Followers

Friday, January 24, 2014

KISAH MAKANAN HALAL DI MYANMAR

Komuniti islam di Myanmar adalah minoriti. Secara keseluruhan lebih 50 juta penduduk Myanmar dan 20% daripada nya adalah muslim. Tapi pemerintah myanmar cuma mengiktiraf 4% sahaja dan selebihnya di anggap pe...ndatang asing.

Ketika berada di Yangon, alhamdulillah tidak sukar untuk mencari makanan halal. Dengan kewujudan beberapa buah masjid di sekitar bandar yangon, makanan halal juga wujud di kawasan sekitar masjid. Ada restoran nasi briyani dan ada juga restoran masakan panas. Seleksi makanan pula tidak kurang bezanya dengan negara kita. Sempat singgah di restoran black canyon coffe, tetapi tidak mencuba makanan di situ kerana bercampur antara yang halal dan tidak.

Untuk mengenali restoran halal di sini adalah mudah. Jika ada tanda bismillah ataupun tulisan Allah Muhammad, inaya Allah itu restoran halal. Beberapa restoran halal yang dikenalpasti di sekitar bandar yangon - new delhi restaurant, inwa restauran, nilar briyani, penang muslim restaurant, kss restaurant.

Ada restoran halal yang ditandakan dengan nombor 786. Yang mana ianya dikatakan bermaksud 'bismillahirrohmanirrahim'. Kenapa 786? Sebenarnya itu cara mereka menukarkan huruf jawi kepada nombor dan ada perkiraan tertentu, menjadikan bismillah sebagai 786. Jangan jadikan hal ini sandaran kerana ianya bercanggah dengan islam. Tidak ada dalam syarak cara sebegini. Sekadar untuk panduan sahaja. Malah fatwa di Malaysia banyak sudah mengharamkan mana-mana restoran mamak yang menggunakan kod 786 di premis makanan.

Ok berbalik kepada kisah halal di Myanmar.

Aku juga berkesempatan untuk ke pasar pagi di sini. Melihat street food yang dijual timbul rasa keinginan untuk mencuba. Tapi tak berani sebab status adalah diragui. Kebetulan satu malam lalu di lorong india muslim dan ada street food seperti roti canai, samosa, bergedel daging, karipap dan beberapa kuih lain. Singgah untuk makan malam setelah selesai solat isyak berjemaah bersama penduduk tempatan di masjid berhampiran.

Suatu yang unik, warung tepi jalan nya kerusi dan meja adalah kecil dan comel. Sesuai untuk orang kerdil. (Rujuk gambar) Tapi itu lah kehidupan di sini. Yang menarik perhatian, di waktu malam tiada wanita atau perempuan yang akan makan di tepi jalan sebegini. Cuma lelaki sahaja. Itu budaya di sini. Harga street food di sini adalah murah. Status halal insya Allah. Takut juga kalau sakit perut tapi demi sebuah pengalaman di tempat orang, cuba sahaja lah. Tawakkal kepada Allah moga perut tidak meragam. Alhamdulillah tiada apa apa berlaku. Dan pengalaman ini tiada nilainya!

Sebelum ke yangon Myanmar aku sedikit gusar tentang makanan halal. Jadi ini aku berpesan, banyak makanan halal dan diyakini status kehalalannya di yangon, Myanmar. Tidak perlu risau dengan makanan. Dan porsinya juga adalah banyak bagi satu hidangan! Komuniti islam adalah sedikit, tapi jika mereka bersatu insya Allah pihak pemerintah Myanmar tidak akan sewenang-wenangnya menidakkan status kewarganegaraan mereka semata-mata kerana sentimen agama. Krisis di Myanmar barat masih belum pulih, mudah-mudahan Allah selamatkan dan peliharakan semua umat islam walau di mana jua kita berada.

Wallahualam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails