Majlis berbuka puasa bersama keluarga terdekat
Macam-macam lauk pauk yang ada.Kami jadi Tuan Rumah
Tahlil dan Bacaan Yassin khas untuk arwah ayah
Pakcik ku dan sepupu sepapat
Berbagi hamper dan gift sempena raya
Mercun dan bunga api
Moreh selepas solat taraweh
Meet our new family members, Nor Kamila Tagayeva (anak Ain + Yunus)
Selesai
majlis berbuka puasa bersama keluarga terdekat malam tadi, 28 Ramadhan
1433H di kediaman Allahyarham Tuan Haji Ashaary Chik..Selesai solat
maghrib kami mengadakan bacaan yassin dan Tahlil untuk semua yang telah
pergi meninggalkan kami semua khususnya
buat Arwah ayah..Kemudian disusuli solat isyak dan solat taraweh
berjemaah..Berkumpul bersama-sama sebegini adalah acara tradisi setiap
tahun keluarga kami di penghujung Ramadhan sebelum menyambut
Aidilfitri..
.
.
Alhamdulillah walaupun arwah ayah telah pergi tradisi ini
masih diteruskan.Berjumpa saudara mara dan anak-anak buah/anak anak
sepupu yang semakin membesar..semoga Ukhuwah dan ikatan kekeluargaan
kami akan berkekalan sampai bila-bila.
.
.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment