Uishh..
Agak lama jugak aku tak buat segmen dari dapur AXIMUD ni. Kisahnya malam tadi rajin pulak nak memasak. Duk tengok Sotong ada dalam peti (mak kirim masa balik kampung dua minggu lepas.). Beras pun ada. So cadangan nya ialah nak buat Nasi Goreng Sotong..tapi kena buh cili padi baru ngam.Aku mempunyai pertalian yang sangat erat dengan Cili Padi. Ahli keluarga aku faham lah maksud aku ni.hehe
Tumis Bawang Putih then masukkan sotong sampai masak..pastu masukkan sos tiram sikit..Ambik Udang Kering segenggam dan tumbuk seara hancur..masukkan sekali dalam bahan tumisan ni.Pastu ambik nasi putih hancur hancurkan then tabur dalam kuali dan kacau..Masukkan daun celery + carrot + cili padi + garam. Gaul hingga rata dengan api besar..then rasa.kalau sedap sila tutup api.Nasi Goreng siap!!!!
Aku rasa nak buat nasi Goreng ialah benda paling senang dalam dunia ya.hehe..
Maka siaplah Nasi Goreng Sotong Cili padi versi AXIMUD. resepi ni tak boleh jual kat kedai kalau tak mesti bangkrap sebab kandungan sotong yang banyak. Sotong bukan murah sekarang..sekilo RM18 kalau kat Penang..kat kampung aku dapat lagi sekilogram RM14..Selamat mencuba resepi ni ya!!gandingan Udang kering dan cili padi adalah sebagai penguat rasa bagi menu kali ini.Kalau tak tahan pedas jangan letak banyak yer cili padi.kang sakit perut.
Salam bertemu lagi di dapur akan datang!!
2 comments:
giler sedap camna ntah bila tgk nasik goreng sotong ko nih ajim... terliur bro! mesti cuba nih... mmg trangkat abess... hahaa
Bestnyer terliur malam ning cuba buat
Post a Comment