Followers

Wednesday, July 6, 2011

TRIP PULAU PERHENTIAN PART 2 : SANTAI PETANG, DINNER & NIGHTLIFE @ PERHENTIAN ISLAND

Sambungan dari entri sebelum ni.(1 Julai 2011)

Balik dari Snorkeling memang rasa penat..lapar pun ya..tapi jam dah dekat pukul 7pm so tahan kan dulu lah..waktu makan malam pukul 8 pm nanti.so balik bilik dulu,rehat rehat kejap then keluar ke tepi pantai.aku duk tunggu nak tengok sunset tapi takder la pulak sunset yang ada.maybe sebab kedudukan chalet kitorang yang jauh melengkuk ke dalam.


Cafe B-First ni betul betul sebelah Bayu alu alu dive lodge tempat kitorang stay.Harga untuk makanan yang ada mahal sikit jer dari biasa..macam nasi goreng sepinggan 6 ringgit.ok lah tu tengah pulau mana nak cari nasi goreng.hehe.


The best part of this cafe sebab betul betul meja diorang atur sebelah laut.aku teringat macam kat Jimbaran bay di Bali..makan di tepi laut macam ni hilang stress kejap.totally aku lupa pasal kerja bila dah duk kat pulau jauh dari segala kesibukanmacam kat bandar nun.


Lepak lepak minum ngan azuan,kak zahrah ngan kak zubaidah.


Kak Zahrah dan Kak Zubaidah ni adik beradik..(kak zubaidah belah kiri,kak Zahrah belah kanan) Zahrah tu kawan kepada azuan.dia bawak skali saripah ngan syazana anak sedara dia join this trip..diorang semua sporting..ingatkan pada mulanya takut nak bergurau senda ngan kak zabedah,last last dia pun sama naik.hehee.lawak lah kak zack..dia ada gerai jual nasi lemuni kat area bukit jambul di Penang.nanti balik Penang aku nak terjah gerai dia..nak bawak colleagues skali.


Korang jangan tak taw kak Zahrah memang jadi ajk makanan yang berjaya lah.dalam beg Nike hitam dia macam macam ada..dah macam beg doraemon dah.masa register kat receptionist pagi tadi dah keluarkan tart blueberry cheese ngan karipap sardin..petang ni sambil melepak dia keluarkan muruku dan cokelat marks and spencer yang sangat sedap!!memang tak kelaparan lah kitorang kalau dia ada..Thanks kak Zahrah!!jasamu tetap akan ku kenang.:)


sambil makan cekelaat dan muruku serta air mangga(air mangga fresh sedap giler) sambil lah kitorang sembang sembang..kak leez ngan kak nani duk dalam bilik berehat tu yang takdak skali.tak join kitorang.penat bersnorkeling lah tu.


suasana petang di Pulau Perhentian Besar


Dekat pukul 8 pm lebih waktu makan malam tiba..cafe depan bayu alu alu dive lodge ni memang cantik di malam hari sebab banyak lampu ada.nampak well organize dan very nice.ramai omputeh jer kat situ duk makan..yang tekak melayu macam kami ni kena makan kat B-First cafe sahaja.takder belacan tak best lah.hehe


i guess semua dah kelaparan..dah dapat rehat yang cukup so let's dinner together!!


Tomyam campur.sedap wehhhh tomyam nya!!


Killer menu malam ni ialah this daging..Daging masak merah manis pedas yang sungguh menggemparkan..dah la daging tu di slice nipis nipis..aku bab daging biasanya kurang sket.tapi daging ni kena ngan tekak aku.sebab orang tererngganu masak kot.aku kan anak jati terengganu.:)Bukan aku jer suka daging ni,yang lain lain setuju daging ni sedap.


Telur Dadar.Rasa telur lah.


makan berhidang macam ni berkat..dari makan sorang sorang..Bismillah..


Memang berkat semua lauk habis dan licin..yang best di B First ni makanan nya tak kedekut..portion untuk 8 orang boleh makan 10-11 orang..ada lah ruang untuk tambah dan ratah lauk.tambah pulak geng geng pompuan tu bukan makan banyak sangat..anak kak zubaidah tak join makan sebab duk tidor kat bilik.


habis makan kami semua pi berjalan jalan sepanjang pantai..pantai di Perhentian besar tempat kitorang stay ni pendek sahaja..ada beberapa Chalet jer yang ada..bermula dari Depan : Arwana resort,Samudra Hotel,Bayu alu alu dive lodge,B-First Hotel,Flora Hotel dan fauna Hotel.Tu jer yang ada.kalau di Redang Chaletnya sedikit tapi kawasanya luas dan besar.kat sini Chaletnya banyak sebab kecil kecil dan unitnya sikit.Korang faham tak apa aku merepek ni??kalau tak paham abaikan sahaja ok.hehe


Jangan men men,kat perhentian pun ada I-City okeh.bukan shah alam jer ada.


pasukan suri rumah yang duk tunggu suami tak pulang pulang dari laut


Sempena entri ni,aku nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran kak leez yang jatuh pada 1 Julai baru baru ni..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..kaka leez duk naik buai tu tengah tunggu anak raja masuk meminang.haha..semoga cepat dapat jodoh yer aku doakan.Kiranya trip pulau perhentian ni macam besday trip dia lah kot.


Fauna Beach chalet ni quite nice jugak.tapi dah penuh.


Nightlife di Pulau Perhentian ni tak sehappening di Pulau Redang..kalau di Pulau Redang siap ada Open Karaoke lagi tepi pantai..and ada jugak tempat untuk minum minum sambil dengar muzik..kat sini bukan takder,ada tapi tak semeriah di Redang..so nothing much that we can do here.balik dari jalan jalan aku,kak leez ngan azuan duk sambung online(since wifi free di bayu alu alu dive lodge) and sembang sembang..macam macam lah duk berborak..sedar tak sedar sampai pukul 2 pagik!!and we really need to get some sleep,because tomorrow we gonna have our second snorkeling session at 9 o'clock in the morning..

(*to be continued..)


3 comments:

eKa said...

hm...saya retu...siap bentang tikar tepi pantai...pastu main lawan kira bintang...tp ketenangan di mlm hari mmg sukar dicari di mana2...rasa best je...lengang...cam saya bawa parent mmg sesuai la kat perhentian besar ni

Leez M. Saaid said...

ngeh..ngeh..ngeh..

motif tetiba nak highlight pasal nak kawin dgn anak raja...ahakssss!!!!
mekasih besday wish tu...hehehe.

geraugebang said...

syioknya...tak payah la part 1,part 2. lambat sangat...pi kasi habis semua cerita sekali...puas hati akak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails