Hari Jumaat yang lalu.
Balik kerja Famoque mesej tanya jadi tak plan nak makan makan kat Padang Brown..(The day before aku pi beraya di rumah mertua di di Kampung Dodol)..Actually aku tak pernah jejak kaki kat PADANG BROWN (orang penang sebut padang broom)..so kesempatan yang ada ni aku terima dengan hati yang terbuka..Direction nak pi aku lalu di Jalan Sungai Pinang,dari Rumah kelahiran P.Ramlee tapi jauh ke depan lagi..
Tempat makan makan ni meriah..Cuma parking kereta agak payah sikit.kena bayaq 8 kupang untuk parking di kawasan ini.Tak kisah lah.Ok jer..Banyak pilihan makanan yag ada sampai rambang mata tak taw nak makan apa. ala ala padang kota jugak tapi ni lagi ok kot.sebab takder peniaga nak berkerumun tanya nak makan itu ini.
Aku mai dengan penduduk Penang tetap,Nikli since dia bercuti raya lama..Famoque bagitau aku padang Broom terus dia konpius sebab dia kata Padang Brown ada lah.baru aku taw yang orang penang panggil Broom,tapi ejaan Brown..kesimpulannya Padang Broom = Padang Brown.Sekian terima kaseh.
Aku sampai dulu ngan Nikli sebelum Famoque ngan Wife dia sampai..sementara tunggu duk berkira kira cari tempat makan bawah bumbung sebab hujan dah mula rintik rintik..dapat tempat duduk depan Sup Bismi sebelah Majid Celur-celur.
Hidangan pertama yang di order : MEE GORENG GHANI ..harganya RM3.00..Rasanya sedap..tapi ada daging seketul jer,tak sempat nak pau Nikli dah telan dulu.Sedap di makan panas panas..kalau korang ada Blackberry mesti mee ni dah sejuk sebab duk sibuk Online FB dulu then setengah jam kendian baru nak makan(ayat orang jeles sebab takde BB)
Order SATAY AYAM DAN DAGING 10 cucuk ayam 5 cucuk daging.Ingat nak order banyak tapi famoque ngan wife dia kenyang lagi sebab dah makan petang tadi.Binawe korang..kata nak makan malam skali tapi dah melantak dulu..cis. Satay ni satu cucuk RM0.50.Rasanya ok lah.Daging lembut.
SUP AYAM BISMI..harga semangkuk kecil ni RM3.00..Rasa?rasanya ok..tapi aku syak sup ni adalah air rebusan daging..aku kurang sikit bab bab daging ni..tapi belasah je lah..Ayam ni macam taruk ikut darat then tabur kuah sup rebusan daging.Sekadar maklumat Sup Bismi ni ada macam macam..ada sup perut,sup daging,sup urat ketin pun ada.
Roti Cicah dengan Sup ayam RM0.50
PASEMBUR CAMPUQ RM4.00..Kuah pasembur ni sangat manis yer tuan tuan dan puan puan sebab peniaga gerai ni pun berwajah manis..tapi layan gak lah..makan ramai ramai berempat macam ni lagi syok.
tu diaaa nampak penuh dah meja kami..
Ok beralih pada segmen minuman pula.Air ini namanya LAI CHEE KANG..Bukan air Longkang..Lai chee Kang suam ini di miliki oleh isteri kepada Famoque..beliau dilarang sama sekali oleh suaminya untuk makan ais di khuatiri batuk kokol..Harga secawan RM2
Ini pula kepunyaan Famoque BUBUR CHA CHA katanya..Harga RM 2 .Kuah santan tapi sedap!ala ala Cendol tapi isi kat dalam tu campuran macam macam siap ada pisang yang di potong potong.Aku minum air mineral sajer dan Nikli Nodin minum air tea O limau yang sangat masam.
Aku makan dalam keadaan bengkek melihat mereka bertiga duk sibuk Online FB di BlackBerry masing masing.maklum lah HP aku cap ayam..budak sekolah lagi canggih HP depa dari aku.malu nak buat keluar dari Poket..Update FB2MOBILE pun sorok sorok bawah meja..Malam ni kami Sembang macam macam jugak pasal hal kerja dan pasal hal umum.
Setelah kenyang,kami pun pulang ke sarang masing masing.
Sekian.
17 comments:
mcm mana nak pi padang brown ni dari jambatan? cha bagi direction sikit.
encik NN tampak bergaya dengan beri hitam
wah.. gambar ada quality :)
Salam Azim..
akak kalau bab makan2 ni mmg idup..hidup untuk makan..hee..
wah padang brown,
rindu okeh kat tempat tue,
rindoo nak mkn yg cucuk2 tue,
nyum nyum...
so bila lagi u nak bawak kami pi mkn situ plak???
hahahahaha:)
aiseyman, aritu balik raya penang...
tak sempat terjah padang brown...
lama sungguh tak pi situ....
next time perhaps :)
saya paling suka sup padang brown tu...(orang penang panggil padang broom) dan air markisa..
Sepol:
Daireksyen dr jembatan:
Smpi tesco amik kiri ke jalan mesjit negeri, terus smpi ke exit mesjit negeri. Then trafic lite ke kanan menghala ke pusat bandar. Smpi jmp balai polis datuk keramat, ada pdg dikiri anda, itu laa pdg brown
Or terus dr hiway jelutong amik jalan sg pinang. Terus smpi jumpa simpang 4 jln perak-jln sg pinang-jln p ramlee. Kona kanan arah jln perak melalui stadium bandaraya kiri anda. Jmp balai polis datok keramat, yaaaa.. Padang broom disitu..
Makanan disitu semua saya suka..
ENCIK SEPUL,
jawapan kepada persoalan yang saudara timbulkan itu telah di jawab oleh Nikli Nodin dalam komen yang ketujuh..
ya saya setuju.beliau tampak hebat dengan BB hitam itu..cayalah!
BENEDICT,
really?ambik suka suka jer ni..tak pro macam hang..
YAN,
kita punya persamaan di situ..suka makan makan..:)
CIK WANIE,
nak pi kalu sila mai penang,then memang leh layan cucuk cucuk kat situ..jom!
RASP,
akak balik Penang awat tak habaq..kalau tak leh jumpa beraya sama..
MARZALINA,
air markisa tu air apa?
NIKLI NODIN,
Terima kseh kerana menjawab soalan sepul tu dengan panjang lebar sekali.kalau dia tak paham jugak tak taw lah..
Suka pasal your HP cap Ayam.
Saya punya cap nenek ayam. Dah tak ter-keep-up dgn new toys ni. Byk dah duit habis sebelum ni - sbb tu hp sekarang ni dah 4 tahun x tukar2.
kalau ada kesempatan pegi sana,
i nak terjah jugak ke padang brown,
rindoo nak mkn cucuk2 tue,
nyum nyum nyum:)
Semua food kat Padang Brown tu sedap sedap belaka ke or ada certain specialties?
Penang is food heaven.
Post a Comment