Followers

Wednesday, October 14, 2009

RESTORAN IKAN BAKAR DI MELAKA

Salam Hari Rabu..

Tadi duk godek-godek hard disk tetiba terjumpa pulak gambor masa makan makan Ikan Bakar di Melaka,dalam bulan Februari 2009 yang lalu..Masa ni pergi sana dengan seorang kawan,member masa belajar di Uitm dulu.Kebetulan dia ada hal mustahak yang nak di selesaikan so aku saja la ikut sekali dan di sebelah malamnya dia bawak aku makan di tempat ini.

2

Kalau kat Melaka tempat makan Ikan Bakar yang aku taw kat Umbai..ni kawasan Umbai ker??aku pun tak pasti sebab nama tempat ni Sungai Punggur Alai..Pilih punya pilih restoran yang ada klat situ akhirnya kami pilih restoran ROSE & ALI ni..Dah rezeki depa la tuh kan.

3

jom kita order jom..

4

Kalau tempat makan Ikan Bakar macam ni,memang kita pilih sendiri lah apa yang nak di makan..tapi kat sini banyak sangat pilihan..sampai tak taw nak pilih apa dah.Kalau ikan tu sampai lima enam jenis,tak campur ngan Udang,Ketam dan Sotong lagi..

5

Dan akhirnya kami pilih nak makan Ikan kerapu,Udang,Sotong,Ketam dan Siput Buluh

6

Yang aku perasan kalau tempat makan kat tepi tepi nih semua nya mesti ada nasi lemak cinonet cenggini..Kecil kecil cili padi ok sebab rasanya memang sedap(sebab sambalnya mantap)..kalau aku memang la tak cukup satu..kena baham dua skali baru puas,,huahuahau..kuat makan betol kan.

7

Menu yang diorder-SIPUT BULUH MASAK PEDAS,siput buluh ni dulu aku tak berapa reti nak makan..tapi lepas try makan jadi suka lah pulak..memang sedap lah.Kesimpulannya memang aku suka makanan bercengkerang macam ni..tu belum makan siput sedut lagi.harus bersinsing lengan kalau duk menyedut siput tu..hehe..

8

sedap..tak percaya??rasalah sendirik..

9

ni macam biasalah-SOTONG GORENG TEPUNG,rasanya macam sotong goreng tepung lah.Cuma nya tepung ini tidak berapa rangup.Tapi sedang sedang elok kalau di cicah bersama sos yang tertera seperti dalam gambar di atas.

10

UDANG BAKAR KOSONG-bakar tanpa sebarang perasa,hanya manis udang sahaj yang terasa..rasanya macam mana??macam rasa Udang lah,tak taw nak explain macam mana.

11

KETAM MASAK CILI ni pun boleh tahan..terangkat jugak lah kalau makan..sebenarnya sebab rasa manis ketam tu pun dah cukup menjadikan makanan ni sedap.

12

Last but not least-KERAPU TIGA RASA,yang ni just so-so saja..sosnya macam pelik sikit..tapi Kerapu yang di goreng rangup tu memang sangat sedap..Ikan Fresh gamaknya..

13

jom makan jom...

14

licin sampai tinggal kepala sahaja

15

habis di ratah dan di lahap..Burrrppp..

16

sambil makan sambil lah duk sembang pasal cerita dulu-dulu..banyak mender dah berubah kan..haha..meh jemput jemput minum air kelapa kita wat sejukkan badan lepas dah puas membelasah lauk lauk tadik..

17

di tepi perkampungan Nelayan..

18

pose muka serius sebab dah ngantok..

19

Projek Ikan Bakar dan Makanan Laut

1

Lain kali boleh la datang lagi kat tempat makan ni sebab sedap,dan yang paling penting harganya sangat klaa berpatutan..Korang bayangkan lah ekk makan dua orang macam ni siap Udang ketam ikan sotong siput buluh tuh tak sampai 60 hengget pun..Memang worth sangat laa..sangat sangat di rekemen kan untuk korang kalau nak mai MELAKA..

Ok lah.

aku dah takdak idea nak tulis apa.

Adios.

3 comments:

mamaelly said...

axim..nape letak gambar2 makanan yang kugemari time elly peknen di sini...meleleh air liur dah nie...nak kene cari ni..hooooooooooo nak paw pakcik yg dok melaka tu la..leh makan free...

kucingorengemok said...

2 bungkus nasi tu cukup ke? still macam sikit... 3 laa!

Marzalina said...

Ya Allah..nampak sungguh menyelerakan semua tu..terliuq saya huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails