Followers

Monday, July 19, 2010

KISAH BALIK KAMPUNG HUJUNG MINGGU YANG BARU SAHAJA BERLALU

Assalamualaikum..

Pagi tadi pukul 4am baru sahaja selamat sampai ke Penang kembali..Hujung minggu aku habiskan dengan berkelana pulang ke kampung halaman..walaupun singkat masa yang ada tapi cukup bermakna.Dapat bertemu mak dan ayah,adik beradik yang lain,dan dapat bermain main dengan anak sedara yang dah makin membesar,sama sama mengait Buah rambutan yang meranum,dan paling seronok dapat makan makan bersama ramai ramai-semua itu nikmat kekeluargaan dari Allah Tuhan Pencipta sekelian Alam..Alhamdulillah.

17 JULAI 2010

1

Jumaat malam nya aku ambil bas dari Butterworth ke Kuantan..bas direct pukul 9.30 pm..tiba di Kuantan pada jam 7 pagi then aku ambil bas SIHAT menuju ke Kemaman.Tiba di Kemaman jam 9 pagi dan aku terus sahaja ke Hospital Besar Kemaman sebab Ayah sedang melakukan hemodialisis..Kesihatan ayah masih di tahap memberansangkan..Alhamdulillah.

2

Abang jalee dan Kak la tiba di Hospital besar kemaman jam 11 pagi..seronok dapat jumpa anak sedara baru-Nurul Qiyadah yang dah berusia 6 bulan!!makin tembam dan montok berisi..6 bulan dan berat 8 kg..agak berat kan..haha..tappi sangat comel!!persis anak jepun budak tembam ini.macam Sin Chan pun ada..hehehehee..

3

Ayah selesai hemodialisisnya jam 11.45 pagi..Dari Hospital kami bergerak ke Rumah Binjai,batu empat kemaman sebab mak kata ada sepohon buah rambutan yang buah nya sedang masak ranum.. sekarang ni kan memang musim durian,manggis dan rambutan..tapi aku sebenarnya kurang sikit buah buah ni..

4

Rumah ni pemberian ayah pada mak sebagai hadiah harijadi tahun 2008..tapi tak ada orang duduk tu yang nampak bersemak samun lalang..masa ni dah upah orang suruh racun dan tebas lalang yang meninggi.Rumah elok macam mana pun kalau takder orang duduk mesti nampak usang kan..

5

and there you go..ni lah pokok rambutan yang sedang merimbun ngan buah yang merah tu..boleh petik terus makan jer..seronok pulak bila ada acara kait buah rambutan macam ni..jenuh jugak lah nak mengait.aku gilir gilir kait ngan abang jalee tapi galah tak panjang sangat so yang buah tinggi tinggi tak dapek lah nak ambik..ish ish ish..

6

segar dari ladang..

7

Di keliling kawasan rumah batu empat ni banyak pokok kelapa yang ada..so buah kelapa memang lah melambak duk ada..tu yang mak siap boleh buat 'nyiur gula' pi jual kat kedai..selain pokok kelapa ada jugak pokok nangka dan pokok meninja.

8

buah kelapa yang berjaya di pungut

9

Rambutan dapat lah dalam dua guni

10

Dah setel urusan kat sini kami pun balik lah ke kemasek..ayah ada agenda lain pukul 2 petang tu yang kena rush balik,

11

Petang di rumah,duk sibuk main ngan si kecik comey ni..baik jer..tak menangis pun tapi takut kucing..hahaha..mak pulak duk sibuk uli tepung nak buat murtabak untuk bukak puasa nanti..puasa sunat di bulan syaaban banyak kelebihannya..dalam pukul 5 petang aku keluar jap pi jumpa mok wok sebab nak ambik barang kat Kerteh.

12

Alang alang dah berjumpa ni mok wok ajak pi keluar makan ikan bakar kat Mutiara selera Ikan Bakar kerteh..Ain pun ada sama sebab dia still cuti.next week akan balik sambung belajar kat UTP..Dah besar panjang dah sepupu aku ni.

13

Mok wok kata air jus mango kat sini sedap tapi time kitorang sampai ni Jus mangga tak available so terus la tukar order air tembikai ngan air epal..sodap.

14

Apa yang di order?macam macam lah..ada Ikan siakap bakar,Siakap ytiga Rasa.Tomyam Pok Tek,Kailan Ikan masin,kangkung belacan,Telur dadar..semua sedap sedap lah..ok lah..not bad.

15

mai mai jemput makan..

16

Balik rumah petang tu time berbuka puasa..sambung plak makan Murtabak ngan Mee bandung mak buat..haha..memang kerja makan jer lah kalau balik kampung..tapi takper..nikmat makan bersama tu yang menjadi keutamaan.masa nak berbuka puasa ni kakak ipar dari Temerloh pun sampai..lagi meriah la..Time malam semua tidor awal sebab penat kot ngan aktiviti siang.

8 JULAI 2010

Pagi pagi hari keluar sarapan pagi kat warung kak nab kemasek..makan kuih kuih ngan Nasik Minyak..seronok la jugak sekali sekala makan kat luar.Cuaca pulak Hujan..Tengahari aku dah siap siap nak balik tapi sempat lah lunch sama sama then aku naik bas ke KL jam 4 petang.ambil bas ke penang jam 11 malam tadi..Sampai penang jam 4 pagi,dan sekarang aku dah berada di Opis untuk kembali bertugas setelah bercuti dua hari..:)

Sekian.

*Trip Bangkok /Pattaya day 2 nanti aku sambung..dun worry..tadi masuk opis masa meeting dapat surat kena pi Langkawi pulak hari rabu ni..hadoiyaaa..busy busy busy...

30 comments:

rasp said...

syioknya balik kampung...
the best time ever!
alaaaa best la leh kait2 buah moktan tu...
tingat zaman akak kecik2 dolu...
umah arwah tok ada pokok moktan...
now umah tu dah jual...
semuanya tinggal kenangan je...

m.q said...

syoknya balik kpg....
nak rambutan jugak..heheheh

sepul said...

aku terperasan ada pokok nyoq yang unik dalam gambar hang. pokok itu batangya berpusing.

Unknown said...

mesti x puas kan blk kjap,
tapi atleast balik jugak,
apapun suka tgk dak kechik tue,
cute sesangat....

langkawi???
hihihihi...
biasalah tue,
nama pun keje kan...
:)

Leez said...

syoknya balik kampung.
seronoknya ada pokok rambutan... nak cikit!!

ddyana said...

matanya sebijik bapak dia..hahahah..mmg adik sinchan hemawari

@xiM said...

RASP,

kenangan tu la yang menjadikan diri kita siapa sekarang ni kan..:)

@xiM said...

MQ,

syok sesangat...nak rambutan??mai panjat meh!

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

perasan saja hang kan..haha

@xiM said...

CW,

budak kecik tu sangat kiut!
:)

@xiM said...

KAK LEEZ,

alamak kak leez..tak bawak balik laa..ada kat kampung sana.payah nak bawak naik bas.haha

@xiM said...

DDYANA,

taw takper..sejibik ayah dia kan..hahaaa

syaf said...

memang best..nanmpakn yer aktiviti kite di hujung minggu lebih kurang same jerk,...aku pon duk mengait buah rambutan kek kampung, main2 ngan anak buah aku ...bla bla bla bla bla bla........

@xiM said...

SYAF,

wahhh ko pun tiru aku lah yek..haha..tapi tu lah.aku duk jauh di perantauan ni.bleh balik kampung memang seronok..:)

eLLy said...

wow pokok rambutan itu.. sungguh lebat buahnye ..

@xiM said...

KAK ELLY,

Sepohon rambutan daunyya rimbun
lebat buahnya serta buahnya
walaupun hidup seribu tahun
kalau tak sembahyang apa gunanya..

*ehhh tetiba ternasyid pulak..hahaha

Wahidah said...

kait rambutan pastu mkn dan dan time tuh..mmg nikmat..fresh giler...hehehe


comey sungguh qinayah ne..geram sgt...pipi gebu..rs nak cubit2 jer..

deasa said...

ala tomeynya baby tu...
nak geget pipi

@xiM said...

WAI,

bukan Qinayah wai..Qiyadah ler..hehee..

@xiM said...

DEASA,

jangan geget pipi dia..sian kat dia..:p

geraugebang said...

akak dah komen kat hang punya tempat ni, tapi hilang lak...mangkuk betul komputer ahkak ni.
aku geram ngan anak amoi kecik tu...mesti selalu kena kerenyam ngan korang semua heh?

mummysyafie said...

best nye leh balik kampung. bertuah mak azim dapar rumah sempena bufday dier.

sekarang musim rambutan jer..akak prefer rambutan merah dari kuning..merah sedapp arr

Ziana said...

sebijik anak jopon :)

that rumah :)

Wahidah said...

opsss..salah la..qiyadah...hahaha..mn dtg qinayah ntah....

Beruang Madu said...

Still remember the house... arghhhh... malas nak ingat, anyway.. I miss suasana kampung, kelapanya.. erghhh perasaan kuat kemain tapi hati tetap di KK...

@xiM said...

KAK GERAU,

Memang pun akak..kami puas merenyam budak jepun tuh.hahahaa

@xiM said...

KAK NOR,

rezeki ibu..:)

@xiM said...

ZIANA,

yes..that rumah..sorry..:p

@xiM said...

WAI,

sila taip kot..:p

@xiM said...

ABANG BEAR,

hamboi..dah cinta sangat dengan KK yek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails