Followers

Wednesday, February 13, 2008

Lesson to be Learned

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Para Eksekutif yang dihormati,

Untuk makluman semua, Auditor dari SIRIM QAS INTERNATIONAL Shah Alam akan hadir ke Stesen Janaelektrik Gelugor untuk membuat ‘Surveillance Audit’ dari 12 hb. Februari hingga 13hb. Februari 2008.

Bersama ini dilampirkan Audit Plan untuk kedua dua hari tersebut.

Kerjasama semua ketua bahagian adalah diminta untuk memastikan semua dokumen, checklist dan ‘quality record’ berada dalam fail – fail yang telah tersusun rapi untuk memudahkan para auditor untuk membuat pemeriksaan. Sila pastikan semua rekod rekod telah disemak dan ditandatangani (jika perlu).

Para auditor juga akan menemubual anggota kerja semasa lawatan tapak. Oleh itu, amatlah diharapkan semua ketua bahagian memberikan makluman kepada semua anggota kerja mengenai Visi, Misi syarikat, Polisi Kualiti Stesen, Service Excellence, KPI bahagian dan juga prosedur yang ada di bahagian masing masing. Sila rujuk kepada Buku Panduan Polisi untuk rujukan semasa temubual. Tiada masalah untuk merujuk kepada buku tersebut ketika disoal.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai.

Jamal Yusoff
Wakil Pengurusan Kualiti ISO9001:2000
Stesen Janaelektrik Gelugor.

*At least i'm already here with all of the Damned Files.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails