I turn my head to the east,
I don't see nobody by my side,
I turn my head to the west,
still nobody in sight,
So I turn my head to the north,
swallow that pill that they call pride,
That old me's dead and gone,
but the new me will be alright..
Salam kejumaatan kawan-kawan sekelian!!
Kita di hadapkan dengan bermacam-macam pilihan in our daily life..semua terpulang pada diri sendiri untuk menilai dan mempertimbangkan pilihan mana yang terbaik dalam mencorakkan kehidupan yang lebih baik..Bagi Saya,Pilihan yang kita buat lah yang menjadikan kita siapa di masa lalu,sekarang ataupun masa hadapan.Tanpa kita sedar,mungkin telah banyak pilihan yang kita bawa bersama-menjadi sebahagian dari diri kita yang sebenarnya.
Kadang kita mungkin tertanya-tanya mengapa sering tersilap langkah dan nyata telah membuat kesilapan dalam memilih,tapi yakini lah setiap yang terjadi pasti ada sebab musabab yang tersendiri-sama ada pilihan itu betul atau tidak tidak penting,asalkan kita mampu mempelajari sesuatu dari setiap kesilapan dan kegagalan lalu,dan berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengulanginya-maka itu mampu menjadikan anda seorang insan yang lebih baik dari semalam dan hari ini.
Saya yakin,anda semua pasti punya pilihan yang banyak dan sering keliru dalam menentukan hala tuju yang betul dan lurus..Berhati-hati lah dalam membuat keputusan,kelak yang terjadi selepas itu sebahagian dari tanggungjawab anda..Berusahalah!
Hal-hal lain serah saja pada ketentuan Tuhan.DIA Maha Mengetahui segalanya.
**************************************************
14 Mei 2009
Daripada MACAU,kami tiba di terminal Feri pada pukul 6 petang..Hari sudah lewat petang maka kami tidak berlengah lagi untuk terus menuju ke tempat penginapan yang seterusnya di KOWLOON..dari terminal Feri kami menaiki MTR menuju ke Jordan Station.
Kami sudah siap sedia menempah bilik di WEST HOTEL KOWLOON.kedudukan Hotel ini agak tersorok ke dalam tetapi berpandukan peta dan panduan yang ada akhirnya kami berjaya menjumpainya(berhampiran Jordan Street).waktu hampir pukul 7 petang,dan kami memang amat keletihan dan memerlukan sedikit rehat.
West Hotel @ Kowloon
Macam biasa kalau bab bab register Check-in ni serah saja pada Nikli Nodin..dia suka la bab bab menulis nih..Entrance dan lobby hotel ni kecil jer,tapi cukup selesa untuk tetamu yang hadir.Perkhidmatan Internet percuma di Lobi juga ada di sediakan untuk memudahkan kami google apa yang patut..setel bab bab register terus la kami naik menuju bilik..
Kitorang dapat bilik di tingkat 15-Bilik 1503 dan juga bilik 1505..bilik sebelah sebelah tapi bukan connecting room.(FYI,hotel ini tidak menyediakan connecting room..semuanya standard sahaja seperti gambar di bawah).Cukup selesa untuk kami bermalam satu hari lagi di Bumi Hong Kong.
3 star Hotel..boleh laa..janji selesa..:)
Yang penting bilik air kena mantap..bagi aku mana mana tempat pun Bilik air dan tandas menjadi keutamaan..kalau tak selesa memang la aku akan jadi tak senang..Alhamdulillah kali ni bilik air nya memenuhi kriteria yang aku nak..Boleh la mandi dan berak sepuasnya..
Dah nampak katil apa lagi kami pun berehat la sejam dua..dapat la tidur sejam dua..(baca:tertidur..)..sedar sedar da dekat pukul 9 malam-kami terus mandi solat bersiap dan bersedia untuk meneruskan aktiviti seterusnya.kat sini waktu sama ngan Malaysia so takder masalah dengan waktu solat-cuma penunjuk kiblat(kompas) amatlah penting kalau tak tak taw la arah mana nak sujud.
Dalam pukul 9.30 kitorang gerak dari Hotel menuju bandar Kowloon..mengikut Tentatif,malam ni kitorang nak Shopping kat Temple Street dan Ladies Market.Dengan harapan nak cari barang untuk diri sendiri dan juga untuk sahabat handai dan kenalan terdekat.Macam Biasa Bandar Kowloon memang happening dan meriah dengan lampu-lampu dan penduduk setempat yang memeriahkan suasana malam di sini.
Kowloon @ Night
Elok jer dua tiga langkah dari Hotel kitorang terjumpa kedai Crocs..Kat sini banyak Design dan pilihan warna yang ada..apa lagi kami pun menyinggah la nak tengok..dan tambah mengujakan bila harga Crocs kat sini Murah giler!!Giler pun tak murah macam nih..pehhhh mau kena angkat 20-30 pasang ni..haha..Pilih jangan tak pilih..
Alang-alang dah murah ni terus la aku teringat nak beli sorang satu pasang untuk keluarga..adik beradi sembilan..tambah ngan anak sedara lagik..aduss...berapa pasang nak kena beli tuh..tapi mengenangkan aku takda idea nak kasi diorang apa dari Hong Kong maka last-last aku belikan ajer lah sorang satu pasang..untuk aku 3 pasang..haha(masa ni dah pening kepala pikir camana nak sumbat dalam beg nanti..)
Sebab beli banyak maka kitorang terpaksa berpatah balik untuk tinggalkan CROCS tuh kat Hotel dulu..mau tak larat aku nak mengusung sampai ke ladies market nanti..banyak mender lain lagi nak beli kan..actually Nikli ngan Kak Non pun beli jugak..tapi Kak Non juara CROCS malam tuh..kalau tak caya tengok gambar kat bawah ni..dia nak jual kat pasar malam selayang kot..hehe
Hambik sekali 5 beg plastik besar ko..
Lepas da letak kat bilik semua Crocs yang kitorang beli maka the journey continued.Kali ni kami nekad nak pi Temple street jugak nak tengok barang barang yang ada.Temple Street ni kat area Jordan dan Yau Ma Tei di Kowloon.Macam Pasar malam,tapi business hour start tengahari dalam pukul 2 petang-12 malam.
Temple Street is a street located in the areas of Jordan and Yau Ma Tei in Kowloon, Hong Kong. It is well known for its night market and the busiest flea market at night in the territory. The night market is in the Yau Ma Tei, Jordan areas of the street and not the Mong Kok area of the street. Popular with both tourists and locals alike in the evening, it is common to see the place crowded at dusk. It sells cheap merchandise and food items. The place is sometimes known as Men's Street.
Ada stall makanan kat tepi jalan di Temple Street ni,bau seafood macam semacam tapi mengenangkan kami ni lapar,ambik bau jer pun jadi lah..haha..Banyak barang ada kat sini..mahal murah terpulang pada cara korang bargain.alah senang cakap memang more or less macam Petaling Street jer..cuma bezanya kitorang kat Kowloon,Hong Kong.:)
Dalam banyak banyak barang yang ada kat sini tetaplah mata aku meliar ke kawasan yang jual figura figura komik nih..macam macam ada..yang pasti harganya memang jauh lebih murah dari yang aku pernah jumpa kat Malaysia..separuh harga dari yang Malaysia..hehe..so inilah peluang untuk aku meneliti mana yang berkenan..
Giler rambang sehhh mata aku..
Dan akhirnya aku beli sampai 5 set mender alah kecik nih..Yang Star Wras satu set,figura Bruce Lee,dan yang paling banyak watak komik DRAGON BALL Z.Entah..call me childish or what,tapi aku suka kumpul buat koleksi mender cenggini..Grow up is always a choice isn't it??tenang jer hati melihat sekumpulan makhluk kecil itu..:)
pastu kitorang menyinggah kat tempat Ukiran Kayu nih..unik jer aku tengok semua ukir tu atas kayu..banyak logo dan simbol yang ada-yang paling best ada logo FC untuk EPL..
Chelsea aku punya,yang Man u Dofy(adik Ziana) Punya
sama jer macam pasar malam kita kan..hehe
Nikli pulak duk nak cari beg untuk Mak Timah ngan adik pompuan dia.Kami pun duk pusing pusing la cari kedai beg tangan wanita..banyak sangat kat sini tak taw mana dah..
Last-last dia tersangkut ngan beg Biru cekelat nih..
Maka dengan selambanya dia pun membeli lah beg tangan tersebut setelah berhempas pulas bargain tak hengat..tips nya kat sini kalau nak bargain sila lah bargain lebih dari separuh harga yang di tawarkan..then kalau diorang kata tak boleh korang blah then sure dia akan panggil balik dan bersetuju sambil marah marah..haha..marah pun marah la kan janji dapat harga murah..
Da setel explore Temple Street nih kitorang nak bergegas ke satu lagi destinasi Shopping seterusnya-Ladies Market.Kalau nak di ikutkan Temple Street ni juga di gelar sebagai Men's Street sebab banyak barangan lelaki di jual..Kalau Ladies Market sah-sah la untuk semua kaum wanita di luar sana..
Temple Street @ Kowloon
Pening lah kepala navigator kami-Nikli nak cari jalan untuk ke Ladies Market..quite confusing..kalau nak naik MTR pun boleh sebenarnya tapi kami memilih untuk berjalan kaki dan menghayati malam di sini..Pusing punya pusing puas duk belek map akhirnya..
Here we are,on our way to Ladies Market
Kalau korang nak cari kat mana Ladies Market sila lah cari Tung Choi Street-sebab Ladies Market betul-betul berada di jalan tersebut.
Sesak juga kawasan nih..ramai orang lalu lalang..
Ladies Market-Also known as "Women's Street" because it used to sell goods only for women, Tung Choi Street is similar to Temple Street Night Market, except that it starts its trading day at noon. In addition to the street stalls, which sell anything from furiously beeping alarm clocks and glittering faux designer watches to unisex clothes and CDs, there are also lots of small shops that sell all sorts of other stuff. The market is generally quite crowded, and a bit of pushing is just as expected as haggling over prices.
Here we are at Ladies Market
Konsep sama macam Temple Street bezanya kat sini lagi banyak jual handbag dan barangan pompuan..nama pun dah ladies market kan..kat sini lagi besar dan lagi happening dari Temple Street tadi..Orang pun lagi ramai..crowded tapi still la kami boleh jalan-jalan cari barang..
Dekat Ladies Market ni kitorang nak cari Fridge Magnet untuk di bawa pulang..boleh buat souvenir kasi kat orang nanti..banyak choice jugak yang ada..harga pun lebih kurang jer..so rakan rakan ku jom kita pi cari Fridge Magnet jom..
Kitorang singgah kat satu kedai frodge magnet ni..mula-mula dia jual mahal..last last kitorang blah terus di tariknya tangan Ziana then mula kasi harga rendah..'You are my Fren..let's buy here ok..i can give you cheap-cheap one arr..'' itu lah kata kata peniaga wanita itu untuk memancing kami supaya membeli Fridge magnet di stall nya..dan dan fren kan sebab nak suh beli barang dia..pujuk punya pujuk akhirnya kitorang pun beli lah mana Fridge magnet yang berkenan di hati..Dah rezeki ko makcik..habis kitorang beli terus dia tutup kedai..memang masa ni dah lewat pun..dah dekat 12 malam.
Perjalanan di teruskan untuk melihat apa lagi yang menarik
Lawa tak beg kereta tuh??haha..kat kedai jual beg ni macam macam design yang ada..bukan bentuk kereta ker,korang nak gajah ghimau pun semua ada..kitorang dah gelak gelak masa nih sampai tokey kedai (pompuan) tuh macam bengang kat kitorang..beli nya tak duk bantai gelak pulak kat barang yang dia jula..mau tak bengang..last last kitorang blah jer sebelum kedaan menjadi lagi buruk..:p
Dalam duk berjalan tuh tetiba aku teringat makcik aku ada kirimkan suh beli beg tangan jenis Cibik(bimbit)..nak kaler hitam dan banyak zip..siap spesifikasi yang lengkap tuh kasi..terus aku pening nak cari mana yang sesuai dengan kriteria tersebut.Ziana ngan Nikli lah duk pulun pusing sama satu Ladies Market ni duk cari Beg tangan kaler itam Cibik..masa ni banyak kedai dah nak tutup..
akhirnya singgah di kedai beg tangan nih..
Dalam aku duk mintak tolong cari untuk makcik aku sempat lagi tuh ziana duk rembat beg untuk diri sendiri ngan untuk mama dia..nasib baik la ada kak non kalau tak mati kutu aku nak cari beg tangan mana yang di maksudkan oleh makcik aku..tak reti eden nak membeli beg tangan..kalau beli pun biasa main belasah jer la jawabnya.
banyak kaler yang ada tapi nak cari kaler itam..
cari punya cari,belek punya belek,ada lah beg yang berkenan di hati dan berkemungkinan tinggi untuk memenuhi spesifikasi yang telah di tetapkan..aku beli dua buah beg in case kalau tak berkenan at least ada la satu choice lagik..yang satu lagi boleh kasi kat mak..(gambar atas:tokey kedai mula mula menyorok tanak bagi kitorang amik gambar last last dia yang over..haha)
setel sudah semua yang nak ci cari..Alhamdulillah..
Sejurus kitorang habis beli jam menunjukkan pukul 12.15 malam..waktu bisnes berakhir dan diorang dah mula tutup kedai..kitorang pelanggan akhir la ni kiranya..takpa lah,bila lagi nak mai kan..paling-paling pun kalau nak merasa beli mender macam nih pi jer Petaling street KL..konpem rasa macam suasana sama..:)
Ramai penduduk dah mula nak pulang ke sarang masing-masing
Hujung Ladies Market tuh ada satu Butik BALENO..yang paling syok nya time diorang nak tutup kedai kitorang sampai dan tengok barangan yang ada..aku ngan Nikli lah teruja benor tengok sebab harga BALENO kat sini sikit punya murah dari Yang Malaysia..silap-silap BALENO datang dari sini tu yang harganya murah..sempat la kitorang menyopping tali pinggang,t-shirt dan seluar skali..alang-alang shopping biar sampai ke pangkal wallet..:)
Selesai sudah misi kitorang nak shopping kat Temple Street dan Ladies Market.Rasanya dah beli kot apa yang patut..budget pun limited so mana yang sempat jer lah kitorang beli..What's Next??Dah berjalan-jalan terus la rasa Lapar..Dari Siang tadi Kebab jer makanan terakhir(masa kat Macau)..Untuk malam ni nak pi makan kat mana??
(To Be Continued..)
Rumusan Hari ke-4 Sepetang di Temple Street dan Ladies Market:
''Seronok rasanya dapat menyelusuri kehidupan malam di Bandar Kowloon.Temple Street memang menjual barangan yang pelbagai,dan untuk ladies-semestinya Ladies Market untuk anda.Satu perkara yang di observe-harga barangan di Temple Street jauh lebih murah di Ladies Market..Bargain skill memang kena power untuk dapat harga murah bagi barangan yang di jual..''
19 comments:
shopping sakan tu...
That old me's dead and gone,
but the new me will be alright..
thats me!! :)
pembuka bicara yg sgt menarik utk entry nih..
moga keputusan yg dibuat adalah yg terbaik..
DIA maha mengetahui.. maha adil.. InsyaAllah...
**********
hotel yg selesa!! Alhamdulillah..
location pon menariks!!
sgt strategik..
yeah setuju!!
toilet amat penting..
if not spoil mood!!
Axim..
u saje nak pedajal okeh!!
mane ade beli sampai 5plastik okeh!!
u punya sume tuh!!
i beli enam belas pasang ajek..
u beli sembilan belas okeh!!
so sape byk?? huhuhu..
nikli?? PATploh okeh!!
axim sgt kebudak2kan!!hahaha..
teringat mase yg videocam tuh!!!
wes da vid?? sila publish!! ade brani??? :P
owh!! sgt x sangka itu axim yg kukenali!!
:P
pening pale dok carik beg cibik!!!
hahahaha.. sebaik ado!!
eh.. nikli pandai ek pilih hbag??
sume nice2.. cayalah nikli.. taste tggi!!
:)
hbag yg kete.. rimau..unta.. kasut bagai tuh..
lawak okeh... u laaa dok angkat bang n snap..
posing2.. then x beli.. mau x bengang tokey kedai?
hahahaha.. tp dulik laa kan.. kite customer!
:P
BALENO???
u guys mmg gilerr..
socks beli 8 free 8hahahahaha...
sgt sgt untung okeh!! murah sesgt ek..
Baleno mmg diorg nye kot..
sbb tuh murah..
tp korg nye shopping ngalah pompuan!!
sgt sgt suke shopping... iloike!! leh geng!!
ayuk!! kite repeat lagik..
i nk pi HRC macau!
:)
kwn aku ckp crocs dia rege rm19 betul ke?
padanlah korang borong....kalau aku pun mau naik hantu kot...
axim...berapa harga crocs tu kat sana? Betul ke ori? Skrg byk yg ciplak tau...sebijik plak tu. I pun jual crocs tau. Tgk kat my blog. I akan update every week promotion tgk pada design mana.
sakan ko soping axim..dasat ek.!
sakan ko soping axim..dasat ek.!
salam ziarah
wahhh!! tgk dr gambar je pun aura mau shoppingku jadi membuak2!! hihihi
boleh berpinau2 bijik mata tgk bag yg berwarna warni tu!
boleh tukar tiap2 hari ikut kale baju/cuaca/emotion!
mak aih byk nya borong crocs...jelesnyaaa
Izan,
ambik kesempatan yang ada akak..bila lagi nak mai tak taw lah..
Ziana,
erkkk panjangnya u komen sampai i terus speechless..hehe
Izal,
RM19??kitorang dapat lagi murah.hehe..tu yang terus borong tak hengat..:)
Leez,
oloh sayang jer takder size..kalau tak memang lah nak beli ngan akak..
CATZ,
takder la sakan mana catz..sekali sekala nih..
ADILA,
suka gak gambor beg kalerful tuh..:)
Wahidah,
sila sila rembat crocs di kedai berhampiran anda..:p
Nice blog with great pictures. just wanna ask, where is exactly the crocs shop above? is it at the same street with your hotel? I will do trip to HK next month n hope can get to there. thx a lot
indriyatno,
address West Hotel Kowloon
Wai Ching Street,
Jordan Rd,
Yaumatei, Kowloon, Kowloon Side, Hong Kong
from jordan station,you go to the west hotel,and you will found that shop at your right
indriyatno,
address West Hotel Kowloon
Wai Ching Street,
Jordan Rd,
Yaumatei, Kowloon, Kowloon Side, Hong Kong
from jordan station,you go to the west hotel,and you will found that shop at your right
Salam dari Hong Kong Central District,
Hajat hati dah sampai HK nih mmg nak pi cari kasut Croc. Satu Wai Ching Road tu aku redah malangnya tak jumpa orang yg jual kasut Croc nih. Mungkin aku salah jalan, pi lak kat kawasan2 yg berhampiran dgn Wai Ching Road nih...pun tak jumpa.
Mungkin dah kena crack down kot, kat area Ladies Market pun aku cari...tapi yg ada cuma utk budak2 kecik jer.
Last2 nak sedapkan hati aku pi beli kat Citygate...yg original..huhuhu...
wassalam
Post a Comment