Followers

Wednesday, March 16, 2011

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI DAY 1

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang..
10 MAC 2011
Pagi ni aku bangkit sangat awal..pukul 4 pagi aku dah bangun sebab masih tak packing barang apa pun untuk road trip ke Phuket menaiki Bas dari Penang..Plan nya pagi ni semua akan berkumpul di depan dewan kawasan perumahan jam 7 pagi..pukul 6.50 am setelah selesai menunaikan solat subuh aku berjalan kali ke tempat berkumpul.
a

Macam biasa lah kan..kalau kata jam 7 pagi pukul 7.30am pun still ada lagi yang baru nak sampai..Tapi kiranya kami bergerak dalam pukul 7.30 macam tu..Matahari pun baru nak bersinar dan menerangi alam..Semoga Allah merahmati perjalan kami semua.ameen..
A

Pakej percutian kali ni kami ambil dengan SURIA INDAH HOLIDAY..beribu pejabat di Bukit jambul Penang..Semasa dalam perjalanan Encik Nasir(tourist guide) memberikan serba sedikit gambaran tentang perjalanan sejauh 650 KM(dari Penang ke Phuket)..Jumlah semua peserta yang terlibat untuk percutian kali ini ialah 18 orang sahaja.Yang best dalam bas depa duk pasang Movie so taklah bosan sangat dalam perjalanan.
A

Lawatan sosial ke Phuket ni disertakan juga dengan lawatan teknikal ke Perlis Power Plant..sebelum kami bertolak masuk ke sempadan Thailand kami sempat membuat lawatan teknikal ke Perlis Power Plant, bertujuan untuk membina perhubungan dengan stesen lain yang sama bidang kerja..Alhamdulillah lawatan berjalan lancar dan pada jam 1 pm baru lah perjalanan sebenar ke Phuket Thailand bermula..
A

Semua yang terlibat dalam lawatan ni mostly yang dah berusia,majority umur 45 ke atas..keutamaan di beri pada yang dah nak pencen..lagipun kumpulan sikit macam ni lagi senang nak bergerak..dan diorang semua sporting habes.tu yang syok..boleh buat sembang lah..
A
Dari Perlis Power plant kami singgah di CTC Recreation Sdn. Bhd.tempat persinggahan untuk encik Nasir menguruskan hal passport dan tempat berhenti sebelum masuk ke Thailand..kat sini lah tempat kitorang tukar duit.aku dah tukar duit siap siap dah so tak payah tukar lagi.
A

Bagi yang tak tahu currency Thailand,senang cakap macam ni lah- 100 Baht sama dengan RM10..aku tukar 6000 Baht dengan RM606..jatuhnya duit Thai lagi mahal dari duit kita..kalau nak senang kira macam tu je lah-100 baht sama dengan 10 ringgit malaysia.
A

Bergambar sebelum bertolak..
A

Sampai di Bukit Kayu Hitam kena berhenti untuk pemeriksaan Passport Imigresen Malaysia..dapatlah Cop satu kat buku..Kemudian terus proceed ke Imigresen Thailand pula untuk langkah seterusnya.
A

Welcome To Thailand..Tanah Bebas..
A

Sampai di Imigresen Thailand semua kena turun..kalau tak silap aku kena bayar RM1 sebenarnya,tapi sebab dah termasuk dalam pakej so encik Naser lah yang setelkan semua tu.kami just tunjuk passport then blah..masa ni Hujan turun dengan lebat seketika..Kemudian perjalanan kami di teruskan..Waktu di Thailand lambat satu jam dari Kita..sama macam Indonesia jugak.
A
Lebih kurang satu jam setengah perjalanan kami sampai di SADAO..singgah untuk makan tengahari sebab tadi memang tal lunch apa pun dulu..waktu dalam pukul 4 petang.Singgah di Restoran Thai - Malay
A

Yang penting dah siap order dulu dah.kami datang makan jer
A

Macam-macam lauk yang ada..semuanya sedap sedap belaka..Siakap masak Cili,Sayur campur,Telur dadar,Kerabu mangga,Ulam dan sambal belacan,dan yang paling best semestinya Tomyam..Tomyam memang berasal dari Thailand so tak heran lah kalau tomyamnya sangat sedap..Perut masing masing tengah lapar so memang makanan ni kami rasa sedap yang amat..Alhamdulillah.
A

Kenyang perut hati Girang
A

Setel makan kami pun meneruskan perjalan yang masih jauuuuhhh..tengah malam nanti jugak baru sampai Phuket menurut encik Naser..dalam bas Depa pasang cerita Die Hard 4,Memang best lah layan this movie..aku tak pernah tengok lagi..habis layan movie tidor lah dulu sejam dua dan bila terjaga dah sampai di wilayah TRANG.Masa ni ada seorang lagi pemandu pelancong Thailand yang dah ada dalam bas..masa bila dia baik bas aku tak sedar sebab khusyuk tidor..Rashid namanya.
A

Kat sini kiranya macam R&R lah..di wilayah Trang..ada tempat solat sebab this area still kawasan orang Islam..so takder masalah lah untuk bersolat..kami singgah solat jamak siap siap dan sempat membeli belah juga dalam satu pasaraya kecil di sini.
A
Menurut kata pemandu pelancong Thailand kami,Encik Rashid Daerah TRANG sangat terkenal dengan lesedapan kek dan juga kesedapan Muyang (Babi Panggang)..aku tengok lah jugak kek kek yang ada dalam pasaraya ni..macam macam jenis perasa ada.tapi aku tak beli apa pun sebab aku nak beli time balik nanti.Dalam pasaraya ni juga ada satu kedai makan musli di bahagian belakang..diorang duk melepak minum kopi sekejap sebelum memulakan perjalanan kembali.
A

Bersama abang Wahab..panca sitara sangat.hehehe
A


semua peserta rombongan lawatan sosial kali ini..
A

This is Encik Rashid,our Thailand guide..dia asal dari Satun..dan Encik Rashid ni akan follow kitorang sampai balik nanti..Dia memberi sedikit penerangan pasal Raja di Thailand dan perdana menteri di sini..aku pun tak berapa paham sejarah..yang pasti This guy can speak malay well,walaupun dalam pelat siam.
A

Singgah di TRANG dulu..sebab berlaku perubahan rancangan.Kami akan makan malam awal di sini sebab lepas ni kalau ke Phuket straight kang sampai lambat semua kedai dah tutup kebuluq lah kami semua..aku bergambar depan tuk tuk kepala katak yang cuma ada di 3 wilayah di Thailand..satu TRANG dan dua lagi aku tak pasti di mana..nak naik tak cukup masa so bergambar sahajalah.
A

Pekan TRANG di waktu senja
A

Di pekan Trang masa ni ada Pasar malam pulak..meriah betul..banyak makanan dijual tapi semestinya tak halal lah..berdekatan pekan Trang ni ada Satu Stesen Keretapi..Baru aku tahu yang kelas ketiga dalam gerabak Keretapi takyah bayar fee apa pun..naik jer secara percuma..untuk memudahkan rakyat thailand yang berpendapatan rendah lebih kurang macam gitu lah.Tapi kelas ketiga paham paham lah kan kat mana tempatnya..tak kesah lah janji percuma.
A

Singgah makan malam di Mustafa Halal Restaurant..actually aku masih terasa kenyang lagi sebab tadi Lunch dah lambat dekat pukul 4 petang,Then ni baru pukul 7 pm dah dinner..Tkper lah..bak kata pepatah melayu rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari..
A

Lauk pauk yang dihidangkan
A

Gambar yang macam asam pedas tu ialah Kensom..asam pedas Thai style..masam sket..dan rasanya macam pelik..sedap tapi aku lebih suka tomyam.at least aku dah rasa Kensom ni macam mana.mari kita makan makan dan makan..Bismillah..
A

satu meja 5 orang(campur yang ambik gambar)
A

selamat menjamu selera
A

Di Mustafa Restoran ni ada juga dijual kek kek yang diorang buat sendiri..dan dijenamakan sendiri..Kek Mustafa..kek kat sini lebih yakin lah kalau aku nak beli sebab orang islam..
A

Masing-masing punyalah sakan duk memborong kek..aku beli juga sekotak untuk rasa dan sebagai backup takut malam karang lapar..tapi yang tak tahan ni baru jer di awal road trip,belum sampai phuket lagi masing masing dah shopping sakan..haha..beli kek lah,telur masin lah..lawak lah pulop
A

Bas Parking seberang jalan keretapi so kami kena cross ke sana..tu yang sempat ambil gambar bawah signboard Keretapi,Bukti kami berada di Wilayah Trang..yang syok group ni bab bab bergambar takyah offer.semua gila bergambar..hahaha..sempoi!!
A

Keretapi di Trang
A

Jom jom naik bas kang nanti kita kena tinggal
A

Masuk bas layan cerita IP MAN 2 pulak..aku tak pernah tengok this movie before so masa dia pasang memang aku beri tumpuan penuh..sangat best lah movie ni tengok Wing Chun..baru aku tahu Yip Man ni master Bruce Lee..heheee..outdated kan aku.Habis layan movie masing masing tidor..lagi 3-4 jam akan sampai Phuket..
A

Akhirnya dalam pukul 12 tengah malam lebih kami sampai juga di Phuket..dan first Thing to do is Check in Hotel dulu..kami semua Checked in di Shintavee Hotel..Rate satu malam RM80..quite ok lah kan harganya..setakat nak tidor jer pun.
A

Masing masing dah keletihan..
A
Ni lah gambaran bilik yang aku stay..Quite ok lah..tapi malam ni aku tak boleh nak tidor maybe sebab dah lama tidor dalam bas..menarik juga Road Trip macam ni,satu pengalaman baru bagi aku.kalau last year aku ke Hatyai naik Train,This year aku ke Phuket by bus pulak..Everyday is a new day..Perjalanan kami hari ni PENANG--SADAO---PATTHALUNG---TRANG---KRABI--PHANG NGHA --PHUKET..Kiranya dalam Thailand kami melalui 6 wilayah..what a long Journey tapi best!!berakhirlah perjalanan ke Phuket untuk hari pertama..
a
*to be continued..

20 comments:

Sizzling Suzai said...

huuu...sgt jeles ngan anda..impian sy apabila mula brkerja adlh PERGI MELANCONG KEMANA SHJ!! sila tunggu erkk..hahhaha

neway, SY PLG SUKE BAB MAKAN huiiii...sedap glerr mskan thailand plak mmg terbaek! ^^

Benedict Bernard said...

600+km brapa jam tu sampai? jauh gak ..

che'Burn@che'Qis said...

aku tringin nk drive sendri ke sana..roadtrip sendri instead of naik bas ke van..hehe

nasazfrog... said...

masuk blog hang ni tak sah klu takdo gambar,,, mesti lapar... uihh sib baik en. rashid reti la jugak ckp melayu,, kok dio bantai ckp siam ha haru dbuatnya,,,

Ariff Budiman said...

Best melancung. lama tak jalan2

@xiM said...

SIZZLING SUZAI,

nanti ada kesempatan pi lah jalan jalan all around the world..impian saya nak buat EURO TRIP..setakat ni just jalan jalan sekitar ASIA sahaja..Insya Allah suatu hari nanti..

@xiM said...

BENDICT,

memang jauh..campur berhenti berhenti lagi dalam 10 jam jugak baru sampai Phuket..Penat tapi best!!

@xiM said...

CHE BURN CHE QIS,

boleh jer kalau nak drive sendiri..kat imigresen Thailand tunjuk Geran kereta dan lesen memandu..ko kena apply insurans Thailand jugak dalam beapa hengget aku tak pasti..tapi menarik juga tuh kalau bawak masuk kereta sendiri..

@xiM said...

NASAZFROG,

Blog saya masih mengekalkan konsep yang sama kak..gambar,Travel dan makanan..singgah singgah lahs elalu..Encik Rashid tu can speak malay well..good for us..:)

@xiM said...

ARIFF BUDIMAN,

nanti kalau air asia buat promo pi cari tiket murah murah dah sekarang ni kalau nak ke Indon or Thiland..

By the way,Thanks singgah my blog..

rasp said...

jauh perjalanan luas pemandangan...

eLLy said...

Semua lelaki .. ini bukan rombongan Cik Kiah. Ini rombongan En. Zim ;p

ADLIL RAJIAH said...

wei, kitorang pon teringin nak drive dari penang ke krabi. tapi macam jauh jeeeeee!!!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

mummysyafie said...

wah best nya korang...bleh plak wat lawatan sambil jalan² yer

Tny said...

Wow!!!! Bestnya!!! Road trip ngn geng sekerja!!! Kerja sambil jalan2.. package baeek tu!! =)

@xiM said...

RASP,

setuju sangat!!

@xiM said...

KAK ELLY,

ni semua abang abang yang gagah perkasa sahaja..heheheee

@xiM said...

JIJY,

jauh tapi try lah..mesti best..new experience kan..

@xiM said...

KAK NOR,

GM kami sporting..tu yang boleh organize lawatan macam ni..lepas ni nak ke Beijing pulak..heheeee

@xiM said...

TNY,

tu yang terbaek!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails