Followers

Tuesday, July 12, 2011

FOOD REVIEW : MEE UDANG KUALA SEPETANG @ WARONG MAK TEH

Pagi ni Penang hujan lebat.

Aku terkandas dalam kesesakan lalulintas di jambatan pulau Pinang..what to do..lambat lah sikit sampai ke Opis tadi..maafkan saya boss.bukan niatku nak datang lambat tapi sila salahkan jem di tengah jalan.Hari ni ada audit lagi dari ICU.Audit memang tak pernah abes.esok SIRIM pulak mai.Audit OHSAS..semoga stesen aku bertambah makmur dan aman sentosa.Ok tu jer citer pasal update terkini.Cukup pasal kerja.meh story bab lain pulak.


Nak sambung cerita minggu lepas.

Balik dari Manjung Perak aku lalu ikut jalan dalam..lalu ikut Pantai remis sampai ke Trong,Perak..Trong ni bandar antara Pantai Remis ngan Changkat Jering lah.syok juga lalu jalan dalam,dapat tengok suasana kekampungan yang ada.banyak ladang kelapa sawit tepi jalan.cuma yang tak best banyak lori duk pakai jalan ni so memang agak jem sikit lah..kena beratur dan sabar menunggu lah bawak kereta.Dah sampai Taiping aku lajak ke Kuala Sepetang,dalam misi nak cari mee udang yang digembar gemburkan orang.Sebut mee udang mesti sebut Kuala Sepetang.ada apa dengan mee udang di Kuala Sepetang?
.


Jalan nak masuk agak jauh ke dalam..aku dah rasa macam sesat tapi still aku ikut jer signboard Kuala Sepetang..tak lama lepas tu aku ternampak lah ada dua tiga deret gerai yang ada signboard mee udang..banyak yang ada..ada mak jah lah,ada saleeh mee udang,ada mee udang banjir dan macam macam lagi lah.tak taw nak pilih yang mana,last last aku nampak signboard Mak Teh Mee Udang..tertarik untuk singgah sebab ada beberapa review dalam blog orang duk sebut pasal mee udang Mak teh di Kuala Sepetang.Kedainya biasa jer..restoran ni betul betul tepi jalan.
.


Aku lah pelanggan tunggal masa ni.Jam pukul 8 pm.ingatkan dah takder rezeki sebab takut this warung tutup awal.Alhamdulillah ada jugak rezeki nak merasa mee udang di Kuala Sepetang.Order lah mee udang.diorang tanya nak mee udang biasa ker nak mee udang laut..kalau udang laut besar besar dan mahal sedikit lah harganya.alang alang dah sampai mintak mee udang laut lah.baru berbaloi baloi.Air kopi o Ais.
.


Memang agak besar jugak lah udangnya..sampai tak nampak mee dah.so inilah rupa mee udang di Kuala Sepetang.takder beza pun dengan yang aku biasa makan di Sungai Dua penang..sama jer.maybe bab rasa lah lain sikit..basically presentationnya sama.(klik this link, this link, this link and this link untuk review pasal mee udang  sungai dua Penang)


Cara nak makan aku asingkan dulu mee dan Udang yang bergelimpangan
.


Then lepas dah kupas 6 ekor udang tu baru aku buh dalam mee dan enjoy the meal..Kesimpulan yang aku boleh buat ialah lagi sedap mee udang di Sungai Dua Penang..kat sini kuahnya a bit cair dan kurang perasa..yang kat Sungai Dua Penang lagi mantap dan lebih berperasa.Itu pendapat aku.but for the sake of being there done that,aku dah merasa makan mee udang kuala sepetang.now i know the different.Lepas ni kalau nak makan mee udang better pi sungai dua jer..takyah datang jauh jauh dah ke Kuala Sepetang ni.heheee.orang kuala Sepetang jangan marah noo.i'm just telling you the truth based on my experience.


Makan kena habis..perut tengah lapar.jauh aku datang ni..tak baik membazir rejeki..actually ramai member aku yang datang sini pun kata rasanya biasa sahaja.takder spesel apa pun..amat benar sekali lah kata mereka..but it's ok..signature dish di Kuala Sepetang ialah Mee Udang.sedap tak sedap tu subjektif kan.maybe aku tak berapa berkenan tapi ramai lagi orang luar sana sukakan rasanya.tepuk dada tanyalah selera.
.


Harga Mee Udang laut yang aku order tu harganya RM12 satu mangkuk..ok lah.not that bad.lebih kurang macam harga kat Penang.harga mee udang sebenarnya bergantung pada jenis udang yang korang nak.nak udang besar lagi mahal lah.as simple as that.masa aku bayar kat tokey kedai tu, aku mintak bisnes kad.Then aku kata lah nak buat review pasal kedai ni buh kat blog.dengan berlagaknya akak tu kata 'buat lah dik,kami dah cemuihh dah duk masuk internet jaaa..selalu sangat dah orang duk mai usung kamera besaq duk ambik gambaq mee udang kami..naik cemuih dah.'..aku terkesima kejap.amboii berlagaknya lah kau kan.kalau tak sebab review orang duk buat kat internet tu tak sampai nya aku kat sini.biar lah.tu hak dia nak berlagak macam tu.Yang penting mee udang kat sini tak sesedap mee udang di Sungai Dua Penang.And frankly speaking,this is the last time aku akan makan kat sini..Banyak lagi pilihan lain.Nak berlagak sangat ngan aku kan.Enough said.
.
*Lepas makan di warung mee udang Mak teh ni la aku dapat berita pasal Jiran rapat aku yang meninggal pasal kemalangan jalanraya..terkejut sangat tatkala dapat berita tu.Allah lebih menyayangi dia..Semoga Roh jaa tenang di alam sana..Al-Fatihah..setiap yang Hidup itu pasti Mati..

19 comments:

kucingorengemok said...

aik, lain macam je pulak jawapannya... awat eksyen benor, kak? (tak pasal² orang baca kat internet tau dah kan)

Nieda said...

Ambik kau ...belagak sangat. Org nak buat promosi free pun tak nak.

lily lotus said...

mmg besar punya udang tu,terbaiklah!

al-fatihah pada arwah jiran azim tu..

@xiM said...

KOG,

taw takpaa..kita hidup ni sementara jer takyah la nak berlagak sangat kan..

@xiM said...

NIEDA,

diorang ciwi pasal kedai mak teh ni duk masuk JJCM lah,masuk paper lah,masuk majalah 3 lah.tu yang eksen semacam.padahal rasanya biasa jer.komersial jer lebih.

@xiM said...

LILY LOTUS,

mee udang tu biasa bias ajer rasanya.cuma tokey kedai tu agak berlagak.haha

Al-Fatihah..

rasp said...

never been there, eat that & done that....
nak gak try makan yg kat sg dua tu....tu pun lum lagi....

Al-Fatihah buat arwah jiran...

NM02 said...

cara hang makan ngan ceq makan sama jek.. suker kupas udang tu dulu, taruk sekali dalam mee tu balik, baru best makan bersama... thiz is best brooooo!!!!

Buzu Ediany said...

kami suka p makan kt mee udang mak jah..situ lg sedap..mak teh kuah dia kureng sket..tp tu tekak memasing lah...

sepul said...

hai bertemu kita kembali dalam alam maya yang penuh dengan tipu daya ini. i'm not into this kind of meal la. pernah makan kat kuala muda kedah last year. kuala sepetang seindah nama secantik sang suria yang memancarkan sinarnya.

@xiM said...

RASP,

nanti cuba kat kuala sepetang then cuba kat Sungai Dua penang jugak..baru dapat rasa perbezaannya..

@xiM said...

BUZU EDIANY,

kalau taw aku singgah kat Mak Jah..kat Mak teh tak tahan tokey nya berlagak sangat.dah kaya sangat sangat kot duk jual mee udang tu yang cewi semacam

@xiM said...

NM02,

ehh tersama lak kan.tapi baru best makan lepas dah siap siap kupas..baru feel...

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

hang duk seronok ngan tipu daya kan.hahha..ntah apa ap ko komen kannnnn..

mee udang sungai dua gak lagi sedap.mai penang aku belanja.opsss lupa ko tak suka mee udang so babai lah.

InaAchik said...

aku dah serik mkn kat mak teh ni.
thn lps pergi, rase adalah sgt tak sedap, layanan adalah sgt hampes! btol2 hampa sebab bawak harapan menggunung! lemak menangis sedih! :p

@xiM said...

INACHIK,

betul saya setuju..pastu tokey kedai siap berlagak lagik.memang lah aku takkan datang lagi kedai mak teh ni.huhu

A.Y.U.N.I.E said...

lagik sedap mee udang kat sungai dua..datang jauh pun terasa dihargai!!!

Yours truly said...

azim.. mee udang mak teh ni mmg tak sedap mana punn..

akak selalu pergi kedai yg mula2 sekali selepas keluar simpang tu.. tak ingat nama la plak..

precious moment said...

Tq for sharing empunya blog. Tiba2 terigt mee udang. Tengok mcm sedap, tp belum pernah try lg mee udang makteh ni. Selalu try mee udang mak jah je. Anyway, salam perkenalan. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails