Followers

Friday, December 12, 2008

RumahKu Banjir!!

Dua minggu yang lalu heboh sana sini cerita pasal banjir..sebahagian besar kawasan yang dilanda banjir ialah kawasan pantai timur..Oleh kerana aku ni orang pantai timur maka rumah aku kat kampung tu pun terbanjir la jugak sikit sikit...mana taknya hujan tak henti henti dua tiga empat hari..dengan sistem perparitan yang tak berapa nak bagus inilah yang jadinya...


kawasan rumah dinaiki air..

tapi mujurlah tak tinggi sangat..paras buku lali jer..


Tapi still lah kena mengharung air jugak..






nampak tak tayar motor yang tenggelam tuh..naik air jugak lah sampai ke ruang tamu rumah..



nasib baik ruang tamu kat rumah ada dua bahagian-satu bahagian lagi lebih tinggi dari yang lain,makanya kawasan yang tinggi tu terselamat lah dari air yang melimpah ni...sekurangnya ada lah space nak letak semua perabot dan set sofa..


ni kat bahagian dapur rumah..yang korang nampak berkilat tu bukan sebab kitorang pakai ajax fabuluso ataupun jenama pencuci lantai yang lain,tu sumer sebab lantai di naiki air..paras buku lali..


what to do,takder tempat dah nak letak sofa ni terpaksa abaikan begitu sajalah...almari yang besor tu lagi lah tak dapek nak alih...lama lama memang lah rosak jugak sebab dah di makan air..


nasib baik lah adik aku yang baru habis PMR dan SPM ada kat rumah(ami & Faiz)..at least depa lah duk tulun tolak air dan lap lantai segala...Senang kerja aku jadi tukang amik gambor jer..hehe


Actually kejadian banjir yang minor ni di observe masa aku balik kampung untuk beraya Aidiladha..memang beraya dalam banjir lah jawabnya..yang ada kat umah pun abang Zali dan isteri,mak ayah dan kak tie,ami & Faiz jer..kurang meriah la sikit sebab tak ramai yang ada..

haaaa nampak tak sebelum semayang raya aku kena harung air Hujan yang bertakung ni...nasib lah tak sampai paras pinggang macam sesetengah tempat tu kan..dah jadi cenggini pun dah rasa susah apatah lagi yang tenggelam sampai ke atap..lagi la menangis tak berlagu kan...Syukur dengan apa yang ada ,itu jalan terbaik...:)


Balik dari semayang Raya nasib baik ada hidangan ni di Pagi Raya:


nasi goreng kampung

ayam goreng berempah

Mood nak masak rendang dan pelbagai juadah lain terbantut sebab banjir..hehe..lagipun tunggu Daging korban dapat dulu baru mak nak masak daging korban itu..nasi Goreng ngan ayam goreng ni kak Tie yang sediakan..Sedapppppp!!

Selamat Hari Raya Korban!!(ehhh dah lepas kan..lantak laa...hehe)

10 comments:

nazzman ibrahim said...

lerrr kesian ko xim

ita.itu said...

gelak beso aku ko ckp bukan pakai ajax fabuloso..haha...sian korang ek

ju3 said...

kesian mmg kesian p tak tahan gak nak gelak time statment lantai berkilat sbb bukan pkai ajax fabuluso.. tp bnjr...

kahkahkah..
sy menyangka mmg lntai tuh berkilat mngkin sbb sesi pembersihan rmh slps bnjr tp laen pulak..
sbb tak nmpk air o..

Lily.Lulu said...

x sanggup tengok lembu tuh kena ratah
oh tidakkkkkkkkkk !!

selamat hari raya korban
:)

kami said...

banyak2 kan bersabar azim..tu rahmat Tuhan bulan baik ari baik

Luth Textile said...

eh bro..
wa suka itu ayam berempah..
sedapnya tengok..

axim said...

Nazz,

kesian tak kesian sangat laa....huhu

==================================

Ita,

haha..aku bersahaja tuh..tak sangka ko gelak plak..hehe

axim said...

Ju3,

hehe...

==================================

Lily,

saya kira anda tersilap komen di ruangan banjir nih..hehe

axim said...

KAMI,

insya Allah..axim masih bersabar dengan segala dugaan yang datang..:)

==================================

Luth Textile,

memang sedap ayam itu woooo...

nike dunk said...

can u leave ur phone number to me???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails