Di daerah itu aku kembali semula.Cuba mencari Ruang dan rongga yang masih tersisa untuk aku diami.Kalau-kalau aku masih punyai peluang untuk menebus balik kesilapan lalu.Anehnya daerah itu sudah kusam,pudar dan usang.sudah tiada sama seperti dahulu.Daerah itu telah uzur,dan menunggu bila-bila masa sahaja untuk lupus.Dulu Daerah itu bukan sebegitu.
Kalau dulu Daerah itu Riang,penuh dengan hati yang berbunga
Kalau dulu Daerah itu Ceria,penuh dengan warna
Kalau dulu Daerah itu Hingar,penuh dengan Hilai tawa
Kalau dulu Daerah itu tidak mati,Penuh dengan jiwa bertegur sapa..
Tapi itu cerita lampau.Cuma secebis kisah silam.Kisah silam yang punya azimat tersendiri.Kisah silam yang miliki rahsia abadi.Kisah silam yang tiada pernah bertukar ganti.Tak mungkin aku mampu untuk untaikan semua kecelaruan,andai tanah itu bukan milik aku lagi.
Dalam diam segala kisah itu aku kumpul,dan simpan dalam-dalam di lipatan kenangan.Biar dunia tahu kisah itu masih aku bawa bersama ke mana sahaja tubuh ini pergi.Biar dunia mengerti betapa cerita itu pasti takkan luput dari benak ini.
Di Daerah itu sekali lagi aku cuba cari kekuatan untuk mencoba bertapak,tetapi hampa..Semua daya dan rasa telah mati..seperti matinya daerah itu.Kali ini walau apa terjadi daerah baru pasti aku terokai dan jiwai kembali,seperti gagahnya aku di masa lalu.
Dan daerah usang itu hanya layak menjadi sejarah cuma.
28 comments:
melankolik nih. huhuh
konspirasi betul ... :p
:)
rasa2nyer abg tau daerah apa yg ko cakapkan nih...rasa2nyer la...
ps: sori pasal tak ikat kaki torres ahad lepas....
terasing di bumi asing.. normal..
what if terasing di bumi sendiri??
=)
sebuah kisah klasik utk masa depan..
antara kita semua .. takde yg terasing
:)
sebuah kisah untuk tatapan semua
as funny as might sounds, but the photo capture my attention more:P it reminds me of sunset at Redang Kalong:p
p/s:tiada siapa yg perlu dipersalahkan kiranya diri rasa terasing, sometimes we tend to isolate ourself too much [huarghh bilalah nak bleh ckp btol2 satu bhs je ni~ huhu]
dah dah la tuh...dah kena buang daerah kan?
masya Allah....enta terlalu mengkagumkan.ana terkesima kali ini.dulu waktu pertama kali ana menjenguk blog enta, bahasa enta tidak sehalus ini. kali ini penulisan enta buat ana tertanya-tanya, siapa enta sebenarnya dan (dengan maaf)adakah ini betul-betul sebuah karya enta sendiri?
Axim ader orang minat kat ko.. Heee...
Masy,
Melankolik berirama merdu,
menjadi medan pengubat sendu..
:)
Dak Jaat,
Konspirasi apakah??haha
Inah,
Senyuman tersimpan seribu pengertian..Boleh di mengertikan dengan pelbagai tafsiran..
Mana satu pengertian yang cuba kau beri?
Bozzo,
abang taw ekk...baguih duk ada lah kalau bulih paham..hehe..
*kaki torress takyah lepas,sat lagi ceq pi kerat kaki dia biaq pi kat dia tak leh nak main bola lagik..haha
Anies,
tetiba aku teringat lagu Dadah masa kita kecik kecik dulu:
'aku terasing di bumi sendiri,
mata pun menjeling seolah mencaci..'
*Jangan Hisap Dadah naaa...
ARASH 910,
ehhhh bukan kah tu tajuk album Sheila On Seven suatu masa dulu?
Lily,
ya betulllll....
antara kita semua takder yang terasing..
stick together forever no matter what..
:)
CRAZY BEAUTIFUL 88,
yang penting intipati kisah ini...paham tak?kalau tak paham takper..hehe
MsRahah,
since you are TESL student tu yang payah sikit nak berbahasa secara tunggal..hehe,but it's ok..
kadang kita perlu our own private time
:)
Artistickly Touch,
haha,memang dah kena buang daerah dah pun!!
padan muka..boooooo..
:)
Artistickly Touch,
haha,memang dah kena buang daerah dah pun!!
padan muka..boooooo..
:)
Anon,
terima kasih sebab sudi singgah di laman tak berapa gah ini..erkk sebanarnya saya hanya mencuba cuba untuk menulis dari sudut hati saya yang lain.
Dengan Izin-Nya tertera lah karya seperti ini,dan dengan rendah dirinya saya akui ini adalah karya saya sendiri.
Sekadar mencuba nasib.
Wallahualam..
:)
Ries,
kem salam balik kat orang yang minat aku tuh..hehe
axim ni talented gk eik..leh jd novelis nii
ehem!
im coming!!
x terasing gak!!
im hepi with u guys!
:)
Erkkkk.... apasallah aku terasa nih?? apasal apasal... cerita tentang kita ker??
Post a Comment