Followers

Thursday, February 3, 2011

BER-CAINISNIUYER @ BAGAN SERAI

Hari ni cuti cainisniuyer.

Pagi tadi member aku datang rumah,ajak ke Bagan serai.nak buat apa entah.aku main angguk setuju je lah.Boleh jalan jalan.Bukan aku drive kan.bawak diri jer.hehe..dalam pukul 10 pagi tadi member aku datang rumah,fetch dan perjalanan ke Bagan Serai bermula..

0
Nak ke Bagan Serai kena lalu ikut Parit Buntaq dulu..aku teringat 2 tahun lepas ada attend kenduri kawen member blogger encik sepul dan Nita Hamdan kat sini..oh ya.memang kitorang datang nak jumpa dua makhluk ni sebenarnya.tapi dulu dua.sekarang dah ber tiga.ada anak dah sekarang.bebiboi.nama bebiboi Umar Shadiq.

1
Jumpa dekat area meribraun dan bank rakyat apa jadah ntah.tunggu depa sampai then kami di bawa pusing pusing keliling bagan serai sampai sesat sebelum jumpa kedai makan Maira maciam gambaq kat atas..memang kelaparan weh.tak sarapan pagi dan sampai sini dah nak hala ke tengahari.krup krap krup krap perut aku berbunyi.kesian kan.

2
Sampai sampai kami duk sibuk bersembang sampai masa order ayaq aku silap order nescafee ais.aku nak nescaffee o ais..tapi takpaa lah.silap sendiri..Tujuan datang jumpa cik sepul ngan nita sebab diorang nak pass barang kat Nikli.oh ya.aku tak mention pun aku datang ngan sapa.ni nak habaq lah ni.aku mai ngan Nikli Nodin.

3
Bebiboi diorang-Umar Shadiq..dah makin bulat gebu montel dan yang seumpama dengannya..boleh kawan ngan Adam syahmi la lepas ni..badan bersemangat sungguh!!comelltttzzz!!and one thing that i like-the fact that sweater oren yang aku bagi kat diorang memang useful..i felt honored.:)

4
Nikli Nodin balik Penang bercuti raya Cina..Cuti panjang..so kebetulan ada barang dia nak ambik ngan encik sepul so aku ikut je lah sekali.boleh juga bersua muka..baik pula si US ni.tak menangis pun..sebut US macam Universal Studio pulak.hahahaaaa

5
Gerai makan Selera Maira ni ada nasi campur jer..selera kampung lah kiranya.ok aku suka.banyak lauk duk ada tapi tetap lah aku ambik lauk sotong.reason?sebab aku nampak teluq sotong tersembul sembul dari badan.ohh nikmatnya makan teluq sotong!!

6
Nita ada order Ayam Bakar 4 ketul.masa waitress hidang rasa macam banyak.Ayam Bajar ni sosnya sangat sedap!!tak rugi lah banyak pun..memang kitorang makan dan makan dan makan sampai lah licin..sambil makan mulut laju bersembang jugak..

7
Setiap permulaan pasti akan disertai pengakhiran.Maka setelah berhempas pulas makan akhirnya semua makanan lenyap sebegitu saja..Alhamdulillh kenyang!!yang penting puas hati dan happy..Nampak tak air nescafee o ais kat atas..aku order lain..membazir jer lah nescafee ais takder orang minum.

8
aku doakan korang bahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat.Ameenn..

9
Aku memang kekok lagi nak pegang baby.i mean,tak reti nak pegang baby..takut pun ya..sebab leher diorang lembik lagi..kalau nak pegang kena sokong leher baby tu betul betul..Nikli terer..memang ada bakat lah nak jadi ayah.dah sampai seru kot,haha.sempat lagi diorang duk belajar Maps GPS untuk Blackberry..kami berempat pengguna BB yang setia.ohh yeahh..:)

10
Dah setel makan semua segala kami pun nak beransur pulang lah.Nikli pun ada hal lain lagi di kampung halaman.sibuk memanjang dia tu tak tau apa agenda..jeng jeng jeng..hehehee..kalau ada sumur di ladang boleh lah hamba menumpang mandi..kalau ada umur yang panjang boleh lah kita berjumpa lagi..

11
Thanks Nita for the treat!!lain kali aku belanja korang pulak..Budi yang baik dikenang jua..Adat hidup berkawan pasti ada pasang dan surut kan..pandai pandai lah kita pilih kawan yang sesuai..yang penting bukan kuantiti tapi pada kualitinya..setuju tak??hehehee..:)

12
Axim & Nita & Umar

13
Dari Bagan Serai kami bertolak pulang ke Penang dalam pukul 2pm..lalu lah kat Bridge besi Parit Buntaq ni kalau tak silap..nice to meet you guys!!insya Allah nanti kita boleh jumpa lagi..sampai penang dalam pukul 3 dan aku rasa kemengantukan yang amat sangat..lena sekejap pun best..tapi duk layan MTV program Disaster Date terus tak jadi tidoq..

Ok nak keluar kejap.ada Date jap lagi.

Until my Fingers meet the Keyboard again.

Tata.

Happy Cainisniuyer.

11 comments:

sepul said...

Ok spelling cainisniuyier tu mmg lawak ok. Amanah org harus dipegang tanggungjawabnya hingga selesai. Terima kasih juga kpd kalian. Berkawanlah dgn siapa pun kita nak kawan. Jgn mempunyai sifat hasad dengki dan niat yang buruk.jgn biarkan emosi mengawal diri. Kelak jika emosi reda baru kita tau samada tindakan kita tu bodoh bahlol atau bangang . Nanti belanja aku kat blek kenyion teringin nak try tomyam

xplorer said...

kalau singgah kat kuala kurau pun best jugak , unik sebab pekan lama

Syeeda Sobbihi said...

aku pun pi bagan serai hari nih.. kenduri sepupu! happy cainisnewyer.

Wahidah said...

Echik Sepul : pergh..bermakna sungguh statement tuh..setuju yg amat...

wah cuti pjg yea korang..yelah nak attend kenduri kawan baik kan...hehehe

axim,jd tk nak bawak wai jenjalan penang ne..:P

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

aku tak tau nak cakap apa lagi dah..kira angguk tanda setuju je lah dengan apa yang hang duk kata tu..nanti mai penang aku belanja tomyam kat blek canyon ok..

@xiM said...

XPLORER,

tadi nak cepat sebab member aku ada hal..kalau mai sorang boleh la menyinggah mana mana lagi tempat menarik..

@xiM said...

SYHAD,

happy cainisniuyer Shyad!!

@xiM said...

WAI,

datang dulu..then boleh la saya bbawa jenjalan ok..:)

Benedict Bernard said...

buy me this bermuda can? :)

@xiM said...

BEN,

alamak ben..i bought this bermuda at Bandung last year..heheeee

rosnie said...

P.buntar kamapung sy...
take nice pic k.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails