Followers

Tuesday, July 19, 2011

TRIP LANGKAWI PART 1 : LAKSA KUALA PERLIS & THE JOURNEY BEGIN..

17 Julai 2011 - Pukul 2.55pm.

Bertolak dari kawasan perumahan menuju ke Kuala Perlis..Hari ini kami bersembilan akan ke Pulau Langkawi atas urusan kerja.3 kereta dibawa untuk ke kuala perlis..Sebenarnya kalau nak ikutkan boleh sangat nak naik di Pulau Pinang tapi bagi aku better lama di atas darat daripada lama di atas laut.kalau naik di Kuala Perlis hanya 1 jam sahaja masa untuk sampai ke Pulau Langkawi berbanding hampir 4 jam dari Penang ke sana.


Aku tumpang kereta Faiz,colleague di stesen sama..Haji ibrahim pun naik sama sama.kiranya satu kereta 3 orang lah.Perjalanan yang memakan masa dua jam lebih tak terasa pun sebab duk bersembang tak berhenti.sembang ngan orang dah lama kawen ni lain macam sikit gayanya.heheeeee.apa apa pun Thanks faiz kasi tumpang kereta.jasamu dikenang.


Last month pun dah datang langkawi,This month kebetulan ada konvensyen yang melibatkan aku sebagai salah seorang peserta Konvensyen..ok lah boleh jalan-jalan.Tapi paperwork kitorang tak siap lagik.hopefully sempat lah buat di Langkawi sana.janji mau sampai di sana dulu apa cerita pun.
.


Sampai Kuala Perlis dalam pukul 5 lebih sikit..Then Muhsin tolong belikan tiket feri RM18 satu kepala..kalau ada 9 kepala maka sendiri mau darablah kan berapa ringgit semuanya.Tiket pukul 6 pm sahaja yang tinggal so banyak masa lagi sebelum feri sampai.Pi solat asar dulu di Jeti.Then kitorang pi minum minum kejap kat kedai makan tepi jeti Kuala Perlis.


Dah tengok signboard ada tulis Laksa Kuala Perlis semua duk order laksa.nak order Bihun sup dah habis pulak.yang tinggal Laksa dan nasi ayam so order laksa lah nampak cam ringan sikit.mai jemput makan laksa kawan kawan.
.


Rasa laksa lah.cuma beza ngan laksa penang kuahnya agak keruh.banyak ikan.ok lah.not bad.
.


Di area Utara ni aku belajar makan Otak Udang.aku tak suka sangat sebenarnya tapi boleh lah kalau nak makan.Otak Udang biasanya makan ngan Laksa Penang.Rasanya Masin masin macam Budu tapi a bit weird.tambah dalam kuah then gaul sebati dalam kuah baru tak rasa pelik sangat.Not my faveret.tapi ni yang orang belah sini makan.
.


Air pulak order air Jus Cinta nama diberi.air jus cinta ni ialah Limau Asamboi.manis sangat..tapi trend sekarang mana mana kedai pun mesti dah jual air limau asamboi.daya kreatif inovasi yang terpopular pulak kekdahnya.
.


7 0rang jer yang ada.lagi dua orang dah berlepas awal.
.


Masa nak tunggu di kawasan menunggu orang ramainya ya rabbi..ramai yang amat.hari ahad orang pakat pakat nak balik kerja ke langkawi kot tu yang ramai semacam..tambah pulak ada konvensyen yang melibatkan 65 team.lagi lah ramai yang nak menuju ke sana..aku syak kursus kursus pun mesti banyak duk buat kat sana sempena nak menghabiskan kursus yang ada sebelum Ramadhan menjelma.
.


Tiket pukul 6 pm..tapi sebab ramai sangat orang pukul 7pm baru feri berjalan..Penuh feri tu sarat dengan muatan.kitorang bertujuh dapat seat tengah tengah.betul betul belakang aircond.sejuk yang amat.tapi takpaa lah.baik sejuk dari Panas..
.


Dalam feri ingat nak lelapkan mata tapi depa duk pasang DVD citer KARAK lah pulak..copy dari Astro First okeh.heheee.habis lah penjual dvd cetak rompak kat Pasar malam lepas ni citer yang duk ada kat astro first semua dah tak laku..sampai Langkawi jam 8 pm di saat kemuncak citer ni..last last tak sempat nak tengok sampai habis jugak.boleh lah sekadar nak layan.tapi nasib baik aku tak layan kat pawagam.kalau tak mesti menyesal.hahaaaaa.
.


Sampai di Pekan Langkawi ada Van dah tunggu..Tuan Syed ngan Haji Shukri dah siap siap tunggu kat Jetty Point langkawi..sampai Pekan Kuah pi makan dulu kat Restoran apa nama ntah aku dah tak ingat,then baru Check in di AZIO HOTEL pekan Kuah Langkawi,sebuah hotel yang konsepnya ala-ala macam tune Hotel- 5 star experience at 1 star Price..Quite nice jugak Hotel nih.nanti dalam entri seterusnya aku buat review sikit pasal This Hotel..Dah Checked in bilik apa lagi,terus mandi solat berehat dan terlelap sampai pagik..

*to be continued.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails