Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Seketika kehidupan melayang kembali ke tahun 1999.
Zaman persekolahan. Sekolah menengah. SMKARA. Tingkatan 3. Ketika itu ada tawaran untuk memasuki Maahad Tahfiz Padang Midin Kuala Terengganu. Perlu ditemu duga dahulu. Tak silap saya, ada 4 orang dari batch kami minta iaitu Mahadi, Noorul Hafiz, Nik fairul Irwan dan juga saya. Untung-untun...g dapat diterima masuk dan bakal bergelar hafiz. Hafal al-Quran. Kitab Allah. Dan mak serta ayah orang yang paling kuat menyokong permohonan saya. Mudah-mudahan dapat diterima.
Keputusan temuduga - hanya 2 orang berjaya mendapat tempat. Mahadi dan Noorul Hafiz. Saya dan Nik Fairul tak dapat. Sudah nasib badan. Ok. Tak dapat. Maka kami rangka satu perancangan. Kami berdua akan hafal juga al-Quran walau apa cara sekalipun. Tak dapat ke Maahad Tahfiz, di sekolah ini pun boleh hafal Quran. Itu apa yang kami berdua putuskan. Jadi setiap malam selepas isyak kami berdua akan berjumpa di masjid. (Sekolah berasrama maka tak ada masalah untuk plan ini). Berjumpa di masjid dan mula menghafal al-Quran bermula dari sirah al- Baqarah.
Ketika itu dalam satu minggu dapat hafal 1 muka surat. Memang agak sukar kerana hanya kami berdua jadi pendorong masing-masing. Support system tidak mencukupi. Tapi berdoa moga Allah permudahkan. Cukup 1 bulan dapat lah hafal kurang lebih 5 muka surat.
Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.
Selepas sebulan, Nik Fairul Irwan dapat surat tawaran dari Maahad tahfiz Padang Midin. Dia diterima masuk. Saya pun tak pasti macam mana. Mungkin ada pelajar yang dapat tawaran tidak mendaftarkan diri. Maka nama dia sebagai calon gantian. Mungkin. Saya tak jelas hal itu. Tapi yang pasti, saya sedikit sedih dan terkesan. Kerana itu bermakna saya akan keseorangan dan bagaimana dengan hafalan yang baru sahaja dimulakan? Nik yakinkan saya supaya teruskan juga walau seorang diri. Dia kata minta dengan Allah. Agar Allah permudahkan urusan.
Tidak semudah yang disangka. Nik ada mengutuskan surat memberi sokongan. (Kelakar juga jika di ingat kembali kerana zaman itu tiada telefon bimbit ataupun emel. Hanya surat tulisan tangan). Terima kasih teman atas sokongan dan galakan. Tapi Akhirnya saya tewas. Tidak mampu untuk meneruskan hafalan al-Quran seorang diri. Jiwa remaja. Memberontak dan emosi tak menentu. Ketiadaan support system yang betul, perlahan-lahan rancangan hafalan itu hanya menjadi kenangan. Terkubur tanpa sempat jadi kenyataan. Lama-kelamaan ianya sepi bagai dibawa angin lalu bertebaran..
Maka kehidupan seterusnya adalah kehidupan yang saya lalui sehinggalah saya jadi seperti siapa diri saya sekarang. Saya tidak hafaz al-Quran. Alhamdulillah berkat ajaran mak dan ayah boleh baca Quran dengan baik. Itu sahaja. Maka Impian mak nak tengok saya jadi hafiz quran tidak kesampaian. Ada lah hafal sedikit surah. Tapi sekadar cukup makan saja lah.
Semua yang berlaku di dunia ini HANYA lah dengan izin dari Allah.
Walau apa pun, saya tetap yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Ada perkara lain Allah dah tetapkan untuk saya. Mungkin saya tidak mampu untuk menggalas amanah menghafal Quran di pundak. Mungkin sampai suatu masa saya akan terkandas. Mungkin. Allah lebih mengetahui tiap sesuatu yang tidak kita ketahui. Allah cipta kita. Cipta saya. Cipta kamu. Jadi mana mungkin Allah tidak tahu keupayaan hamba-Nya. Allah tak akan membebani seseorang melainkan atas kesanggupan dan kemampuan hamba-Nya. Allah tak zalim. Saya yakin itu! Jadi bila difikirkan balik tak mengapa lah. Apa saja yang Allah buat pada kita semuanya ada sebab. Penuh hikmah.
Zaman berlalu. Dan masing-masing sudah menjadi dewasa.
Mahadi sambung belajar di Jordan dengar khabarnya. Sudah jadi pensyarah di UNISZA dalam bidang berkaitan. Noorul hafiz pula sambung belajar dan bekerja di tanah suci Mekah. Khabarnya dia dah jadi penterjemah khutbah jumaat di Masjidil Haram. (Alhamdulillah! Saya tumpang gembira). Nik Fairul Irwan (lebih mesra dengan pangilan ayub) pula sekarang sambung belajar di mekah dan ada menguruskan sedikit sebanyak hal berkaitan travel agency untuk umrah dan ziarah ke kota Mekah dan Madinah.
Allahurabbi.
Mereka semua sudah punya kehidupan yang di impikan. Bertitik tolak dari penerimaan masuk ke Maahad Tahfiz itu. Allah telah beri sesuatu untuk mereka. Bukan maksud saya menyesali takdir. Bukan. Bahkan saya percaya apa yang Allah telah rancang untuk kita semua adalah yang terbaik. Kehidupan yang saya lalui selama ini pun semuanya adalah kurniaan dariAllah semata-mata. Bukan dari makhluk. Apa yang Allah telah beri sebenarnya lebih dari cukup.
Jalan hidup setiap daripada kita tidak sama.
Bersyukur lah jika kita dikelilingi orang-orang baik. Sebab jika Allah menginginkan kita jadi baik, Allah akan letak kita dalam lingkungan orang-orang yang baik. Jadikan contoh dan teladan kawan terdekat untuk mula memperbaiki diri dari sehari ke sehari sesuai dengan kehendak dan peraturan Allah. Sesuai dengan syariat Allah. Sebab harus di semat dalam ingatan kita bahawa Allah tak perlu kan kita. Kita sebagai hamba-Nya lah yang amat memerlukan Dia saban waktu.
Untuk sebuah persahabatan yang pernah wujud (malah saya rasa ianya masih ada sebab rasa seperti keluarga sendiri bila berjumpa baru baru ini di Muaisim Mekah), saya doakan ustaz ayub aman bahagia tenang di bawah rahmat Allah bersama isteri tercinta di Bumi Haram Mekah. Anak dah nak masuk dua, semoga membentuk keluarga mawaddah wa rahmah. Saya beritahu ini pada dia, dan dia pun doakan kebaikan yang sama untuk saya.
Salam bertemu lagi teman. 15 tahun itu tempoh masa yang lama. Allah pertemukan lagi kita di bumi berkat ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. pertemukan lagi kita di masa akan datang. Atau Di dunia lain akan datang. Sesungguhnya bertemu dan berpisah kita ini adalah dari rahmat dan kasih sayang Allah semata-mata.
Akhirul kalam.
Azim ashaary
13 Rabiulawal 1436H
4 January 2015
Kota madinah al-Munawwarah.
8.16pm
5 comments:
Sedihnya baca.... esp bab kena tinggal sorang2 menghadapi tujuan yg kelam tu... dan berjumpa kembali setelah berbelas tahun...
masa... satu anugerah yg tak boleh ditarik kembali... kalau lah kita dikurniakan Allah satu anugerah terhebat iaitu kembali kepada masa silam... ke masa manakah yg kita nak pergi?
abg selalu berangan ada nya peluang macam tu... tapi sebenarnya kita selalu dianugerahkan peluang tu... tak percaya cuba tengok 10 tahun lepas atau 5 tahun lepas, tidakkah kita dapat peluang yg sama untuk tidak berlaku hal2 yg sama tapi tetap kita ulangi... (ohhh I am taking to myself... huwaaaa).... nice but sad story...
Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus SINGAPUR 4D KAMIS 19 FEBRUARI 2015 DENGAN ANGKA [9394] Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 500 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]
seronok + sedih baca cerita Azim. Sesungguhnya ketentuan Allah dan perancanganNYA adalah yang terbaik.
Really its a great article so thanks.
dentist service in gujarat
Really its a great article so thanks.
dentist service in gujarat
Post a Comment