Buah pinggang yang sihat dapat memainkan peranan seperti berikut:
- Mengumuhkan sisa buangan daripada badan
- Membuang dadah daripada badan
- Mengekalkan keseimbangan cecair badan
- Merembeskan hormon yang mengawal tekanan darah
- Menghasilkan vitamin D dalam bentuk aktif untuk kesihatan dan kekuatan tulang
- Mengawal pembentukan sel darah merah
Apabila buah pinggang kita gagal berfungsi dengan normal, badan kita akan menahan cecair. Ini akan membawa kepada keadaan seperti berikut:
- Peningkatan tekanan darah
- Pengumpulan bahan buangan yang merbahaya di dalam badan
- Badan tidak dapat membentuk sel darah merah yang mencukupi
- Rasa penat
- Loya
- Hilang selera
Apabila keadaan ini berlaku, pastinya kita memerlukan rawatan untuk menggantikan tugas buah pinggang yang gagal berfungsi.Rawatannya----->HEMODIALISIS
Pernahkah anda mendengar tentang hemodialisis? Hemodialisis sebenarnya merupakan satu prosedur yang menapis dan membersihkan darah dalam badan.Ia dapat:
- Menjauhkan badan daripada sisa buangan merbahaya yang terhasil dari makanan yang dimakan
- Membuang cecair dan garam yang berlebihan
- Mengawal tekanan darah
- Membantu tubuh mengekalkan keseimbangan bahan kimia (elektrolit) seperti kalium, natrium dan klorida.
Bagaimanakah Hemodialisis berfungsi?
- Hemodialisis menggunakan dializer atau penapis khusus untuk membersihkan darah.
- Dializer dihubungkan kepada mesin.
- Semasa rawatan, darah akan melalui sepanjang tiub dan masuk ke dializer.
- Dializer akan menapis keluar hasil buangan dan cecair yang berlebihan.
- Kemudian darah baru yang bersih dialirkan melalui tiub yang lain dan kembali kepada tubuh.
- Dijalankan 3 kali seminggu.
- Setiap rawatan berlangsung selama lebih kurang 4 jam.
Pesakit yang menjalani hemodialisis adalah berisiko mengalami malpemakanan.Prosedur hemodialisis akan
- menyebabkan cecair dan nutrien tertentu hilang daripada badan pesakit
- merangsang katabolisme (pemecahan) protein badan
Oleh itu, adalah penting bagi pesakit yang menjalani hemodialisis mengambil tenaga dan protein yang mencukupi untuk mencapai status pemakanan yang baik.
(Rujukan : http://www.kidney.org/news)
No comments:
Post a Comment