Followers

Sunday, January 2, 2011

MEE UDANG vs MEE KETAM (SUNGAI DUA)

Ini ialah sebuah kisah benar pada 1.1.11

Di satu malam yang gelap gelita,saya dan seorang rakan lagi telah merasa amat kelaparan kerana cuaca ketika ini hujan renyai renyai dan angin bertiup sepoi sepoi bahasa..kebiasaanya kalau dah hujan dan berangin macam ni perut memang berbunyik bunyik kelaparan..Maka saya dan rakan saya terus membuat keputusan untuk mencari makan di malam hari nan gelap itu..

1
Pada mulanya saya berasa agak bingung untuk memilih tempat makan..kemudian,Tingggggg...saya mensdapat idea ilham dari Tuhan barangkali,untuk pergi ke Sungai Dua bagi menjamah kesedapan Mee Udang di sini..lagi pun memang dah lama sangat tak menjamah mee udang..sesekali time time cuti macam ni apa salahnya kan..

2
Rakan saya mengorder mee udang ya tuan tuan dan puan puan sekelian..saya difahamkan harga mee udang di sini ialah RM7 ke atas bergantung pada saiz Udang..hantam sajalah labu nak tekan harga berapa pun..janji kami kenyang..teruja tak kalian melihat mee udang ini??

3
Oleh kerana saya dah biasa makan mee udang,maka kali ini saya memilih untuk makan mee ketam pula..Konsepnya sama korang kena faham,just ganti Udang dengan Ketam maka jadi lah mee ketam.cuma berbeza dari segi rasa sikit lah kot sebab manis ketam dan manis udang ni slightly different.Hanya Jauhari mengenal manikam,hanya johari mengenal maniam.

4
adakah kalian teruja melihat udang ini??maafkan saya sebab visual kurang memuaskan..sejak ada smartphone ni memang saya a bit berlagak sikit.malas dah nak usung DSLR kesana kemari..pakai BB ni pun dah ok ambik gambar..5megapixel kira ok lah kan..

5
Dan sesungguhnya seekor ketam di sajikan dalam mee ketam ini.Puas saya meratah sorang sorang memang tak offer dah pada rakan di hadapan sebab rasa isi ketam yang lazat!!ketam ni saiznya kecik sikit tapi ok lah ,kang besar sangat lagi mahal sebab diorang kira ikut berat ketam..

6
Hasilnya adalah sangat kejam!!habis kulit ketam dan udang kami kopek..menjadikan keadaan di atas meja kacau bilau sekali..namun begitu kami amat berpuas hati dan sangat kenyang,..pekena pulak kopi o time time hujan tambah ngan hisap rokok skali,memang layannnn bangatttt..Kawan kawan yang nak datang ke Penang nanti saya bawa makan kat mee Udang sungai Dua ni ya..Insya Allah.

*penggunaan bahasa melayu yang tidak formal dalam entri ini tidak sesuai digunakan untuk urusan surat menyurat..maaflah,AXIMUD tetap mengekalkan konsep jalan jalan cari makan juga bagi tahun kewangan 2011..harap bersabar.

4 comments:

pyanz said...

Azim.. ni kedai Pak Ngah ke kedai yang dekat jambatan tu? macam nak try ketam la pula nanti..

xplorer said...

aku penah pi kedai ni 5-6 tahun sudah , tapi aku rasa kotor ler kedai ni dulu, keadaan kat sana dah ok ke atau still kotor lagi?

Unknown said...

saya tak kira,
nanti saya trun Penang,
sila bawak saya dan mama,
dah terliur bila melihat gamba2 itew,
nyum nyum nyum...

:)

ummi_khalish said...

aslm..selalu jd SR je..kli ni sgt grm tgk mi udang tu..napelh sy pi png x jmpe tmpt mkn best?huhu...anyway..slm ukhuwah..dil follow u..:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails