Followers

Saturday, February 12, 2011

IMPIAN UNTUK MAKAN KETAM TERCAPAI DI SUATU MALAM YANG HENING

Kisah hari selasa baru-baru ni.

Malam pergi dinner.bersama seorang teman.Dinner berdekatan dengan Restoran Hammer bay.tapi ni bukan Restoran itu.yang sebelah dia.Anggerik Biru namanya kalau tak silap.entah lah.takder signboard.kira main belasah jer lah.masa ni hidung aku ber sok sek sok sek..selesema teruk...sroootttttt...

0
Tempat makan ni sempoi.tepi laut.tak lah tepi laut sangat.tapi ada outdoor ngan indoor punya tempat makan.kira ok lah.walaupun tempat makannya macam ala ala suram gitu.Sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana romantik.

1
Misi untama untuk dinner kali ini ialah nak makan ketam.tapi bukan ketam sahajalah yang menjadi pilihan nampak gayanya..ada beberapa lauk lain lagi di pilih.Kiranya ketam tu Objektif utama.cari ketam betina yang tengah bertelur tapi takder.so ketam jantan pun ketam jantan lah janji banyak isi so puas hati sikit makan nanti.

2
Minuman air buah yang menjadi pilihan..aku tak pernah order air nenas kali ni gatal nak order air tu.sedap jugak!!masam masam manis tapi tak lah sampai menghiris lidah..orang kata nenas boleh gugurkan kandungan so beware kepada ibu mengandung yang gemarkan nenas..bahaya!!

3
Ok mari kita bergerak pada sessi makanan pula.KERANG BAKAR nama diberi,sungguh lah lazat tidak terperi.ok tak lah lazat mana.standard rasa kerang lah...cicah dengan air asam.Ok jugak air asam yang ada..macam air asam untuk ikan bakar.

4
SOTONG GORENG TEPUNG kat sini memang superb beb!!korang kena try..banyak ni bagi kat aku ratah sorang sorang pun takper.sebab memang sedap!tepungnya berperisa dan garingnya pun elok jaa..memang kaalu setakat mai sini nak order sotong goreng tepung saja pun aku sanggup.

5
Dan ini lah dia KETAM MASAK LADA HITAM..minta masak blackpepper pulak sebab macam dah bosan makan ketam masak cili..asyik masak cili jer sesekali tukar la pulak selera..Kuah blackpepper nya sedap tuan tuan dan puan puan sekelian..tak percaya moh try rasa..moh try moh try!!

6
UDANG MASAK MENTEGA..yang ni pun memang best dan sangats edap!1kira memang menjadi lah butter prawn ni..susah nak jumpa kedai yang terer buat Udang Butter Prawn.tapi this restaurant nailed it!lazat tidak terperi..kami order 5 ekor.aku makan 3 ekor rasanya.

7
Last but not least,SUP SAYUR .order sup sayur sebab malas dah nak order sayur lain.kira sekali order jer lah,sup dan sayur.supnya macam tak berapa sedap.just so-so.kalau tak order pun takper.tapi dah ada depan mata rembat lah jugak.
9
Masa duk ratah ketam yang syok ni..memang terpelanting sana terpelanting sini lah.Orang kedai tak bagi pulak pengacip untuk ketam.aku pun malas nak mintak..biasa kalau kat kampung aku makan ketam mesti ada lesung batu kat sebelah.senang..ketuk pastu ambik isi terus makan..memang mudah dan lazat!!

10
Alhamdulillah.

Licin kesemua lauk.Cuma Kerang bakar tinggal lah beberapa ekor,dan sup sayur ada sikit lagi tak habis..sebab dah kenyang gilerr...makanan banyak macam ni dua orang makan.amazing tak?haha.memang kami kuat makan..tapi berbaloi baloi since harga makan macam ni untuk dua orang ialah RM65.bagi aku ok dan worth la..dengan rasanya yang terbaekk..memang akan datang lagi nanti..Insya Allah.

Terima kasih pada yang ada.
Terima Kasih pada yang teman.
Ada umur kita berjumpa lagi.

Adios!

6 comments:

kucingorengemok said...

selsema, selsema jugak... selera jangan kacau! makan harus diteruskan! heheheh.

rasp said...

terkecur tgk udang butter & sotong tu..
nie kat mana azim...
kat pulau ke kat seberang?

CAHAYA said...

Ehem. Makan dengan siapa tu. ;) Anyway, saya jadi lapar tgk entry ketam blek paper. huhu. nanges.

sepul said...

eh eh wanita lah... nak tgk muka plsss

che'Burn@che'Qis said...

hihih kan dah kantoi temannya wanita ye..ehem2x bile lagi nak follow nikli nihhh..

restoran seri siantan said...

Rasanya ni blog ke2 azim yang saya terenter..bila senang2 nanti jemputlah pulak try makan kat Restoran Seri Siantan di Bandar Laguna Merbok Sungai Petani..kami menyediakan Masakan Melayu A'la Carte, dengan pilihan pelbagai jenis masakan seafood untuk dimasak lemak cili padi, gulai, goreng cili padi, asam pedas atau apa sahaja terlintas di fikiran anda dan bahan yang kami ada on the spot..disulami jugak dengan beberapa resipi masakan cina, thai dan western...nak mai dARI JAUH COL SAYA DULU K, 0124667045...WASSALLAM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails