Followers

Thursday, March 25, 2010

TERATAK PERMAI , BOWLING & RESTORAN KAPITAN

Ini Kisah malam semalam..

Wanie dan mamanya datang bercuti ke Penang..alang-alang diorang dah ada kat Penang aku jemput mereka dua beranak singgah di teratak buruk aku..Orang berbudi kita berbahasa..

3

Kebetulan malam semalam ada pasar malam kat seberang Jaya..Rumah orang bujang macam aku ni takder mender yang boleh di makan..kalau ada pun aku tak larat nak masak dah,sebab balik kerja pun dah nak hala ke malam..so cara mudah pi singgah kat Pasar Malam beli lah kueh apa yang patut..tak best la pulak jemput orang mai rumah takder mender yang nak di hidang..

4

Kuih yang aku beli-Popia Basah dan Karipap Putar..Keropok lekor pun ada..

5

Laksa Penang pun ada aku beli dua bungkus..cukup lah untuk mereka berdua..

6

Sambil makan sambil sembang lah isu semasa..by the way thanks Cik Wanie tolong belikan buku akta yang aku pesan tu..dah merata pusing satu penang takder,so minta tolong dia singgah di Sg.Petani beli..ada satu naskah yang akhir..alhamdulillah ada rezeki aku..thanks a lot ya!

7

minum air soya jer ok..malas nak bancuh air.soya beli jer singgit sebungkus

7a

begitu berselera sekali yaaa Cik Wanie kita menghirup laksa campur itu..

7b

Ini lah contoh calon menantu yang baik..pandai makan pandai basuh pinggan..hehe..mahal maid aku import dari kedah ni..(gurau yer wanie..).aku dah cakap jangan basuh tapi dah dia insist jugak nak basuh terus aku kumpul semua pinggan mangkuk sudu gelas suh dia basuh semua..nak basuh sangat kan..hehe7c

Actually agenda sebenar kitorang malam ni nak main Bowling,dah janji ngan Faisal Admar ngan Kawan dia,Keith Lee untuk bertarung Bowling di Bukit Jambul Kompleks..so dari rumah aku kami bertiga satu kereta ke Bukit Jambul Kompleks..untuk bertarung..Bowling here we come!!

8

axim,Faisal & Keith lee

9

Lane kat sini tak berapa bagus sebenarnya..macam dah lama dan lane nya cukup usang..nak cari Bola pun payah..last last kami berkongsi bola number 10 tiga orang..wanie sorang ada bola kaler pink untuk dia..takpaa lah,main mana yang ada lah..dah boleh jumpa dan main sekai macam ni dah cukup baik kan..

10

ni lah first time aku ngan Faisal main bowling sama-sama..

11

Dan pertandingan pun di mulakan..masing masing membuat lontaran maut yer..semua struggle nak dapatkan strike dan spare..tengok sendiri lah lane yang kehitaman tu..janji boleh main kira ok lah kan..kami main dua lane,silang silang sampai pening..haha

12

duo terhebat abad ini..hehe..jangan mare..

13

cik wanie dan azimashaary

14

ini ialah skor untuk game pertama..

15

and this one skor untuk game kedua..sapa yang menang tak taw..:p

16

ini kali pertama faisal dan Cik wanie bertemu mata..

17

ambik gambar bila game dah habes..

18

it's funny how technology connect us nowadays..:)

19

aritu aku rasa Faisal macam tinggi gilaaa..aku makin tinggi kaaa??hehe

20

CROCS in da HOUSE

20a

Habis la satu agenda kami,berjaya bermain bowling dua frame dengan jayanya..next pit stop kitorang pakat pakat nak makan dan minum di RESTORAN KAPITAN depan QB Mall tuh..ada orang duk kempunan nak makan Roti naan dan Ayam Tandoori Kapitan..memang sedap pun tandoori kat situ..i like..

21

ini kali ke berapa banyak kali dah aku ke sini..:)

22

Air limau panas tanpa gula..kurangkan gula dalam minuman..

23

Dan ini lah dia AYAM TANDOORI yang sungguh memikat jiwa dan raga ya..seronok sungguh menyiat isi ayam tandoori ni dan makan bersama Roti Naan plain..tercapai hajat kawan kami yang nan seorang itu..

24

mai mai kawan kawan semua kita pakat pakat rasa nan tandoori ni.

25

cik wanie posing posing ayu depan kamera..

26

pasukan laki laki yang gagah

27

Mama wanie first time rasa Roti Nan ni..sedap kata beliau..

28

Sampai gambar ni aku terkonpius seketika..kenapakah wanie tertidur sambil menyiat isi ayam??adakah kerana keletihan basuh pinggan kat rumah aku tadi??ataupun dia malu bila orang nak ambik gambar dia??hanya mereka dan keluarga mereka jer yang tahu..

29

Mula-mula duk order 3 set sahaja..tetiba tambah satu set lagik..dan juara menghabiskan Nan ini tak lain dan tak bukan Faisal ni lah..aku tak berani nak makan banyak..sebab dah lewat malam..makin gemuk nanti..huhu

30

Dalam pukul 1 am lebih jugak kitorang beransur dari Restoran Kapitan..aku pun nak kerja keesokan harinya..kang ada yang tak terbangun pulak..anyway,nice to meet all of you masa ni!!thanks luangkan masa main bowling dan hangout sama-sama..ada umur kita jumpa lagi ok..i've really had so much fun!!seronok sesangat..salam ketemu lagi ok!

*duk pikir masalah ngan Boss sendirik pun takkan ada jalan penyelesaiannya..terima kasih pada seorang sahabat yang ada SMS bagi kata kata galakan dan nasihat..buat aku sedar semua benda dalam dunia ni perlu di ambil Positif dan moga moga ianya akan bermanfaat untuk diri sendiri kelak..

5 comments:

Unknown said...

hahahahaha,
ada beberapa perkara yg wanie x blh lupa sepanjang mlm itew..
nak tahu apa dia...

Pertama:
tetiba tuan rumah suruh cik wanie masuk dapur,terkonfis kat situ,ingatkan suruh buat mende,rupanya suruh tgk FM kat fridge (jeles ok)

Kedua:
gambar menghirup laksa tue,sgt2 kelakar ok,bknnya wanie mkn sampai licin,cuma nak merasainya ajo:P

Ketiga:
gambar cuci pinggan tue,
sempat lagi g amik kamera tue sbb nak amik gambar maid import dari Kedah,yg mama siap ajar u suruh amik gambar dr luar,
sgt2 kelakar giler...tapi mmg wanie suka basuh pinggan pun sbb dpt main air,
wakakakakaka:)

Keempat:
pasal bowling,
terima kasih sbb kasi markah kat wanie,
walapun kan...
hahahahaha...
tapi apapun wani engn faisal tetap juara,
tapi masih terfikir jugak,
kenapa kali nie wanie x mcm selalu,
maybe sbb baju kot....

Kelima:
sgt2 rindu nak mkn kat kapitan ok,
sampai masa tido tue masih terbau-bau lagik tgn nie,
yummy sgt2 suker ok,
nanti nak suruh diorg bukak cawangan kat Alor Setar plak,
hahahaha

Keenam:
pasal roti naan tue,
wanie bukan makan seorang yer,
ada seorang lagi hamba ALLAH yg share bersama ngn wanie,
bluek:P:P:P

Ketujuh:
pasal gamabr yg tertido tue,
i x tido lah,
tapi malu nak bergambar dlm keadaan mulut i yg penuh ngn isi ayam,
sampai ke tulang i abiskan tau,
sbb SEDAPPPPP
(hilang diet aku)

itu saja...
apapun i ngn mama sgt2 happy...
lain kali karok pulak ok...
ada brannn????

Ad Rifza said...

Fuhh nan tandooori tu buat den tak tahan..nak pi Penang lah..:p

catz said...

tandori with lots of bawang..
i likeee! nampak sedap.
tapi u ols mkn tandori tak makan bawang eh? tak luak nampak bawang2 itul aku sellau siap mintak extra bawang dan limau lagik..
ayam + bawang (yg diperah limau atasnya) ada lahhhhh YUMMMYY..
err..bak le bawang tuh..
hiks.

Zai Zamree said...

woho...sgt best tgk smua2 ni

Hafizah said...

bestnya men bowling. lama tak men bowling

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails