Followers

Thursday, October 15, 2009

RUMAH TERBUKA LAGI??

Bila Khamis tiba,ramai yang memilih untuk tersenyum dengan lebih ceria daripada biasa,kerana hari ini sudah menghampiri jumaat..dan semestinya Hujung minggu yang bakal menjelma menjanjikan kegembiraan kepada semua yang dapat bercuti dan beristirehat pada hari tersebut.Aku juga tidak terkecuali..Hujung minggu menjelma lah!!supaya aku dapat kembali berlibur dalam ketenangan..:)

Rutin Harian tidak banyak bezanya,Cuma minggu ini banyak majlis aidilfitri di adakan di tempat aku.Nanti lah aku kongsikan cerita minggu ini,dengan tujuan untuk memberi laluan kepada kisah hujung minggu yang lalu.Dari Port Dickson,Sam ajak kitorang semua ke majlis rumah terbuka seorang kenalan wanita nya di Nilai.Khabarnya wanita itu bekas pelajar praktikal di kompeni Sam.

Jom kita terjah rumah dia sat..

11 OKTOBER 2009

Orang kata,rezeki jangan di tolak,musuh jangan di cari..Atas pegangan itulah kami semua datang ke majlis rumah terbuka ni..Biasalah macam ni kan,dalam minggu ketiga ataupun minggu terakhir syawal memang masih ramai yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis sebegini..Tujuan nya hanya satu-untuk mengeratkan silaturrahim..makan tak makan tu lain cerita janji boleh bertemu muka..:)

1

mana tuan rumah sam??

3

Ini lah dia Tuan Rumah nya..Anis.Student practical tempat sam bekerja.Kiranya Sam merupakan salah seorang mentor lah kiranya..macam lecturer pulak kan..haha..Terus di hidangnya kami dengan air sirap sunquick ni..(betui kaaa air tuh??aku main hentam jaa based on apa yang aku rasa masa ni)

2

Sam ,Angah dan Anis

4

oooowhh..tu lah tuan Rumahnya..ok ok..

5

Susun atur dalaman rumahnya cantik..dengan padanan warna dinding yang sesuai..yang aku perasan Rumah ni memanjang ke belakang,dari ruang tamu sampai lah ke bahagian dapur..hahaha..lawak plak,aku baru jer kenal tuan rumah tapi terus jer masuk sampai ke dapur..ok lah tu kan..mesraa..yang paling best aku tengok sterika arang macam dalam gambar kat atas tuh..susah nak jumpa sekarang barang antik macam tuh.

7

tambah air ngah jangan tak tambah..

8

makan lah kuih kuih yang di sediakan..

6

jangan malu malu atau segan segan k..

9

mana ada aku malu-malu..aku ok jaaa..

10

Tu diaa..nak suap besar besar kan..haha..memang betui tak segan nih.

11

Anis pun tak kisah kan..makan makan makan..dah nama open house makan ajer lah apa yang terhidang..kitorang duduk di ruang tamu sementara menanti orang lain habis makan di bahagian dapur,sebab juadah sebenar terhidang di bahagian dapur sahaja..hehe..sanggup jer kitorang tunggu.sementara tunggu berboraklah itu ini,sampai lah giliran kami tiba..

12

Kek Coklat yang sungguh lazat!!

13

ini kek carrot..macam kat secret recipe pulak kan..

14

ini namanya puding cendol..

15

aik??nak makan pun posing jugak kaaa??

16

Untuk pengetahuan Tuan-Tuan dan Puan Puan sekelian,Makcik Nani(mak anis) ni merupakan tukang masak kantin di sekolah yang berdekatan..jadi semua makanan-sama ada nasik,bihun sup,kek coklat,kek puding dan kek carrot semuanya di buat sendiri..ada ummmpphhh pulak tuh..Untung anak anak dan suami dia..hehe

17

ayam masak merah yang mantap

18

Bihun sup ni pun memang lain satu macam..sedap sesangat sampai ada orang tuh duk tak makan mender lain dah,makan bihun sup ni ajer.Makcik Nani kata ni Bihun Sup Utara,sebab sebenarnya dia orang Sungai Petani Kedah,lorrr Orang Utara ghopenya..boleh geng arr kita..saya pun bekerja kat utara gak makcik,Kat Gelugor Pulau Pinang...hihihii..

19

makan ngah makan..jangan malu segan..

20

semangat mereka berdua ni makan..

21

hat ni dah dapat bihun sup terus senyap..Khusyuk menghayati

22

Yang paling aku suka tang Rojak Buah ni..memang tip top lah..acik nani buat sebdirik neh kuah rojak..boleh celen ngan Mak Bee punya kuah rojak lah senang cakap..hehe..siap aku duk mintak resepi camana nak buat kuah rojak macam ni..anyway,it was relly nice to know them,very friendly and chatty person..tak kekok sangat walaupun baru first time jumpa..lepas ni boleh la kami singgah lagi yer dakk??hehehe..tu pun kalau sudi lah.:)

24

Habis makan Bihun Sup aku bantai nasi tomato pulak..

25

Semua makanan sedap sedap belaka..mau aku makan tak bertambah..macam tu lah kalau korang beraya di rumah pengusaha kantin sekolah.Makan sampai tak larat nak makan dah..tapi still beringat la kan..jangan mengikut nafsu sangat.

26

saya sudah kekenyangan..

28

Dah setel semua maka tiba masanya kami nak berundur diri..sebab aku pun sebelah malam nanti dah nak balik Penang..ish ish ish...penat woo..sapa kata tak penat.tapi demi nak berjumpa dengan kawan kawan aku tolak ketepi semua rasa yang penant dan just having some fun with them..

29

Anak Cina tersepak Baldi,
Baldi berasal di tepi Perigi,
Terima kasih daun keladi,
Ada umur kita jumpa lagi

30

Thanks yaa sebab menyediakan makanan yang lazat lazat ini..Aku ngan Nikli datang ni pun bidan terjun saja,kebetulan dah ada bersama Sam dan Angah..Kepada Anis-Selamat maju jaya dalam bidang yang akan di ceburi nanti..Good Luck!!

ok dah.Cerita aku dah habis.

*Arini kat Opis sibuk dengan Audit lagi..tak sesudah audit kan..ni pun curi curi update blog masa Rehat Lunch tadik..Tak keluar lunch ker??haha,aku tak keluar sebab ada makan Free kat opis since aku merupakan salah seorang Auditor.Minggu ni memang murah rezeki..Hari hari makan Pree..Alhamdulillah Syukur.

17 comments:

Anonymous said...

Salam...

Sungguh sedap semua makanan itu..hehehehe...
bihun sup is my favourite..:D

m.q said...

sedap gile makanan
ni yg bleh buat lupa
dan naik berat berkilos kilos nih

Anonymous said...

salam,

adik tnb...legalah yer dah abis musim prestasi..hehe...

Anonymous said...

Salam,

minta tolong blogkan resepi kuah rojak tu boleh tak? Kita ni di perantauan.. teringin sgt nak makan rojak yg sedap...

Fzreenz said...

AXIM..SELAMAT HARI RAYA..ape dah jadi ngan angah..uii..cam tembam je..
pasal yg nak ajak BSAC jenjalan tu..aku and sharul on je..kui kui kui

Anonymous said...

huhuhu...sume org ckp aku tembam..tu la hakikatnye skang arin..huhuhu..

sgt best kan mknn2 itu hari =) thn dpn kite raya lagi la ek ;)

Anonymous said...

huhuhu...sume org ckp aku tembam..tu la hakikatnye skang arin..huhuhu..

sgt best kan mknn2 itu hari =) thn dpn kite raya lagi la ek ;)

Sofya said...

salam axim..

*respon kepada n3 sebelum ini*

dtg Melaka tak berkabau ek?ish..ish...ish..

@xiM said...

Hani,

memang semuanya sedap belaka..kalau hani rasa bihun sup tu mesti nak tambah dua tiga kali..sedap sangat!!

@xiM said...

Hani,

memang semuanya sedap belaka..kalau hani rasa bihun sup tu mesti nak tambah dua tiga kali..sedap sangat!!

@xiM said...

M.Q,

makan jer selagi boleh makan..:)

@xiM said...

Anon,

haah..da habis musim prestasi barulah ringan sikit kepala..:)

@xiM said...

Anon,

resepi kuah rajak yek..aaaaa..dah tak ingat..huhu..nanti nak kena tanya si anis tu balik..

@xiM said...

Fazreen,

haah,ok gak..nanti kalau ada apa apa plan aku bagitau ko k areen..windu kat ko,lama tak jumpa..

*angah tengah berbadan dua la areen..ahakzz..

@xiM said...

Miamor,

tahun depan nak pi nilai jangan lupa ajak aku k..:)

@xiM said...

acik sofya,

yang entri sebelum ni entri baru tapi cerita lama..cerita bulan dua dulu daaa...:p

Anonymous said...

Aku raser mcm kenal jer Anis tu..hehe. aku raser dier student utim perlis..hehe..Zack

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails