pukul 5.30 Petang baru sampai di HKL.

Suasana sibuk semacam sebab orang berpusu pusu tengah nak balik kerja..hari ni aku tak kerja sebab Travelling day,flight aku ke JB pukul 9 malam nanti..means to say pukul 7 pm jap lagi mesti kena gerak dah dari sini ke LCCT..tak check in lagi.terlupa nak buat web check in..entah apa yang sibuk sangat aku pun tak taw.

5

Kat wad pak Su sampai dari Ipoh..dia ada kerja,dah nak balik ke Ipoh semula tapi menyinggah dulu hantar Kari Ikan..sedap kari ikan mak su yang masak..siap bawak air mineral satu karton..aku pun ada beli Apam Balik,Yong Tau Foo dan Laksa Penang kat Chow Kit tadi so hidang lah apa yang ada.aku memang kelaparan sebab tak lunch dari tadi.

6

Elok elok masa ni makanan Hospital Sampai..lauk Ikan Tenggiri Goreng dan kobis masak air..tapi sepanjang duk kat Wad ni ayah memang tak makan makanan Hospital..tak sedap kata beliau..so biasanya kami kami ini lah yang akan makan nasik tu..agar agar dalam bekas merah tu memang takleh nak telan sebab Sugarless..so rasanya sangat lah tak best..makanan Hospital so what do you expect.

Masuk pukul 6.30 pm aku dah menggelisah sebab shuk yang kata nak hantar ke LCCT tapi di apun tak sampai sampai lagi ke Hospital..dengan traffik jem time orang balik kerja so aku memang risau takut dia tak sempat sampai before 7pm..matilaa kang tertinggal flight.

7

Pukul 6.50pm baru diorang sampai.

Sempat lagi duk berhidang nasik Goreng ,telur mata dan keropok keping..makan laju tak hengat sebab aku nak cepat..Kak Tie pulak masa ni baru naik LRT..cadang nya nak tunggu dia jugak tapi aku tanak ambil risiko..kaalu tak nanti yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat.tapi nasi goreng Kak Ija goreng tu sangat lah sedap..cuma aku takleh nak fokus makan sebab risau..pukul 7.10 pm keluar dari HKL dan bergerak menuju ke LCCT.perasaan kacau bilau dalam kereta.

8

Jalan memang jem..dan aku memang dah putus harapan..sampai LCCT jam 8.30pm,Turun kereta dan aku berlari lari macam lipas kudung..tak sempat nak bernafas,Tuhan jer tahu apa perasaan aku masa ni.and as per expected,Kaunter Check In dah tutup 15 minit yang lalu..Lucky that yang jaga kaunter tu boleh terima penjelasan aku dan dia bagi Check in,tapi dia suh masuk terus ke balai berlepas.tak sempat nak say goodbye or apa pun,aku terus meliuru masuk..another Rush episode in my life.Welcome to my life.

9

Flight a bit Delay rupa-rupanya..patutnya Fly jam 9.00pm..tapi pukul 9.15 pm baru gate bukak dan yang aku pelik,bila dah masuk boleh lagi duorang duk delay sampai jam 9.40..hampir sejam tunggu dan aku rasa sepetutnya kalau kejadian macam ni berlaku patutnya Air Asia kena umumkan kata delay atau macam mana.tak berapa kisah sangat sebab aku takder mender nak kena rush pun.

10

Masuk dalam Flight my seat belakang sekali..sangat tak selesa macam mana ntah..payah nak explain.tapi this is da most unenjoyable moment i've ever had sepanjang fly with Air Asia..rasa sempit semacam.ataupun sebab aku dah membesar??wallahualam..tapi memang sangat tak selesa dan sepanjang perjalanan aku just listen to MP3 in my BB and baca Travel Sixty punya magazine.Alhamdulillah perjalanan di permudahkan walaupun mengalami gangguan cuaca yang tidak berapa elok.

11

Sampai JB pukul 10.50pm.

Thanks Aida sebab dah tunggu kat airport..kerana kelambatan Airasia dia kena tunggu lama..sorry ya..Thanks again..Perut dah rasa lapar kembali..so kami decide untuk pergi dinner dulu sebelum dia hantar aku ke Pasir Gudang.Sejak dua tiga menjak ni rajin pulak aku turun ke Pasir Gudang Outstation.ada jer event kat sini.

12

Singgah Dinner di Restoran Malay Village

13

Lama tak berjumpa so macam macam hal lah di bualkan.

Apa yang kami order?aku makan Nasi Goreng Seafood.tapi lagi sedap nasi Goreng Seafood di Danga Bay.Aida order Mushroom soup sama itu Garlic Bread.Actually lama dah nak menyinggah kat Restoran ni..sebab nampak macam best.akhirnya impian jadi kenyataan.This Restaurant ada dua section,satu bahagian Steam Boat dan satu lagi bahagian baakr bakar dan masakan panas.tapi malam ni bakar bakar takder pulak,lagipun dah lambat.Tutup pukul 12 am.

14

Ais Batu Campur dan Rojak Buah as Desert.Gigih makan ABC malam malam hari..Kuah Rojak tu sedap tapi boleh bikin gatal hidung sebab ada belacan.Tinggi okeh ABC tu..aku takut jatuh jer.

15

Dan sangkaan aku sangat tepat..baru jer nak kais kais terus jatuh menghempap meja..Rugi aiskrim..tapi aku ambik jugak aiskrim bahagian atas..yang lain tu biar lah..belemoih gila lah aku makan..mesti aida terus kensel nak buat aku jadi calon suami.hahaha..Just kidding.

16

For me frankly speaking this restaurant sangat Nice!!dia punya decoration ala ala dalam Taman dengan pencahayaan yang romantik memang best lah..santai santai lepak lepak memang best..tapi malam ni takleh nak lepak lama lama sebab waktu operasi sampai jam 12 am sahaja.

17

Angklung pun ada.Tapi aku tak reti nak main.

18

Setel makan,perut pun dah kenyang kami pun bertolak ke Pasir Gudang..aku actually tak book mana mana hotel pun..Just gamble jer dan terus Ke Hotel Selesa di tengah tengah majlis perbandaran Pasir Gudang.first time menginap kat sini.,Check in pukul 1,30 am..Thanks aida tolong hantar.Dapat rate korporat RM168 satu malam.

20 21

Bilik di Hotel Selese ni just biasa-biasa sahaja..Tak berapa menarik pun..Last week Pasir Gudang ada Festival Layang-layang,so Hotel ni memang fully booked lah.nasib baik aku outstation this week dapat lah jugak merasa Hotel Selesa yang sering jadi sebutan my colleague kalau datang Pasir Gudang sebab lokasi nya sangat dekat dengan station.

Dah masuk Bilik,Siap siap kemas mandi solat dan sebagainya then terus tidor..Menanti hari esok muncul untuk bermeeting sakan..

Sekian dulu.nanti saya cerita lagi.

Bai.

*Nanti akan menyusul Review makan makan di Restoran Rahmat,Pasir Putih Seafood Restaurant,Senibong Cove seafood Restaurant dan Restoran ayam penyet.Makan jer kerja aku kan sekarang.sempat juga Jogging di Bukit layang-layang Pasir Gudang.konon-konon nak balancekan lifestyle lah..haha..nanti ada masa aku update one by one ya.Adios!

7 comments:

Jiji-Fify said...

meriahnya berkampung kat HKL :O
btw, hotel selesa tu mmg selesa okayyyy..nmpk cozy giler!
Nasi Goreng Kasih Sayang

solo molo said...

Alhamdulillah..
sempat gak naek flight...

norh said...

banyak2 makanan kat atas tu, belimbing paling best..

Syeeda Sobbihi said...

ajim.. seronok tgk ko jln2..

catz said...

salam,

next time web check in okiesss!

tintasutra said...

salam axim, how r u bro? http://tintanitra.blogspot.com/2011/03/pencil-eraser.html

Wahidah said...

btw,agar2 tu sugarless because diabetic diet..sbb tu ade tulis kt situ DD..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails