Followers

Tuesday, March 2, 2010

MIRI / BRUNEI TRIP - PART 9 (PART FINALE)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Begitu juga hidup kita.Pasti akan di susuli dengan kematian,yang tak pasti bila kunjung tiba.cess.Tetiba terasa diri ini sungguh Poyo.tapi betul lah kan apa yang aku kata..setiap yang bermula pasti akan berakhir.Sebenarnya ni nak kaitkan dengan Entri Trip Miri/Brunei yang dah masuk bahagian akhir..

Nak balik kena lah naik Flight.kalau naik kapal nanti ntah berapa hari nak sampai semenanjung.so here we are at MIRI AIRPORT,menanti detik untuk berpisah dengan kenalan di Miri ini..

0

Tangan shake nak ambik gambar sebab sayu rasa hati nak berpisah..(*poyo kali kedua.)

1

Depa duk beratur macam THE AMAZING RACE la pulak..'sorry to say that you have been eliminated'-begitulah kata kata Farid,Wan Suhail dan Nikli kepada kami yang baru sahaj tiba di Miri airport tapi dah nak balik..dua hari satu malam beb,mana cukup.tu yang kena eliminate awal awal lagik tuh.

2

di BALAI PERLEPASAN..

3 4

Ada umur Insya Allah kita semua akan berjumpa lagi ya..

8

Masuk dalam airport sementara nak menanti bording time aku pi tukaq seluar panjang dulu.kang sejuk menggeletar atas flight sapa yang harus di persalahkan??akuuu jugak yang kena..so basically masa ni masaing masing tak berapa nak bercakap sangat..dah penat keletihan sebab seharian berjalan tambah lagi nak berpisah.tu yang jadik speechless..

9

Motif melambai lambai ala-ala miss universe ini tidak lah aku ketahui sampai sekarang..

9a

ok everybody..let's go..it's time for us to leave..

10

Farid Kamil Zamzuri..nama macam artis kan.tapi tu memang nama betul dia.Bukan Cobaan.

12

Tiba lah masa untuk berpisah.To all of you-Wan,Nikli,Farid dan Suhaili,kami semua sungguh seronok berada di Bumi Miri walaupun untuk waktu yang singkat cuma.ketahui lah yang kami semua mengalami waktu yang sungguh GREAT bersama kalian.Thanks for the hospitality dan treatment yang bagus.Ada umur memang kami semua akan datang lagi melawat kalian di sana..sesungguhnya niat di hati tak mahu berpisah,apakan daya demi kerjaya dan karier masing masing..kena la balik.kang kena buang kerja korang nak tanggung ker?

13

Naik AIR ASIA jer lah.bajet airline.Now everyone can fly..

Alhamdulillah kami semua sampai di LCCT pada jam 12 tengah malam..tu pun kami tak balik terus,duk sambung melepak kat Chocolate Obrama Lounge sampai pukul 3 pagi duk bersembang lagik sebab dalam flight sumer duk pulun tidur kan..Thanks zie,aida n kakak untuk bersama-sama lagi bagi trip kali ni..Semoga kita bersua kembali dalam Trip yang akan datang,Insya Allah!!

*Dengan berakhirnya entri pasal Trip ke Miri dan Brunei ni maka esok boleh la aku sambung bercerita pasal Trip ke Vietnam pada Bulan Januari yang lalu..(ehhh lupa Trip Bali bulan Oktober tahun lepas pun tak habis story..kalau rajin aku buat..kalau tak setakat habiskan entri Trip Vietnam jer lah..)

8 comments:

tunbegia said...

sungguh seronok naik belon,

salamm,

Ziana said...

many thanks to Nikli.. Wan.. Farid..and Suhai..
u guys mmg best..!!
tq so much ya..!!

sebak jek memasing mase lambai2 tuh kan...
ermmm nnt we all dtg lg ek :)

@xiM said...

Tun Begia,

naik belon memang best sebab berada di udara..:p

@xiM said...

ZIE,

what more can we say..:)

thank you so much.

that's all.

sepul said...

oo axim pakai spek

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

biasa lah,orang rabun..hehe

Faisal Admar said...

azim, ko pakai crocs kan? model apa tu?

@xiM said...

FAISAL,

haah.tu CROCS..model yang aku pakai tu TIDELINE CANVAS..lebih kurang macam santa cruz jugak tapi yang ni ada lobang kat tepi untuk pengudaraan kaki..

boleh refer kat sini ok..

http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=97

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails