24 oktober 2013.
Hari ini genap sebulan saya di sini. Sebulan. Dan itu sudah cukup untuk saya ber eksperimentasi dan membiasakan diri di tempat kerja baru. It's not that hard because this is where I coming from anyway. Suasana tempat kerja di sini berbeda dari yang terdahulu. Lebih friendly dan kurang formal. Mungkin kerana budaya berbeza. Dan rata-rata bercakap loghat yang sama. Maka jurang antara satu sama lain lebih rapat. Hubungan antara saya dan boss serta subordinate juga quite ok. For now. Moga bertahan sampai bila-bila. Sekurangnya itu apa yang saya rasakan sekarang.
Di sini lebih tenang.
Tidak perlu bersesak atas jambatan pulau pinang untuk ke tempat kerja. Tidak perlu habiskan masa hampir 45 minit di atas jalan raya untuk ke pejabat. Jarak kuarters ke stesen sini tidak sampai 10 minit perjalanan. Cukup jimat, insya Allah. sedang berfikir untuk membeli basikal sebagai tunggangan ke tempat kerja. Environmental friendly dan dapat exercise sekali di pagi hari.
Bercakap pasal jimat, di sini tiada shopping mall yang gah. Yang ada cuma lah Mesra Mall Kemasek. Berbanding di Penang banyak shopping mall yang tersohor seperti queensbay mall, gurney plaza, gurney paragon etc. Maka nafsu membeli belah lebih terkawal kerana outlet di Mesra Mall tiada yang menarik bagi saya. Mungkin ada. Tapi tak banyak pilihan. Syukur juga. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit lantas bagaimana kita mahu bersyukur dengan yang banyak? Tunggu jika ke KL atau ke rumah mertua di Penang, mungkin baru nafsu shopping menjelma.
Jujurnya agak mati kutu pada dua minggu pertama di sini. Tiada tempat ingin dituju. Sudah bosan asyik mengusung kereta ke mesra mall. Bila malam hanya ada beberapa kedai makan yang tersedia. Tiada kedai mamak 24 jam. Tiada lagi nasi kandar sedap.Tiada lagi char kueytiow, mee udang, samosa sedap, mee sotong padang kota, pasembur dan yang sewaktu denganya. Tapi apa kurang nya nasi minyak, nasi dagang, laksam, laksa kuah putih terengganu keropok lekor dan satar.. sama hebat dan sedap. Battle of food takkan berkesudahan sebab lain negeri lain lah signature dish nya. Bertuah sungguh bumi Malaysia kita. Yang paling ketara di sini budaya nya bukan budaya makan di luar. Kebanyakannya memilih untuk makan di rumah. Rata-rata rakan kerja saya sebegitu. And it's a good thing. Tak perlu membazir sangat makan di luar saban waktu.
Masa untuk diri sendiri.
7 tahun di Penang, sudah saya pergunakan untuk melebihkan waktu untuk diri sendiri. Keluarga jauh di Kemaman Terengganu. Ada kesempatan menjenguk orang tua, baru nampak batang hidung. Selebihnya semua aktiviti untuk diri sendiri dan bersama kawan-kawan. Busy dengan travel dan join running event serta aktiviti alin. Mungkin Tak salah. Cuma kadang-kadang priority nampak tidak kepada keluarga sendiri. Tidak kepada ayah dan mak. Dan di situ lah kesilapan sebenar. Bila ayah sakit baru mula buka mata. Dan sekarang ayah sudah tidak ada, cuma mak yang tinggal di dunia. Semoga arwah ayah tenang di alam sana.. maafkan saya ayah sebab tidak sempat untuk balas jasa ayah dengan sebenar benarnya.. Allah sudah tarik kesempatan itu.
Sebagai anak, kadang kita tidak sedar yang kedua ibu bapa semakin di mamah usia. Kita semakin sibuk dan tidak mempedulikan mereka sangat kerana ada komitmen lain. Kita semakin buta dan ibu bapa semakin tua. Maka kesempatan yang ada pergunakan lah sebaiknya sebelum nanti kita yang berputih mata. Sebelum mereka pergi dijemput illahi dan kita pula akan meratap hiba. Masa yang sudah berlalu tidak dapat ditebus kembali. Bermula lah dari sekarang untuk tunjukkan pada mereka yang kita care dan concern. Itu pun sudah memadai buat kedua ibu bapa kita.
Alhamdulillah, Allah beri peluang pada saya untuk pulang bekerja di sini. Di kampung halaman sendiri. Tempat saya dilahirkan dengan penuh susah payah oleh mak. Tempat kebanyakan ahli keluarga saya berkumpul. Tempat yang penuh dengan rasa cinta, Pengorbanan dan kasih sayang. Acuan dari arwah ayah yang membentuk keluarga kami seperti hari ini. Terima kasih Allah. Atas kesempatan ini. Atas kesempatan untuk bersama keluarga. dan paling penting dapat tengok-tengok kan mak yang sudah mula tidak berapa sihat sekarang. Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan pada mak untuk mengharungi hari bersama anak-anak nya di sisi.
Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan,
“Dan Tuhanmu telah
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang
di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
(QS. Al-Israa: 23-24)
Dugaan dan cabaran pasti bersilih ganti. Pengagihan masa yang baik untuk semua pihak amatlah penting. But that's the whole point here right? You can't always get what you want. Allah akan beri kepada kita apa yang kita perlu dan kadang-kadang bukan apa yang kita mahu. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Saya sentiasa percaya itu.
Untuk tahun-tahun seterusnya di sini, moga Allah sentiasa beri semangat dan kekuatan untuk saya tabah mendatangi hari walau penuh rajau dan onak duri.
*membilang waktu. Waktu kapan sang isteri akan pulang ke sini bersama suami. Sebab tempat paling baik buat isteri adalah di sisi suami.. bukan berjauhan sebegini.
-Selesa dengan ruang pejabat baru saya di sini. Ada bilik sendiri dan lebih selesa untuk berkreativiti.-
No comments:
Post a Comment