Kisah Malam Tadi..
Aku ambik cuti hari rabu semalam..sebab aku ke Kuala Lumpur,dengan tujuan nak sambut Kak Ija yang akan tiba dari Cairo,Mesir jam 10.15 pm(malam tadi) di KLIA.Keluarga dari Terengganu tiba jam 7 petang dan kami semua Check-In di DYNASTY HOTEL,KL.cadangan asal nak stay kat Grand Season sekali semua dah penuh..even Grand Continental,Seri Pacific,Grand Pacific semua dah penuh..Nasib Dynasty Hoytel ada..:)
main entrance Dynasty Hotel
Bilik Executives yang di ambil ni luas..ada Hall dan juga dua katil..Cukup lah untuk kitorang berenam(mak,ayah,kak tie,Shuk dan aku sahaja yang pegi amik kak ija..yang lain ada komitmen masing masing)..kesempatan yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk bertemu diorang..bukan jauh sangat pun Penang,walaupun sedikit penat tapi masa untuk bersama keluarga is PRICELESS..
This is my family.Kalau kitorang ke mana mana mesti keutamaannya ialah memasak sendiri,bukan beli di restoran untuk makan..Mak sedari kitorang kecil lagi memang macam tu..katanya makanan yang di masak sendiri lagi terjamin kebersihan dan mutu..hmmmm mana nak cari family yang usung periuk nasik dapur semua segala masuk hotel..hehe..
Kak Ija dah request awal awal lagi first mender yang dia nak makan ialah ikan singgang mak dan juga Budu..memang makanan nasi ulam ni merupakan faveret kami sekeluarga sejak turun temurun..Ikan singgang pekena pulak ngan Budu nasik panas panas,tambah ada ikan Goreng atau ikan bakar-Pehhhhhhhh..memang menitik ayaq liuq laaa...
Cili Padi & Limau Nipis
Dalam Jam 10 malam kitorang bergerak dari Hotel ke KLIA..
sementara tunggu shuk pi cop parking..
Alhamdulillah,ingatkan kami semua dah lambat..dalam pukul 11 pm kitorang sampai KLIA tapi kak Ija masih belum muncul..maka menunggu jer lah di balai ketibaan dengan perasaan yang bercampur baur..Rindu lah kat Kak Ija dan Adeq Da..(adeq da belum balik masa ni,Insya Allah dia akan menyusul 12 September nanti setelah selesai Konvo di Al-Azhar,mesir sana..Abang doakan kamu ya adeq!!)
Kak tie ku sayang..
Ayah menghidap Arthritis..makanya kaki ayah sakit sangat bila berjalan..Nasib ada perkhidmatan meminjam Kerusi Roda di Kaunter Perkhidmatan KLIA..so boleh lah ayah join sekali kitorang tunggu Kak Ija di Balai Ketibaan AntaraBangsa..
Dalam duk menunggu pakcik ni duk tengok ayah..tengok semacam jaa..Rupa rupanya dia kenal ayah..Orang Terengganu juga rupanya pakcik ni..Malaysia ni kecil ajer kan..ke hulu ke hilir pun pasti bertemu juga ..
Dekat Pukul 12 malam juga baru kelibat Kak Ija muncul..ALhamdulillah,syukur rasanya dapat melihat dia kembali dengan selamat..Makin slim aku kira..
Kak Ija dan Mak
Ibu,Ayah dan Anak..
glad to have you back kak ija!!
Nasib lah tak beremosi sangat masa ni..kalau tak mesti mak pun duk menangis sama..hehe..Tapi itulah kak Ija yang aku kenal-air mata sangat payah untuk mengalir di wajahnya..kebanyakan masa kalau dia teramat sedih sekalipun cukup hanya sekadar menangis dalam hati..:)
wajah kegembiraan seorang IBU..
welcome Home!!
AXIM dan Kanda Ija..
Perkara pertama yang keluar dari Mulut Kak Ija bila tengok aku-'awat hang semakin gemokk nih..'..huhuu..aku taw aku semakin sehat..mau tak naik berat kan makan duk sedap jaa..Harap Ramadhan yang bakal bermula tak lama lagi akan mampu mendidik aku untuk makan secara berhemah dan betul..
Lepas da setel angkat barang semua masuk NAZARIA kitorang pun bergerak balik keHotel..Lapar ni kitorang nak makan nasi panas panas ngan Ikan singgang..hehe..Kak Ija,just so you know we all were so happy to have you back here!!Raya nanti harap semua ahli keluarga ada k..Insya Allah..tunggu adek dah balik pula yer nanti..
*********************************************
13 OGOS2009
Semoga semakin tabah menjalani hari mendatang
Dipanjangkan Usia dan sentiasa di murahkan rezeki
Saya doakan Kebahagiaan Untuk Kak Ina ya..
Semoga makin cantik dan sukses SOKMO..
Salam Ulang Tahun Kelahiran!!
I LOVE YOU SIS!!
16 comments:
welcome back kak ija!
wah...mcm2 emosi n3 nie...hahaha
sedapnya homemade ikan singgang. serius sedap. hmmm aku penah mengalami detik mcm ni masa akak aku baru balik dari luar negara dulu. seronok bercampur terharu dan bangga.
nak suruh kak tie hang pakai tutup mulut cam ija tuh agak2 dia nak ke? tak yah pakai mask...
what a happy family.
masakan ibu mana ada tandingannya!
:)
Faisal,
:)
alhaqimi,
yang pasti,i'm so HAPPY..:)
sepul,
memang sedap homemade singgang!!pastu pekena lak ngan budu belacan ulam pehhhh memang best!!
best kan moment macam ni..:)
Bozzo,
tengok orang pakai mask pun dia dah rimas,nak suh pakai mask macam tuh..hehe..try la persuade dia..mana taw kalau lover dia suh dia ok..:)
seronoknya jumpa kakak yang dah lama tak jumpa... eh, korek beg dia pun mesti best, heheh >:)
Eedany,
yeap..betul!!
masakan ibu takda tandingannya..tak sedap sekalipun itu lah yang aku duk cari kalau balik kampung..heehehe
Incik Kucing,
tak sempat nak korek laa..dah kena balik penang..bulan puasa ni balik kampung baru nak korek puas puas..hehe
Slamat Pulang Kak Ija...
:)
and
Slamat Ulaang Tahun Kak ina..
:)
One happy family!!
:)
wajah kegembiraan terpancar....Happy Family....alhamdulillah...u hv such a great family...
welcome home kak ija..
n happy belated bufday kak ina
:)
Post a Comment