Di suatu malam yang hening, saya dan seorang kawan tercari cari tempat untuk makan malam..msing masing telah kelaparan di waktu ini..cadangan asal nak mencuba makan Burger Bakar di Wangsa Maju..Tapi entah bagaimana rancangan bertukar arah bila nampak Restoran Beriani Gam Johor ni di sebelah Kiri jalan on the way ke Wangsa Maju.Dengan Kuasa Allah, Kereta yang kami naiki membelok masuk ke kawasan parking Restoran ini.
Selalu dah saya nampak Restoran ini tapi tak pernah tergerak hati untuk singgah makan..lokasinya adalah bagus sebab tepi jalan dan paling penting kerana kawasan parking yang disediakan adalah luas.pada saya, tempat parking juga memainkan peranan penting dalam menarik hati pelanggan untuk singgah.bayangkan kalau tempat parking susah, mesti ramai yang malas nak datang..
Untuk fine dining macam ni, keselesaan tempat makan tak perlu dipersoalkan lagi..konpem selesa dan bersih.at least for my observation this time, this place is clean, cozy and comfortable..masa kami sampai ada satu keluarga di bahagian dalam tengah menyambut sambutan Ulangtahun kelahiran..kami memilih untuk makan di luar restoran walaupun kami bukan perokok.open air.lagi santai.
Menu makanan yang ada ialah Nasi Beriani dan pelbagai variety lain.air Bandung cincau serta Carrot O suam menjadi pilihan minuman pada malam ini.
Nasi Beriani Gam + Ayam Masak Merah
Nasik Beriani Gam + Ayam Goreng berempah
Kuah Dalca
Papadom
acar timun + nenas
Overall rasa makanannya sedap.Recommended.Nasi Berianinya kena dengan selera saya..saya kalau sebut beriani gam mesti duk terbayang beriani yang melekit lekit..tapi yang ni bukan macam tu..jadi saya pun tak paham apa maksud beriani gam seperti didakwa.yang penting sedap!sampai kedai dah nak tutup baru kami beransur pulang..camana nak pergi sini??alamat tertera seperti di bawah :
Ruz Aladdin Restaurant - Briyani Gam Johor
Lot 1243, Jalan Ulu Klang,
Batu 4, Ampang Point,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Business Hour : 11.00am - 11.00pm (daily)
Price : Ranges from RM15 to RM25 for each set of Briyani
Tel : +60342516463
*Click here for Google Map
1 comment:
teruss lapar! hehe
Post a Comment