Followers

Wednesday, June 16, 2010

KOTA KINABALU TRIP DAY 3 - BREAKFAST & PEKAN NABALU

Percutian di KOTA KINABALU masuk hari ketiga..

Bangun pagi Gosok Gigi Solat subuh then terus bersiap siap untuk sarapan pagi..Tuan Rumah dah warning kena bangun awal sebab nak bergerak awal,Tentatif di Hari Ketiga ni nak ke Kota Kinabalu Park,Pekan Nabalu,Kundasang dan juga ke Poring..ada air panas kat situ..Pagi pagi ni pun ada air panas di sediakan.

1

Abang Bear dah siap rebus air panas..pagi pagi pekena air panas baru ngam.

2

Untuk memudahkan kami,abang bear tabur jer pek 3 in 1 ni atas meja..pilih la mana korang suka..senang macam ni.lain kali kalau ada tetamu mai umah aku nak buat macam ni jugak lah..senang.bagi pilihan sendiri masing masing nak minum air apa ..heheheee

4

Ketika kami sedang rancak mengacau air,tiba tiba Doktor Shah pun pulang..sambil membawa bekalan makan pagi..oooooo patut la tak nampak dia dari tadi,keluar pi beli makanan rupa rupanya..banyak plak tu dia beli..apa yang dia beli??

5

Ada nasi lemak dan nasi kerabu..hebat kan satu malaysia sangat walau di KK sekali pun pasti ada jer Keropok Lekor apatah lagi Nasi kerabu..Tapi yang pelik ayam yang ada semuanya bahagian Kepak semata mata..ayam mutan kah??atau orang KK memang tak makan bahagian ayam yang lain??wallahualam..Orang KK tolong habaq mai sat..

6

marilah kita sama sama makan berjemaah..Bismillahirohmanirrohim..

8

Selesai makan maka semua yang ada terus bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya hari ini..Best la pulak ada pemandu pelancong,kitorang just duduk kat belakang..sembang sembang lah apa lagi kan..Abang Shah yang bawak avanza,abang bear jadik Co-Driver..thanks sangat sangat untuk abang berdua!

9

10

Kalau kat Kota Kinabalu ni attraction place nya dari town memang jauh jauh..paling kurang pun memakan masa satu jam minimum..bentuk muka bumi nya pun tak berapa rata tu yang melambat kan lagi perjalanan.itu lah pengalaman kan..Jauh berjalan luas pemandangan(ok aku dah start nak merapu ni..takdak idea..huhuhu)

12

This is our first PIT STOP -PEKAN NABALU..kat sini kalau cuaca elok mesti boleh nampak betul betul bentuk Gunung Kinabalu..yang seperti tertera pada Bendera Sabah..macam tu lah bentuknya..Malang sekali masa kami sampai awan dan kabus tebal menyelubungi..sejuk time ni..tapi what to do,tu semua kuasa tuhan..takder rezeki lah tu nak tengok bentuk Gunung Kinabalu depan mata.

16

mari kita pose pose kat sini..

17

abang shah menunjukkan skill menembak nya.

24

Coba kau tunjuk satu bintang..

26

pelancong asing yang turut sama kecewa seperti kami..

27

sampai kat sini semua macam dah lapar balik..tapi tak kisah sangat,makan mender ringan ringan pun ok..Cumanya walaupun tak dapat nak tengok Gunung Kinabalu,yang penting tempat ni nyaman..ala ala Genting highland..dah kata atas bukit kan tempat ni.

28

tengok tengok cenderamata..

30

giler khusyuk semua..series semacam jer apa kes..

31

Dari PEKAN NABALU ni kami meneruskan perjalanan ke KINABALU PARK pulak..ntah bila nak habis entri pasal Kota Kinabalu Trip ni pun tak taw..hehe..sabor jer lah..nanti siap lah tu..ada masa ku celah celah sikit.

(to be continued..)


2 comments:

rasp said...

wahhhhh KK...
brings back wonderful memories...
mmg rezki memasing lah bro...
masa akak otw ke sana,
dpt tgk the full view of Gunung Kinabalu...
tup tup sampai nabalu tu, tak nampak!
best tul dpt hiking kat kaki bukit kinabalu!

\""/ nikli said...

layout baru pulak..??
tapi frame gambaq ada thick line hitam quite nice..
hehe.. aku bukan komen pasai entry pon..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails