Bila aku singkap kembali segala kisah itu yang pernah tersemat indah dalam hati,aku tersenyum sendirian.aku tersenyum tawar tanda ingatan tulus ikhlas yang takkan pernah padam, malah ia pernah marak dalam satu sela masa yang agak lama.Bukan aku tak mahu ulang semula semua yang bakal jadi milik kita bersama. Tapi ianya hampir mustahil kini.Hampir mustahil dalam kondisi yang menyedihkan,bilamana kau telah kambus segala ruang yang tersisa untuk aku mencoba bernafas kembali..
Katakan apa saja yang kau suka,ketawalah sebanyak mana yang kau perlu,cananglah satu dunia tentang kisah lalu-aku tidak peduli.sungguh,aku tidak mhu ambil peduli..aku cuma mahu kau ambil kembali semua rasa yang kau pernah lontarkan pada jiwa yang sedang pulih ini.Biar rasa itu mati dan pergi.Biar ia mereput dan lansung diterbangkan angin berbulir.Biar semua kenangan yang pernah tercipta ghaib dan lenyap tanpa ada dendam mengalir.Biar aku dapat semadi dengan tenang dan aman tanpa sekelumit calit noda yang terukir.Biar.Biarkan.Aku lebih senang begini.
Sebetulnya kau lebih mengerti.Ya,sebetulnya kau lebih mengerti akan perit dan jerih yang pernah membelengu kita..Masakan aku lupa-Kita pernah lalui segala cerita hitam dan putih bersama-sama..kita sama-sama bertatih berjalan dalam ruang sendu dan tawa..Kita sama-sama kuburkan semua kisah lalu dalam memberi ruang bagi sebuah kisah baru untuk kita berdua..Masakan aku lupa.Aku ingat semua itu.aku ingat.Dan aku takkan sesekali lupa..Kalau sekali pun kau lupa,itu aku tidak tahu,dan aku tak mahu tahu.Moga hal yang indah-indah tetap indah buat selamanya..
Tapi itu cerita dulu.Sebuah Kisah sedih yang terkulai layu tanpa sempat kita sirami dan bajai dengan benih kasih sayang..dan aku tidak sesekali akan merayu untuk kau lepaskan kasih itu untuku,andai Hati dan Jiwamu tak pernah jadi milik aku..Tak pernah dipunyai aku.Biarlah.Sekurangnya aku sadar dan fahami ia bukan milik kita sejak dulu lagi..Biarlah..Sekurangnya Jiwa aku yang sering terkeliru ini akhirnya punyai jawapan khusus utuk segala tanda tanya yang pernah terbina..Biarlah.
Terima kasih,untuk semua rasa yang telah kau bagi
Terima Kasih,untuk segala kasih yang aku damba
Terima Kasih,bila kau muncul sebagai sahabat yang sentiasa di sisi
Terima Kasih,menjadi teman berkongsi cerita
Terima Kasih,atas semua saat yang menggembirakan hati
Terima Kasih untuk segala-galanya..
Dan medan ini menjadi saksi sebuah kisah tanpa permulaan berakhir sebegitu saja..

Titik.
*sudah agak lama aku tidak berkarya sebegini..harus di-ingatkan-perkara di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati..wallaualam.sekian terima kasih.
14 comments:
1st komen!
erm..
takpala.. kalau takdak kena mengena, kenapa perlu tulis sebegini?
walaaa..so lomentik...
haha
Melankolik la..hehe
interesting
sedih? life must go on......
pandang ke depan...
perbaiki kesilapan..
hargai pd yg menghargai..
maafkan pd yg bersalah..
jgn musuhi dia.. ok? :)
senyum itu penawar duka!!
:)
u tc ajim!!
dah dah jom johnnys!!
ayukk!
oh boy.life isn't that pretty without all this right?God puts you in the pits coz He knows for sure you'll get through it. Cook up some guts to face it, and you'll smile later hun!
How come you can write a classy story in bm so well? Saya juga maw tulis begitu! =)
hugs hugs
elo. aku ajak jumpa taknak.
ade plak masa berpuisi.
ni nak marah ni!
bergembiralah selagi ada teman disisi.. bacalah quran untuk menenangkan hati.. berilah kemaafan selagi dikau hamba Illahi.. :)
jiwangnya awak ni. Tapi saya syahdu membacanya.
hanya mereka yang mengalami saja akan mengerti...;-)
Tiba-tiba rasa sebak dalam diri bila membaca kata-kata melankolik ini..huhu..
jim,
den pinang eko utk member den nak??
den raso dio sudik ajooooo
hihihih!
Post a Comment