Followers

Thursday, January 7, 2010

KEDAI MAKAN RAHMAT,PASIR GUDANG,JB

Busy Gila.

Awal tahun aku ingat boleh la rileks sikit.Tapi aku silap.Kerja datang bersilih ganti.Memang weekend ni pun aku rasa aku nak masuk opis la siapkan apa yang patut.Kalau aku tak siapkan sapa lagi nak buat..Permulaan Tahun Baru yang agak NGERI..Nak update blog pun kena curik curik masa..sampai Rumah pun dah lambat,minggu ni saja aku tidur memang awal..Penat gamaknya.

Sebab aku tak nak menyesakkan kepala otak korang ngan kisah hidup aku yang bizi gilos lately neh,meh aku gebang pasal makan makan lagi..Kali ni kita terbang jauh sikit.Dari Penang kita ke Johor Bahru.

Moh kita layan.Zassssssssssssss...


***********************************************************

5 JULAI 2009

Hambik ko.Kisah tahun lepas aku story balik.Sebab tak citer lagi pasal makan makan di Johor bahru ni lepas balik dari Singapore.kalau nak tengok entri pasal singapore rujuk balik entri bulan Julai 2009 aku k.

1

Masa ni kami berlima.Aida,Nikli,Zie,Kakak dan Axim.Naik kereta Encik Nikli.Dia nak bawak makan kat tempat best.Kami yang memang bukan penduduk JB ni mengikut jer lah.(Masa ni dia tak ke MIRI lagik..still jadik penduduk JB yang setia..hehe)

2

Jam sapa tak taw.tapi menarik sebab boleh set dua masa.kalau ko pergi negara yang timenya tak sama ngan Malaysia at least boleh taw lah kat Malaysia pukul berapa..haha.Takder maknanya kan.Bukan best sangat pun jam cenggini.Jam sapa tak taw.

3

On the Way to Pasir Gudang

4

Tiba di Kampung Pasir Putih,Pasir Gudang

5

Akhirnya sampai lah kami di Kedai makan ini,yang di panggil KEDAI MAKAN RAHMAT..femes jugak kedai ni.Fyi ni kali kedua aku sampai..Dulu kali first pun Nikli yang bawak,kali ni lagi best sebab ramai yang ada..some more depa pun tak pernah rasa makan kat sini.Jadi marilah kita makan di kedai rahmat.mari mari mari!

6

owh..kedai makan ni tepi laut..best bunyik ombak

7

Menarik juga makan di tepi laut.angin pun sepoi sepoi bahasa.Tanpa melengahkan masa kami pun order lah lauk apa yang patut..Tuan Rumah lah yang order kami menurut perintah sahaja..Dengan ini adalah di umumkan..Menu menu nya:

8

UDANG GORENG KOSONG-udang goreng ni nampak jer macam ni tapi bila ratah memang sedap sesangat..not to mention saiznya pun besar besar jugak kan.Puas hati la makan Udang ni.Cuma satu jer yang tak berapa aku berkenan sebab minyak banyak sangat lah kat Udang ni.Rosak Diet i.(Diet kerrr?)

9

TEMPE MASAK LADA-yang ni memang lah tak di nafikan kelazatannya.Aku suka tempe.nak nak masak ngan kacang dan bilis macam ni.Memang tak cukup tangan la duk berebut lauk ni sebab yang lain lain pun suka hat ni..aihhhh..

10

IKAN SIAKAP GORENG-kat sini istimewanya ikan siaap goreng ni lah kot.Memang best jugak Ikan Siakap Goreng Kosong macam ni..Isinya pulak tak rasa hanyir,so memang setakat sekor ni aku boleh habiskan lah.Kalau tak silap kitorang amik dua ekor ikan masa ni.Gorgon tak gorgon sangat lah kan.

11

KICAP LADA-menu sampingan yang sangat membantu Siakap Goreng Kosong itu tadi.Buat Cicah Ikan Goreng then suap ngan nasik.Memang meletop pop pop lah.Nak nak kalau kunyah cili padi kaler hijau tu skali.sedap buat ulam.Pedas?lagi pedas lagi laju aku suap nasik..yum yum yum..

12

KUBIS MASAK LEMAK PUTIH-kalau korang nak tahu sayur kegemaran aku ialah kobis.Tapi bila kobis di buat masak putih macam ni memang aku tak tahu nak cakap apa lagi dah-Faveret sangat sangat!!haha..Sedap wa cakap lu kalau Kubis wat masak putih macam ni..(setakat ni semua sedap apa yang tak sedapnya ek??)

12a

Last but not least-PETAI BILIS SAMBAL-nikli Nodin Punya.Orang lain tak boleh usik yang ni.sat lagi kena marah.mentang mentang la dia sorang jer makan petai.haha.aku makan jugak petai.tapi bergantung pada situasai dan keadaan.kalau keadaan macam ni aku tak makan.sebab ada pemakan petai yang lagi otai.maka aku berundur.Tunjuk ajarku sifu!

13

Kesimpulannya kat sini lauk pauk dan Kombinasinya sangat lah sesuai dan mantap..aku suka sesangat.Rasa aroma kekampungan bila makan lauk lauk seperti yang telah aku nyatakan di atas.(ehh awat tetiba ayat jadik skema..)

14

renyih jangan tak renyih k..

15

meh aku nak amik gambaq hang pulak..

16

Ok lupa nak bagitau satu pertkara lagi.Ada sorang member yang join makan sekali sementelahan dia memang dah tinggal di Pasir Gudang..my old fren back then in UiTm Shah Alam,Helmie Zaifruez bahari..Di ulangi Helmie Zaifruez bahari..Nama sebenar dia bukan macam tu,tapi biasa lah,nak jadi artis tu yang buh nama samaran.Thanks for joining us helmie!

17

sekelip mata sahaja semuanya lesap..

18

Sebagai pembasuh mulut,Tuan kedai dengan murah hatinya memberikan Pisang Montel ini sebagai Compliment kepada kami berenam..weird eating habit-aku tak makan pisang mentah macam ni.kalau buat pengat atau di goreng baru aku makan.Pelik tak pelik sangat lah tapi itu hakikat.

19

Sebab excited nak makan pisang ada la sorang hamba Allah ni kupas Pisang sampai tercampak masuk kuah masak lemak kobis..Punya lah excited katakan..sampai leh tercampak campak pulak..ish ish ish..loqlaq sungguh hang noo..

20

Siapa hamba Allah tu??Identitinya di rahsiakan..demi menjaga nama baik beliau.Lepas dah malu dan gelak gelak dia ambik balik pisang tuh dan sumbat masuk mulut.aku taw pisang buah kegemaran hang kan??jangan nak tipu.

21

tarik nafas jap..hmmmmmmpphh...

22

Ok sambung.Setelah selesai makan sessi bergelak ketawa dan bertukar tukar cerita bermula lagi.tadi masa makan sessi lain,yang kali ni sessi lain pulak.Suka benor bersembang kan korang nih..ishhh..tak produktif betul.

23

meh meh amik gambar pulak..Cheesee!!

25

Masing masing dengan gelagat masing masing..

26

kak nona duk watper tu?konpius jap..

27

Kakak tengah mengerang.sebab Duit dah habis banyak kat Singapore..sambil dalam hati berkata'mana aku nak cekau duit bayar sewa rumah bulan ni..arggghhhhh...'..tu lah duk beli jam GUESSS 600 hengget lagi.kan dah..hehehe..suh la 'Tunang' sponsor sementara tunggu gaji..hahahahahahahahahha..

29

Ni aksi apa pun aku tak taw..tak leh nak describe.tak sampai hati..sampai ke bawah payung pun jadi ajer kalo nak bergambar.sabor jer lah aku.

30

Ni masa nak balik dah..Harga makan kat sini aku tak ingat lah berapa..tapi tak la murah sangat dan tak mahal sangat dengan apa yang kami makan tadik..Berpatutan lah kiranya.sekali sekala nak mai boleh lah..Entah bila aku nak pi makan kat sini lagi.Wallahulam.Hanya Tuhan Mengetahui..

31

Nikli bergambar ngan Artis

32

aku pun nak jugak..

33

Dari Pasir Gudang kitorang shoot terus ke Hentian Bas Larkin,JB..sebab it's time to go home..Zie dan Kakak nak balik KL,aku pun balik KL then dari KL amik bas lain ke Penang pulak.Penat kan.Tapi memang tahun lepas tahun yang memenatkan.Berjalan je sana sini ibarat dunia tanpa sempadan.Padan muka aku.i choose that way.haha.No regret after all.

34

ok ok kami nak balik dah..

35

Kami bertiga naik Konsortium..Tinggal lah Aida dan Nikli di JB meneruskan sisa kehidupan yang masih berbaki..Thank you Guys for spend the entire weekend.I enjoyed that so much!!walaupun ni citer 6 bulan yang lalu tap ia tetap segar di ingatan sebab gambar ni ada jer dalam Hard Disk Laptop..hehe..

Until ketemu lagi ngan kamu semua..Entah bila kan.

**************************************************************

Aku kat Opis lagi ni.

Nak siap kan kerja sikit baru nak balik.Itu lah.kalau tak Update blog ni mesti aku dah On the Way balik..Hahaha..

ADIOS!!

7 comments:

che'Burn@che'Qis said...

axim,kami pon penah makan kt situ gakk..beshhhh..ikan dier ngan sambal tempe dier mmg layannnn...

nasazfrog... said...

yer tempat makan tu mmg gerek,, yang best sotong goreng kentucy,, ermm tak bgtau pun pg jb,, walhal dari umah den baru 15 minit je,,, terlepas lagi nak jumpa korang222,,, :(

en_me said...

alahai afsal pi pgudang tak ping ping me uoolsss.. (ahaha, macamlar sentiasa ader kat sanerr kannns).. ekeke

Nikli said...

seronok laa si helmie tuh ko cakap dia artis kannn.. mmmm, maunya dia tidoq xlena..

KAKTINY said...

menu yg simple tapi sure buleh pekena 2 pinggan tuuhh... nak plak udang ngan ikan fresh.. yummy yummy..

DrSam said...

cerita lama, dihembus nafas baru pun menarik juga. Alahai...siakap goreng cicah kicap lada tu buat kecurrrr...

geraugebang said...

Ha ha ha.Dapat seribu Rahmat bila makan kat kedai ni ek. Pisang tu kalau dah tercebur dalam kuah lemak mesti sedap macam pengat. Cubalah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails