Bismillahirrohmanirrohim.
Lama sungguh rasanya saya tidak bersiaran di sini. Kali ni nak kongsi cerita mengenai event yang sungguh best pada last weekend 18 Oktober 2014. Event KL fabolous Food Hunt. ini kali kedua aku join this event. Last year join dengan Faiez dan Riduan (Boleh klik sini untuk event tahun lepas punya review).
18 OKTOBER 2014
Tempat starting point ialah di MATIC Ampang. Malaysian Tourism Center. Ter awal lah pulak sampai.. malam sebelum nya aku checked in di Ancasa Hotel (rujuk entri sebelum ni). then pagi tadi kak tie datang ambik aku kat hotel, kitorang sarapan pagi sama sama then terus ke MATIC ni.. orang tak berapa ramai lagi masa kami sampai.. dua orang team member kami yang lain dah sampai. satu team 4 orang. Bayaran pendaftaran untuk setiap team ialah RM200.
So this is my new team member. Team tahun lepas dah terkubur. hehe.. Introducing TEAM CUKUP MAKAN - Gme, Romzy, Azim dan Kak Tie. Team ni terbina secara bidan terjun sahaja. Kisahnya aku dapat email daripada crew Food Hunt sebab dah join last year. so aku bagitau my sister minta dia register kan. Ahli aku serah pada dia untuk letak sapa dua orang lagi. kebetulan member runner dua orang ni available so kitorang pun setuju untuk form team. nama cukup makan tu aku spontan jer bagi kat Kak Tie masa dia nak register. so here we go - Team Cukup Makan bersedia bertanding dengan team yang lain!!
As usual event macam ni ramai runners yang akan join. ambil kesempatan lah untuk bersua muka dan beramah mesra dengan team team member yang lain. event ni bukan berlari sangat pun. just kena makan laju laju dan kena cepat based on luck jugak. not that challenging tapi for fun why not? for me, challenging atau tidak bukan jadi masalah. janji we all have so much fun itu dah lebih dari cukup.
With model sambilan, Ridwan Mustapha
Dengan Team yang dapat top 10 tahun lepas, Team Mak masak lagi sedap. ni geng azuan azmil ni.. kalau hunt hunt yang lain Azuan pasti akam ada. tapi sebab event ni lebih kepada makan makan so Azuan tak ada lah. orang jaga badan mana boleh join event macam ni. Nice to meet you guys! jumpa di finishing line nanti!
Team Shamroslee, Team Perut Comel. catchy sangat nama team. memang comel comel perut dalam team dia. tahun lepas pun diorang quite good jugak dapat place. aku tak ingat..
Bergambar sementara menanti race briefing
Dalam jam 9.30am race briefing bermula. Actually formatnya dah tak sama macam tahun lepas. organiser nya pun dah lain. aku ingat kan sama. kesian member aku siap ada dah beli News Strait Times sebab aku cakap tahun lepas ada soalan yang jawapannya kena cari dalam paper tu.. sekali format nya dah lain. sorry ya my friend!
Semua khusyuk mendengar.
Ketua kumpulan semua Beratur untuk ambil sampul surat senarai restoran yang perlu kami pergi untuk makan. Thanks azlan aiman for this pic.
So here we go.. Ada 9 Restoran yang perlu kami pergi untuk makan-makan. flag off time jam 10am. so first thing we have to decide which place is gonna be the first place to go. A day before kami dah chartered Taxi (taxi yang sama last aku pakai tahun lepas). so cari teksi dan kami decide dalam teksi untuk pergi tempat yang paling jauh iaitu Mie Cord Char Kuey Tiow di Kampung Sungai Penchala. Lokasi tak tahu so gugel saja lah. masing masing gigih lah duk gugel last last dapat lokasinya berdekatan dengan Restoran Sambal Hijau. Romzy orang Damansara so dia tahu lah tempat area tu. and the race already begin! naik teksi siap boleh nampak team perut comel memintas teksi kami. persaingan pasti sengit.
Sampai di Mie Cord Char Kuey Tiow, dah ada team yang sampai sini. tak lah ramai sangat so tak beratur panjang sangat.. dia masak satu satu so memang lambat nak tunggu. first task Gme makan dulu. aku dan Kak Tie siapkan puzzle yang ada dalam sampul. Romzy beli kan gam dan kami sama sama berusaha untuk siapkan puzzle. strateginya puzzle siap dulu sebelum setelkan acara makan makan. maaf gme tak sempat aku nak ambik gambar ko makan sebab khusyuk sangat siapkan puzzle. yang bestnya gam main tuang terus atas simen sebab nak cepat. kelasssss..Gmje dah selesai makan kami masih tak siap lagi dengan puzzle ni. tapi strategi tetap strategi, kami siapkan juga dulu supaya tak kelam kabut di akhir nanti. ada team aku dengar campur char kuey tiow dengan air sirap sebab nak telan panas panas susah.. macam macam lah korang kan.. janji cepat habis makan.
Selesai task pertama terus kami masuk dalam teksi dan gigih mencari lokasi tempat makan seterusnya. kami decide untuk ke Bandar Tun Rzak iaitu Family Corner. gigih lah Gme dan Kak Tie dan Romzy telefon kawan masing masing nak tanya lokasi family corner tu. gugel tak dapat jumpa.. so drebar teksi tu pun beri pandangan katanya dekat area BP bandar Tun Razak. itu je lah BP yang ada kat bandar Tun razak. Bukan besar sangat pun kan area tu. Akhirnya kami dapat cari dan lucky sebab tak ramai orang lagi di sini.
Task kedua ni aku offer diri untuk makan. Makan Laksa Penang jer. sedap.. tak sampai 3 minit dah habis aku hirup semua. makan laju macam ni memang takde maknanya lah kan nak enjoy rasa laksa. just nak cepat habis supaya boleh ke restoran yang berikutnya pulak. selesai makan terus cari teksi nak ke Sup Meletup Bandar Permaisuri. Ada lah a few friends yang tanya mana family corner. so aku bagitau je lah lokasi nya. walaupun yang tanya tu competitor but nothing to lose. persaingan sihat. enjoy. for fun. tak perlu nak kiasu sangat.
here we are at Sup Meletup Bandar Permaisuri
Gme kata dia nak makan sup ni sebab dia lapar. tapi portion sup meletup ni sikit jer. so takde masalah nak habiskan. Siap jumpa Mizan Rosli dan sorang lagi kawan dia kat sini.. Peserta tak ramai lagi kat sini. ada yang minta share kan location. no problem. hantar jer. kawan-kawan punya pasal. kawan lagi penting dari event ni kan? :)
Tak sempat nak ambik gambar sup. dah habis!!memang terrorist lah. hehe
Perhentian yang seterusnya ialah RESTORAN ASAM PEDAS SETIAWANGSA. Ramai yang familiar area sini so tak jadi masalah kami nak cari.. agak keliru jugak masa nak masuk simpang nasib baik romzy punya guts bring us accurately here. untuk cabaran ni memang Romzy nak makan sebab kesukaan dia ialah Asam Pedas..
Masa kami sampai agak cuak sebab ramainya team dah sampai sini.. macam rasa agak terlewat tapi takper. kena teruskan juga.. Team faiez team aizat team Zack team Maman semua dah ada sini.. seronok tengok diorang makan laju laju. hehehee..
Memang enjoy tengok Romzy makan sebab dia makan dengan penuh sopan dan santun.. rasa macam nak tolong suap kan rasanya. hehe.. takpe takpe.. tahun depan kalau ada nasik lagi boleh cuba makan laju laju sikit ya.. Asam Pedas Pari ni sangat sedap kata Romzy.. memang terliur tengok tapi apakan daya sorang peserta jer boleh makan.. siap kuah semua kena hirup.. then kami beredar ke Check Point yang seterusnya!
Next : Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
Kak Tie makan Burger Bakar ni.. dekat dengan area setiawangsa juga. memang bersaing sengit sekarang.. Burger bakar ni tebal so kak tie makan satu satu.. makan daging dan roti asing asing.. cuma takde air disediakan takut peserta tercekik kot.. kak tie kata burger ni sangat sedap.. cuma tak enjoy lah makan macam ni..go kak tie go!! you can do it bebeh!!
Setiap kali lepas makan kena cop di setiap checkpoint. jangan terlupapulak.. sia sia saja nanti sebab masa adalah sangat berharga dalam event ni.. habis di check point Burger Bakar kitorang terus menuju ke Restoran seterusnya - Dapur Muor Asam Pedas di Platinum Wlk Danu Kota.
Setiap kali lepas makan kena cop di setiap checkpoint. jangan terlupapulak.. sia sia saja nanti sebab masa adalah sangat berharga dalam event ni.. habis di check point Burger Bakar kitorang terus menuju ke Restoran seterusnya - Dapur Muor Asam Pedas di Platinum Wlk Danu Kota.
Cabaran di Restoran ni ialah makan mee bandung.. Mee bandung Muar is one of my faveret meal. so aku step up untuk makan pulak.. Sekali kuah panas ya. melecur lidah. Tapi rasanya sedap. I like.
rasanya aku suap 4 kali jer terus habis
Kena habiskan air pulak.. Lepas habis event ni memang kena repeat datang makan di Restoran ni lagi. sebab mee bandung nya aku suka.. memang nak cepat jer masa ni sebab masa semakin suntuk.. Rasanya maybe dah ada orang sampai di garisan penamat.
Restoran seterusnya ialah MZ DARUL NAIM. yang ni tak payah gugel sebab Kak Tie tahu tempat ni.. Makana Pantai Timur.. so Kak Tie offerkan diri untuk makan di sini.. kita tengok apakah yang bakal dihidangkan.. jeng jeng jeng...
NASI DAGANG!!!
Maka melahap lah kak ie makan nasi dagang itu.. besungguh sungguh makan telan dan tolak dengan air sirap.. time cuaca panas ni memangsedap sangat air sirap. tapi apakan daya dalam mood race. o tak boleh nak minum minum.. drebar teksi pun kami tinggal tepi jaan besar.. kalau nk masuk ke area sini alamatnya jem lah..
Saya ialah adik yang setia memberi sokongan supaya kakak tidak tercekik makan nasi dagang ni secara ekspress.. selesai makan kami terus berlari menuju ke teksi .. sekali teksi silap masuk jalan bas.. nk lalu tak boleh sebab bas berhenti.. nasib baik boleh undur dan keluar balik ke jalan besar. kalau tak alamatnya kami tak dapat nak capai target top 30 lah. actually dari awal lagi target kami nak dapat top 30 sahaja. sebab hadiah ada sampai top 30. so nasib baik teksi dapat meloloskan diri dalam jem yang amat. terus kami menuju ke Kampung Bharu untuk restoran seterusnya.
Agak keliru mula mula nak cari restoran ni sebab tak pernah dengar.. dalam gugel cuma kata baris masjid. so azmi telefon member yang dah sampai sini untuk confirmation. betul lah. satu baris dengan masjid kampong bharu. atas sikit then kami jumpa dengan Restoran ni.
Tu diaaaa aihh.. nasi dengan Telur itik masak gulai lemak cili padi. Nampak sangat sedap. Romzy pula makan di cabaran kali ini sebab dia baru makan sekali.
Saja lah aku bergurau dengan orang yang sediakan makanan ni minta sepinggan aku nak makan jugak. dia kata satu team satu hidangan jer. cehh. kalau dia bagi pun apa salahnya kan.. lapar tengahari macam ni..
tepuk tepuk belakang biar laju sikit makan.. :p
Akhirnya Romzy selesai makan. Part paling best bila crew kat sini kata cepat gerak ke Kompleks Craft ya.. your group ada harapan dapat Top 10 ni.. Terus kami berkobar kobar semangat nak ke checkpoint terakhir.. masih stick dengn target asal kami iaitu nak dapat Top 30.. kalau dapat Top 10 tu Alhamdulillah sesangat lah kan.. so terus minta Drear Teksi bawak selaju yang mungkin menuju ke tempat Check point terakhir di Kompleks Kraf jalan Conlay
Sampai di Kompleks Kraf terus kami hantar Puzzle then dapat cop untuk ke Check Point makan yang terakhir di kantin bawah. berlari lari masa ni.. sebab sangat sengit ya. Rami group dah sampai.. we didn't know sama ada masih punya harapan atau tidak. yang penting selesaikan cabaran secepat mungkin. Cabaran makan terakhir Gme akan makan.. Nasi putih dengan masak tempoyak ikan patin. Makan laju gila.. sangat lahap sampai berterabur Nasik kat tepi mulut. heheheh..
NASI MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN
Selesai makan yang bestnya Gme tak basuh tangan dah.. kitorang terus gerak ke Pentas Kompleks Kraf ni sebab nak kejar nombor.. lari tak hengat.. mujur lah ahli kumpulan semua runner so mampu rampas dua tempat orag depan kami yang sampai lagi awal tapi tak dapat nak declare finish because semua ahli member tak sampai sama sama.. so bila dia ambik kertas kitorang and bagitau kami dapat tempat ke 24 unofficial memang berteriak dan bersorak lah kitorang atas pentas tu.. target top 30 kan?? so dapat top 24 tu dah kira cukup bagus.. Alhamdulillah!!:)
Then ada member Tanya aku. Korang seronok sangat sangat ni menang ker?? aku just senyum jer lah. For me, menang atau tidak bukan masalahnya. yang penting kami have fun dan capai target yang disasarkan dari awal permainan. no point you join this event tapi tak have fun dan tak enjoy. Baik balik rumah layan cerita pokemon lagi best kan. so dear my friend, we play for fun and atas semangat setia kawan. tak rasa nak kiasu atau apa. menang atau kalah belakang cerita.. :)
yeayyyyy kami dah sampai!!
Thanks to our drebar teksi encik Dawamus.. tahun depan boleh lah kita bekerjasama lagi dengan format lain.. dia ambik satu jam RM25 jer.. tapi kami pakat pakat bayar lebih kat dia.. tak apa lah.. rezeki dia hari ni.. Janji tahun depan kita bersua lagiya.. Insya Allah..so kami setelkan bayaran then masuk ke café semula.. waktu kami sampai ialah 1.15pm.. lewat ikit dari target nak habis sebelum jam 1pm.
Seemntara tunggu semua peserta lain sampai, kami lepak lepak minum dulu.. sambil buat post mortem.. seronoknya dapat jumpa kawan kawanrunners.. bersua muka berkongsi cerita.. look at the bright side lah pada yang tak data top 30 tu.. at least kita having so much fun kan.. dapat jumpa kawan kawan macam ni.. berhibur santai..
Persembahan sementara menanti VIP tiba
Lama jugak lah menunggu dalam dewan ni.. ada yang gi solat dulu. kemudian ada minuman petang disediakan.. ada kuih kuih tapi tak ambik pun.. malas nak beratur kt belakang.. gi minum air jer..
Siap ada yang offer menyanyi atas pentas.. cool lah korang
Terjumpa Khalil dan isterinya yang join this event jugak..Khalil is my school mate masa sekolah menengah dulu. Shah pun ada jumpa. ramai member yang tak pernah jumpa sebelumni dapat jumpa bila ada event macam ni. Then VIP tiba maka majlis pun bermula.. sessi penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah.
Alhamdulillah dapat naik pentas walaupun dapat tempat ke 24 sahaja. next year boleh join lagi to improve kedudukan. ok lah for the first timer kan. aku jer yang da join tahun lepas, diorang ber 3 first time). Tengok group lain banyak hantar wakil jer. kami tak kira. naik lah semua sekali.. bila lagi nak merasa ambik gambar kannnnn..
Team yangTop 5. Tahniah korang!!
So ini lah yang kami dapat. cash RM200 dan sijil penyertaan. Ok dah tu dapat balik modal penyertaan. tapi duit tu diorang akan bank in kan nanti.. tak kisah lah. again I repeat, kalau atau menang our group tetap tak kisah.
Majlis di akhiri dengan persembahan dari Jalil Hamid. nyanyi lagu apa ntah. Orang lama menyanyi mestilah ramai yang suka.. so dari Tempat Kompleks Karangkraf ni kami bergerak ke Food Republic Pavilion untuk makan betul. tadi masa race makan main main jer.. then lepak kat Coffee bean Low Yat Plaza seelum masing masing balik..
Thanks again to all of my team members ya!! Insya Allh nanti tahun depan kita berentap lagi dengan team team lain yang hebat tuh.. Korang memang awesome dan mintak halalkan mana yang terlebih atau terkurang!!
Adios Amigos! Nanti kita cerita lagi.
Kbai.
No comments:
Post a Comment