Followers

Monday, July 11, 2011

PEKAN LUMUT : A GATEWAY TO PANGKOR ISLAND

Selamat hari isnin buat semua pembaca budiman.

Hari ni kembali bekerja semula di opis,setelah outstation seminggu last week ke Manjung perak..Bila tinggalkan opis seminggu macam biasa lah kerja yang terhimpun pun konpem bertimbun..kena setelkan lah satu satu..one step at a time.Boss aku takder pulak minggu ni dia ke Pasir Gudang.so this week secara tak rasminya i'm da boss lah for my section.hehe..Kali ni just nak share story masa jalan-jalan di Pekan Lumut sebelum balik ke Penang last week.


Lumut is a coastal town (population 31,880) in the state of Perak, Malaysia, situated about 84 km from Ipoh, 12 km from the town of Sitiawan and it is the gateway to Pangkor Island. It is a quaint little town famous for its beautiful seashell and coral handicrafts. This once little-known fishing town has since become the home base of the Royal Malaysian Navy.Lumut in Malay means moss, lichen, or seaweed. In its early days, the beach is said to be rich in moss, so the local people called it Lumut. Lumut jetty now is the staging-off point to various beautiful offshore islands, including Pangkor Island-Wikipedia
 

Dari Manjung aku saja singgah di Pekan Lumut..teringat zaman Uitm dulu masa kitorang buat trip ke Pulau Pangkor..Best sangat that trip.seingat aku tu lah trip paling best semasa aku belajar di Uitm dulu..sekarang tinggal memori indah untuk kita semua kenang kembali..time really flies.sedar tak sedar dah 5 tahun zaman Uitm aku tinggalkan.Apa khabar agaknya kawan-kawan aku sekarang.harap semuanya sihat sejahtera.


Di pekan Lumut ni ada jeti untuk ke Pulau Pangkor.ikutkan hati nak jer aku ke Pulau Pangkor pulak tapi nanti nanti lah.bawak bertenang dulu ok..baru jer balik dari Pulau Perhentian then terus ke Manjung pastu nak ke Pulau Pangkor pulak?tak larat lah aku..baik balik penang berehat.Berjalan memang seronok..tapi kalau dah kerap sangat tetap lah rasa penat..(speaking of which next week aku kena ke Pulau Langkawi pula..ada Konvensyen 5S MPC anjurkan untuk wilayah utara..yeah.bring it on.Langkawi here i come..)


Pemandangan di Luar kawasan jeti ke Pulau Pangkor


Masa aku jalan jalan di sekitar area ni, tak berapa sibuk dan orang pun tak berapa nak ramai.yang aku suka sebab suasana persekitarannya bersih dan well maintained..lanskapnya kemas dan enak mata memandang lah senang citer..maybe depa jaga sebab ni pun merupakan tumpuan pelancong jugak kan, a getaway to Pangkor Island.


Ada bazaar lumut yang jual baju baju dan souvenir


Dan kalau korang peminat makanan kering kat sini banyaklah ada Ikan masin,ikan bilis dan jajan makanan laut..harga standard jer..murah lah sikit dari biasa sebab persaingan hebat kat sini.banyak gerai duk jual mender sama..pandai pandai lah cari kedai harga murah.aku beli juga ikan masin,sotong kering dan Jajan makanan laut.Untuk bagi bagi kat orang.suka jugak sekali sekala makan sotong kering yang banyak gula tu.tapi tak boleh amal selalu lah.tak elok..


di lorong lorong jual makanan laut kering,ada gerai gerai makanan dan minuman layan diri style.sendiri order sendiri ambik kat kaunter.janji bayar then boleh makan or minum apa yang korang nak.aku order cendol..dahaga pulak petang petang macam ni.actually sebab terliur tengok ada orang duk order.nampak sedapp jer.


Tapi aku makan separuh jer.sebab apa?sebab dalam cendol ni banyak sangat hampas hampas santan duk ada..tak tapis santan elok elok kot..siap ada bulu sabut kelapa lagik..terus tak selera.dont judge a book by its cover.betul sangat dah tu.tengok sedap tapi isi kat dalam orang yang makan jer yang akan tahu.Kalau korang tak percaya cuba amati betul betul gambar cendol kat atas..akan nampak satu part sabut kelapa nampak terkeluar.


Singgah solat asar dulu di Masjid Lumut


Then lepas solat terus bergerak pulang ke Penang.actually aku tak berapa sure nak lalu jalan mana.lepas tanya orang masa sembahyang asar kat masjid lumut baru aku taw nak lalu kat mana.aku lalu kat pantai remis straight ke Taiping..nak keluar di Plus Highway Changkat Jering pun boleh.tapi aku lajak ke Kuala Sepetang dulu dalam misi mencari Mee Udang yang orang duk sebut sebut selalu.best sangat ker??sebab aku tak pernah sampai.tu nanti aku citer dalam entri akan datang.

Aku ada meeting ni.nanti bersiaran lagi.

Okbai.

1 comment:

sepul said...

hai abam yang disayangi. ku belom pernah jejak kaki ke Pekan Lumut apatah lagi ke Pulau Pangkor. abam makan sorang-sorang. kalo boleh saya mahu temankan abam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails