Saya berada di Hospital Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan keluarga menemani ayah.Di saat-saat begini saya rasa ayah sangat memerlukan sokongan dari kami sekeluarga. Kami arif benar sikap ayah yang kadang-kadang sukar di jangka.Ayah punya perwatakan yang tegas tetapi sangat bertanggungjawab.Untuk sebab itu,dalam diam saya mengagumi sikap ayah dan sering saya rujuki ayah sebagai idola saya.
Di HKL ini,ayah di tempatkan di istitut Urologi dan nefrologi-unit khas dimana mana-mana pesakit yang mempunyai masalah berkaitan dengan buah pinggang akan dirujuk ke unit ini.Kali pertama barangkali saya baru menjejakkan kaki ke sini..
Dan ayah bernasib baik kerana ditempatkan di wad kelas pertama,wad yang berpenghuni seorang,makanya tidaklah janggal sangat untuk kami sekeluarga menjengah ayah bila-bila masa melawat tiba.
*dalam sehari adalah lima kali jururawat akan datang untuk menyemak tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah.sampai naik jemu kata ayah..
Bila di fikirkan balik setiap apa yang tuhan jadikan pasti bersebab dan sentiasa ada hikmah tersembunyi..Allah tak pernah jadikan sesebuah perkara itu sia-sia.Sekurangnya jangan pernah kita salahkan takdir dan anggaplah apa yang berlaku,adalah ujian dari-Nya untuk menguji kita sebagai Hamba.Selagi mana kita yakin dengan janji tuhan,Insya Allah segala urusan kita di dunia akan di permudahkan.

No comments:
Post a Comment