Followers

Tuesday, June 26, 2012

FULL MARATHON VIRGIN NO MORE : STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2012

Finally.

The real challenge begin. Dah lama aku tunggu Standard Chartered KL marathon 2012 untuk muncul. Sebab pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku register untuk lari Full Marathon 42 KM..Entah.maybe sebab galakan dan dorongan dari #Gengkakilari yang pakat-pakat register SCKLM ni Full Marathon.so i'm just go with it..sebelum this event bermula, ada beberapa siri latihan jugak kitorang buat..then training sendiri lah..quite nervous sebab tak tahu apa akan terjadi nanti.Memang lah just berlari. Tapi sejauh mana ketahanan Fizikal dan mental nak menempuhi jarak sejauh 42KM. Tu yang aku a bit worried. Last year aku join SCKLM 2011 masuk fun run jer 5 KM bersama Bard dan Wani.actually because both of them aku masuk 42 KM hari ni.Thanks to both of you ya!!seriously, thank you so much!


As usual, Race akan bermula di Dataran Merdeka..sampai di Dataran Merdeka naik shuttle bas sahaja..sampai dekat dekat pukul 4am, then simpan beg di baggage counter..Race akan start pada jam 4.30am sharp..sebelum start sempat lah warm up apa yang patut..nak risau lelebih pun tak guna dah masa ni..just berdoa agar dapat habiskan larian tanpa sebarang kecederaan.


Tepat jam 4.30 am, flagoff untuk peserta Full Marathon dilepaskan..rasa agak excited dan teruja juga sebenarnya..sebab nak cuba pecahkan rekod sedia ada..paling jauh pun buat masa Newton Challenge Bulan Januari yang lalu sejauh 25KM..so i have no idea whats coming on my way nanti bila dah jauh dari 25 KM.just wait and see.set endomondo dan bila lepas dari chip timing punya garisan, start endomondo dan terus berlari..may the force be with me as well as the others #gengkakilari members.


Tertarik aku tengok pakcik tu duk bawak alat muzik.aku rasa berat tu.camana lah nak abiskan 42 KM sambil bawak mende alah tu.maybe dia dah biasa kot..permulaan aku just follow pacer 5 hour 30 minutes. Nak kenal pacers diorang pakai belon.so korang ikut lah pacer mana sesuai dengan pace korang berlari.ada 4 hour, ada 4 hour 30 minut, ada 5 hour..


aiseh..kostum macam ni pun ada orang pakai..


Masa di KM12, ada signboard surau kat sini.Azan subuh baru jer berkumandang.elok lah kalau solat siap siap..aku cari jugak kat mana surau yang dimaksudkan..bila tanya petugas di sini diorang kata di Shell..Then aku teruskan larian sampai ke Shell.sampai di Shell pekerja Shell kata tak ada..rasa geram pun ada pada petugas SCKLM ni..mana satu betul pun aku tak tahu.so what to do, aku teruskan larian lah kot kot ada terjumpa Petronas ataupun masjid sebelum waktu subuh habis.


di setiap 2 KM ada water station.so tak perlu bawak air


Ada masjid di kiri jalan.Masjid jamek alam shah..ramai runners solat subuh di sini aku tengok..aku dah siap siap solat di  Petronas sebelum ni..petronas area mana aku tak ingat..tapi bab sembahyang ni memang depend pada individu ya..nak seribu daya tak hendak seribu dalih..dah nampak masjid tepi jalan macam tu kalau tak tergerak hati singgah untuk solat aku tak tahu lah nak cakap camana.Bukan banyak pun.dua rakaat jer.berkat sikit nak berlari.Mudah mudahan.


Cuaca mulai cerah..matahari mula muncul


Terserempak ngan mamat takde kaki kiri..kaki di atempang..so dia pakai kaki palsu..tapi masuk Full marathon. Inspirational!!Orang yang ada dua belah kaki pun tak ramai nak sign up untuk FM ..mesti dah biasa join..tapi whatever it is, semangat dan keaaaman yang dia tunjukkan tu yang patut jadi contoh!Good Job bro!aku rasa dia lari lagi laju dari aku.hehe.malu nak habaq


Pavillion!!tapi tak bukak lagi yer.sebab baru pukul 8am..


Bergambar dengan Pacer 5 Hour 30 Minutes


Menara Kuala Lumpur


Pelari pelari yang gigih


Menara Berkembar Petronas 


Alhamdulillah dah lepas KM 21!!


One thing yang aku rasa quite motivate us untuk teruskan larian sebab water station disediakan setiap 2KM..Good job SCKLM team!so baru jer rasa nak letih dah nampak water station..strategi aku ialah untuk berhenti di setiap water station untuk minum ataupun makan cokelat untuk pulihkan tenaga..Then sambung berlari balik..


Lalu depan IJN dan HKL..sampai ke Bulatan Pahang


Masa sampai di KM30, masa ni kaki kiri aku start cramp..rasa sakit gila dan memang tak dapat nak berlari secara betul..penat toksah cakap lah..ni paling jauh aku pernah buat..training LSD pun tak sejauh..Perasaan macam macam aku fikir..nearly give up tapi dah 30 KM..kalau quit sangat rugi..30 KM just goes to waste kalau aku quit.so aku pikir positif dan hayun jugak kaki yang makin sakit..


Mana mana event larian aku tak pernah pakai span atau cuba simbah air atas kepala..tetiba kali ni aku terasa nak cuba..dan hasilnya adalah menakkjubkan!rasa sangat fresh bila dapat simbah air ataskepala ataupun mandi  satu badan..sebab bila tersejat badan akan terasa cool down..maaf lah.nak buat camana aku baru lagi dalam bidang larian ni..i should try this more often after this. Tu lah fungsinya aku tengok semua duk mandi air..Rupanya nak kasi fresh dan lebih awake.kalau tak memang macam mayat hidup lah korang berlari..energy makin kurang.


Senyum je lah walaupun kaki kesakitan..


Aku sama pace lah pulak dengan uncle yang bawak alat muzik tu..mula mula masa berlari aku cuba ikut pacer 5 Hour 30 minutes..start kaki sakit belon tu makin jauh dan jauh dan jauh terus hilang..so berlari jer lah tanpa guideline..sekejap berhenti sekejap berlari..mamat cina sebelah kiri aku tu sangat bagus..dia encourage kami yang kat belakang belakang ni untuk terus berlari..actually bila berlari sorakan dan galakan adala sangat memainkan peranan..umpama booster yang keluar dari mulut dan menyebabkan kaki menghayun langkah untuk berlari..tapi mental kena tahan lah..kena jadi positif..


Ni lagi satu kkisah pasal Pisang. Aku kalau normal day memang tak makan lah pisang mentah..tapi kali ni masa berlari rasa sangat lazat jer nampak pisang tu..sp makan lah dua tiga bijik..sedap yer pisang ni..maybe sebab lapar pun yer.tapi bagus untuk sumber tenaga dan elak seliuh..masa ni dah kat Bukit Tunku.KM ke 35 kalau tak silap


Nampak banner ni terus lah bergambar..aku suka sangat dengan ayat tu..THE PAIN IS TEMPORARY , THE PRIDE IS FOREVER'..so true..memang masa ni painful.tapi aku percaya kalau dapat habiskan run ni mesti lagi manis rasanya..so aku teruskan berlari..ramai yang dah berhenti masa ni just berjalan kaki jer.mesti semua kaki dah sakit.macam aku.


Sampai di KM39 rasa macam teruk sangat dah.kaki aku makin sakit ..dan aku berlari macam orang cacat..tapi tetap kena teruskan.gila ke apa nak berhenti lagi 3KM jer lagi nak habiskan 42.195 KM..bergambar tetap kena bergambar.aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk enjoy the run. Thats why aku stop by and ambik ambik gambar..tak nak too focus and too stress dengan this run.


in my mind you are all KENYANS!!


Another 1KM to go!!


dan akhirnya..

Aku sampai ke garisan penamat!!macam tak percaya aku dapat habiskan 42 KM dengan catatan masa 5 jam 44 minit..sub 6 hours..ok lah tu for a first timer macam aku..kaki yang sakit di 10 KM terakhir yang melambatkan pergerakan.tak kisah lah janji aku dah selamat sampai..Kak Tie dan Faiz tunggu kau di garisan penamat..aku nampak kak Tie terus peluk dia kat situ jugak sebab too excited dapat habiskan 42KM!penat takyah cerita lah kan..Thanks Faiz dan kak tie sebab tungu di garisan penamat..nampak korang masa sampai terubat sikit kesakitan kaki yang aku alami..Masa aku sampai Faiz dah sampai awal 4 jam 44 minit.Izman dan Zarul pun dah sampai 5 jam 20 minit..Izwah ngan Sam jer belum sampai lagi.Kira aku orang last jugak ni..tak apa.janji habiskan larian.Tu target aku.


Tak larat nak berjalan dah.rehat kejap atas padang lepas ambik goodie bag finisher medal dan finisher tee..Masa mula mula berlari ngan Faiz sampai KM10..pastu aku tak larat suh dia pi dulu pastu terus tak jumpa dah..jumpa di finishing line jer .haha..My uncle pun ada masa ni beri hadiah pada pemenang..tapi kali ni tak sempat nak jumpa Dato' Ahmad Shabery Cheek..dia kena balik cepat.ada event lain kot.next time lah yer pokcik ku!


Berjaya menghabiskan larian 42KM sub 6 hours!!Congratulation to ajim ashaary!!


Kak Tie masuk Half Marathon 21KM..dia still tak nak join 42KM lagi.hehe..kami menunggumu kak Tie..Tahniah sebab buat Personal Best untuk half marathon kali ni.Congratulations!!nanti kita training sama sama kalau ada kesempatan.


Finisher Medal Full Marathon


Tahniah to all #Gengkakilari members yang buat First Full Marathon pada event ni..aku, Faiz, Izman, Zarul, Izwah, Fazu, Idot dan Sam..Congrats guys!!catatan masa kita tu semua Personal Best to beat dalam FM akan datang..we did it!!i;m proud of it..Alhamdulillah.Syukur pada Allah yang beri kekuatan untuk kita semua habiskan larian tanpa kecederaan yang serius.42 KM is tough!!seriously.now baru aku faham maksud 'Respect the distance'.


Edi buat half marathon jer masa ni..nanti join FM ya..biar semua #Gengkakilari tak dara dah..we are Full Marathon Virgin nomore!!Sakit tapi puas..kepuasan sebenar bila dapat challenge diri sendiri habiskan larian.tu kepuasan sebenar..dapat Finisher Medal dan Finisher tee tu even better..tapi i did this for myself..to challenge myself untuk push diri sendiri ke tahap yang lagi tinggi. and today, it all paid off.my target is just to finish the run and to enjoy myself for the entire run. I think i did it!! Congratulations to all the Full Marathon Virgin.No pain no gain..Respect the distances!!Insya Allah we'll meet again in another event!:)


Berjalan terhincut hincut..Kaki Kiri cramp dan tapak kaki sakit..


This year theme for SCKLM is Run for a Reason..and all i can think of the reason i did this - for my late dad..aku buat ni untuk arwah ayah. and why?because arwah ayah mengajar aku supaya jangan mudah mengalah dan terus berusaha untuk capai kejayaan dalam kehidupan..Banyak yang arwah ayah dah tunjuk masa zaman kegemilangan dia dulu..he achieved so much, and today i want him to see me doing something that i never thought i will do it..and arwah ayah lah antara faktor aku percaya pada diri sendiri dan berusaha untuk mempertingkatkan usaha dari sehari ke sehari..semoga arwah ayah tenang di sana..Al-Fatihah.


Finishing this marathon is the one thing in my life that I am most proud of...I had finally done something that I wasn't sure I could do. And I had not only done it, but done it within the cutoff time. If you've never run a race, it's NOT impossible. If I can do it, anyone can. I began this journey started last year in SCKLM 2011 with 5 KM, and today I'm a marathoner! Of course my both leg hurts so bad, and I couldn't walk properly since arrived at finishing line, but remember that the pain is temporary, the pride is forever..I did it anyway! to all of my friends, Nothing is impossible..follow your dream and just do what you want to do.after all life is short..

Congratulations to me,again..:)

*Racing is pain, and that's why yo do it, to challenge yourself and the limits of your phsycal and mental barriers. You dont experience that at your home in a couch while watching television.. 
 

my route for 42 KM in SCKLM 2012..Rasanya dah satu KL aku round..:)
 

4 comments:

Muhammad Ikhwan said...

really inspired me bro. saya 12 kilo pon dah lutut longgar. hehe

RaYzeef said...

Congrats and good job finishing your first FM :)

More to come ya, sila register PBIM FM, jangan serik-serik, kalau insaf sekejap jelah tu :p

anGin said...

terbaikla bro.kitorang pun join gak tapi 10kilos je.tu pun dah tahap nyawa2 ayam masa nk smp finishing line.memang salute la korang yg buat FM.congratz!

Unknown said...

Thanks for sharing bro.. Inspirational.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails