Soon after Check Out from Lanai Gurney Apartment,kitorang sekeluarga bergerak ke Taman Tasik Titiwangsa-for a lunch time and sembang sembang..
Taman Tasik Titiwangsa
Sampai kat Taman Tasik ni Kak Tie singgah kat tepi gerai mamakn Cendol dan Rojak Titiwangsa,cendol kat sini sedap katanya..
mamak Rojak Titiwangsa
Bukan Cendol jer yang di beli,Rojak turut di order..ayah suka la rojak mamak..
5 bungkus cendol..
Pusing punya pusing satu tasik kami terjumpa lah tempat yang strategik nak bersantai santai..agak keliru lah kawasan ni mana nak masuk dan kat mana nak parking.
jom siap siap makanan..
keluarkan semua bekalan yang ada..
Rojak mamak ni sedap..tapi Kuahnya macam pedas sikit
Family aku sangat gemar makan telur asin ni..kalau tang telur kuning tu biasanya kami berebut rebut nak amik..sudahnya tinggal lah telur putih yang masin tuh..takder sapa nak..hehe..kadang gelak kalau teringat hal berebut-rebut nih..meriah.
jom makan jom!!
kebetulan tempat makan ni dekat ngan kelab kuda macam tu lah..tak ingat la spesifik nama kelab tuh..ada la kuda dua ekor ni dalam kandang sebesar besar alam.
khusyuk anak sedara bertiga ni..
Busuk rupanya kuda nih..heeeee
sempat lagi posing
ni lagi laa-posing MAUT!
Shuk kalau bab melayan anak anak buah ni serah la kat dia..habis satu taman ni dia duk paksa bebudak bertiga ni melompat lompat main keting ting la konon kononnya..dah la panas terik..sian budak budak ni kena dera..apa apa lah janji hepi yer dakk..:)
lompat si katak lompat..
axim dan mak..
kak tie dan mak..
Ayah,yang sentiasa lebih suka memerhatikan gelagat kitorang dari kejauhan..terkadang ada juga kata kata yang terbit dari mulut dia..
Then tibalah masa diorang nak berangkat pulang..straight nak balik terengganu..saat ni memang tak best..sapa yang sukakan perpisahan kan..
Si Ika-anak kak tie yang bongsu dah mula menangis..sebab nak tinggal kan mak dia kat sini..actually tiga orang anak sedara aku ni bersekolah kat Kerteh sana,mak ngan abah yang jaga..elok la tu..aku seuju sangat daripada dioarng sekolah kat bandar kan..tahu jer lah zaman sekarang..
saat yang jengkel..
Melihat air mata mengalir dari wajah tua itu membuatkan aku berasa sayu..sedih nak meninggalkan anak anak kat sini..Masa memang cepat mak..sedar sedar kami semua dah mula bina hidup sendiri..kan best kalau masa lalu boleh di undur..suatu masa di mana kami semua duduk satu bumbung..walau bercakaran sekali pun tapi tetap sayang antara satu sama lain..Nanti kita jumpa lagi yaa...Kami sayang kan Mak dan Ayah..tak ada galang gantinya untuk hal yang satu itu..
Insya Allah nanti kita berjumpa lagi ya..!!Tinggal lah aku,Kak Tie dan Shuk(dia ada kursus kat KL)..dan aku nanti dah nak balik Penang kembali..
Kemana kami selepas itu??entri seterusnya..next!!
6 comments:
sebak tgk pic last2 nih
:(
komitmen yg jd pemisah antara mak and anak2 sume..
Penang - KL - Trg.. dh x jauh bile fikirkan mak ayah and family yg lain.. kan??
sedih lak nengok gambar last tu... tp tak pe... akak ni lagi jauh ha... malaysia - italy. bukan setakat kutub selatan kutub utara da ni...
oh sedih nya tgk part yg nangis tu. kasih ibu!
ye la yg kuning tu lemak.
yg putih tu masin nak mampos!
haha!
saya sampai page ini sebab ada yang promote link kat fb untuk tgk gambar rojak . so, sedap tak rojak tu?
T__T hargailah kebahagiaan y anda miliki krn ada org y xdpt menikmatinya walaupun sesaat....
Post a Comment