Followers

Wednesday, August 5, 2015

YOU KNOW YOU'RE IN LOVE WHEN.. KUCH-KUCH HOTA HAI



Terasa sesuatu.
 
Hujan turun.. menyaksikan Rahul dan Anjali menari dalam hujan.. di iringi kenangan silam semasa mereka masih berada di kolej. Kebenaran tetap sama. Rasa Anjali pada Rahul tak pernah berubah. Masa berlalu yang menjadikan mereka mangsa keadaan.. terpisah kerana berlainan arah dan tujuan. Di sini, mereka bertemu kembali. Bersama kisah lama yang menghantui.
 
Ketika Rahul menarik sari merah Anjali, mereka berdakapan dengan berlatar belakang kan muzik hujan. Dosa menerpa ke dalam jiwa Anjali saat terpandang cincin pertunangan yang telah tersarung erat di jari nya.
 
Ya.
 
Anjali telah bertunang. Dengan Aman.
 
Dan untuk ke sekian kalinya, Rahul terlepas lagi peluang keemasan ini dalam usaha nya untuk mendapatkan kembali cinta Anjali. Bergegas Anjali pergi berlalu dalam hujan, berhenti di sebelah pokok kelapa sambil melafazkan rasa cintanya pada Rahul. Tetapi dibalas dengan pelukan erat oleh Aman yang kebetulan datang membuat kejutan.
 
Dipendekkan cerita, akhirnya Rahul dan Anjali kembali bersama.
 
And they lived happily ever after.
 
Ahhhhh.
 
Saya bukan nak cerita sinopsis movie 'Kuch-kuch Hota Hai' ni sebenarnya. Sebab semua dah maklum. Rasanya semua pernah tahu dan pernah tengok movie hindustan ni. Kisah percintaan dan persahabatan - hidup sekali, mati sekali, kahwin sekali, dan bercinta pun sekali.
 
Yang saya nak sentuh pasal peluang dalam hidup.
 
Tak semua orang mampu untuk dapat peluang yang sama berulang kali. Yang sentiasa jadi, peluang hanya datang sekali. Peluang yang datang kembali selepas itu sentiasa tak akan pernah sama dengan peluang yang pernah singgah itu tadi. Jadi ambil lah pengajaran, jangan kita lepaskan peluang yang muncul dalam hidup.
 
Seperti Rahul yang akhirnya berjaya mendapatkan kembali Anjali, saya harap kita semua mampu untuk membetulkan kesilapan lalu dan tidak mudah mempermainkan perasaan orang. Soal hati sukar untuk di mengerti kan, tetapi itu lah soal paling agung dalam kehidupan.
 
Kerana CINTA lautan bergelora.
 
Terasa sesuatu.
 
*Syawal 1436H kali ni banyak pulak cerita hindustan di Television..

1 comment:

Sizzling Suzai said...

sy ke sini sbb sy mmg peminat kipas susah mati hindustan ni hahahah tp bc blogpost ni Wowww!! hahha feeling betol kn cte ni bp kali tgk pon msti nk nages (lg over feeling pmpuan ni!haha) btw betol peluang dlm hdup ni sekali je cter hindustan je brkali kali peluang dorg HAHAHA so mari la kt hargai stiap peluang yg ada skg, thanks for reminding :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails