Gambar di atas ialah gambar aku bersama Ayah di Masjid Nabawi Kota madinah..Sepanjang berada di Kota madinah dan Kota Mekah kami adik beradik lah yang bergilir menolak ayah dengan kerusi rodanya..Kaki ayah sekarang lansung dah tak boleh nak berjalan sebab Arthritis yang dihidapinya di tahap yang teruk..Sebagai anak aku Redha dengan takdir Allah..Bukan kah Allah tidak menurunkan Ujian kepada Hamba Nya selagimana Hamba Nya itu mampu menanggung..Saat ini aku terasa rindu pula untuk menolak ayah seperti mana di Kota Madinah..pernah kami terlewat untuk solat maghrib di masjid Nabawi - macam lipas kudung aku tolak ayah sebab nak kejar solat berjemaah.Lucu pula bila dikenang kembali.tapi itu lah antara kenangan yang aku tak boleh lupa sepanjang kami melaksanakan ibadah umrah di tanah suci.
Sepanjang berada di Kota Mekah pun sama..Aku,abang jalee dan abang Shuk saling berganti tugas untuk menolak ayah ke masjidil haram tiap kali masuknya waktu solat..dalam keadaan ayah seperti ini kami sebagai anak lah yang seharusnya memainkan peranan penting..aku tak rasa terbeban malahan aku rasa sangat terharu sebab kami berada di Tanah suci dan berkesempatan untuk berbakti pada ayah..Mak dalam keadaan yang penat juga untuk berjalan tapi masih mampu melakukan tawaf bersama sama di depan Kaabah..untuk ayah kami tawaf di tingkat satu masjidil haram di laluan kerusi roda..laluan nya menjadi lebih jauh tapi yang penting kami boleh bertawaf bersama sama,itu yang paling utama..Alhamdulillah..
Sebetulnya aku kagum dengan ayah kerana dalam keadaan dia sakit sebegini tapi masih punya semangat yang kuat untuk ke tanah suci melaksanakan ibadah umrah.Pengalaman paling berharga dalam hidup yang aku takkan pernah dapatkan di mana mana pun - ke tanah suci bersama kedua ibu bapa ku..Di samping beribadah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara kami semua semakin bertambah..sekurangnya itu yang aku rasakan..syukur sangat sangat pada Allah atas nikmat ini.
.
.
.
Sahabat sekelian,Ibu bapa kita lah yang melahirkan kita semua. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini. Maka telah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berbakti kepada kedua-duanya..Kewajipan kepada kedua ibu bapa ini telah ditulis dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:
Surah An-Nisa, ayat 36"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
.
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if."Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."
Daripada mafhum hadis dan ayat Quran di atas jelas sekali bahawa kita sebagai orang islam wajib untuk mentaati ibu bapa dan berbakti kepada mereka serta memandang kedua ibu bapa kita dengan penuh perasaan kasih sayang..Semakin meningkatnya umur kita,semakin tua lah ibu bapa kita..aku tak putus berdoa setiap hari agar Allah mengampunkan dosa mereka dan mengasihani kedua ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihani ku semenjak aku masih kecil dahulu..Buat mak dan ayah, aku sayangkan kalian berdua..Semoga Allah akan terus melimpakan rahmat dan kasih sayangnya kepada keluarga kita..Insya Allah.
*Hujung minggu ni nak balik kampung untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah..Bulan Ramadhan kian menuju ke penghujung..marilah kita mempertingkatkan amal ibadah kita dalam usaha untuk memburu malam al-Qadr,iaitu satu Malam yang Allah taala sebut dalam quran satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..
2 comments:
alhamdulillah...selagi hayat ayah dikandung badan...kita harus berbakti pada mereka...
untung mereka mereka yang masih punya ayah tau...
menitis air mata bc entry neh..tringat kenangan semasa ke sana beberapa bulan yg lps..rindu sgt2..huhu..alhamdulillah azim ngn saya berpeluang ke mekah bersama kedua ibu bapa kita..kunjungan ke kota madinah dn mekah mmg xkan sama seperti kunjungan ke mana2 negara pon di dunia neh..insyaallah,lps neh psg niat utk menunaikan haji pula..insyaallah..:)
-cikemy-
Post a Comment